Pages

Sunday, August 28, 2011

~ucapan Aidil Fitri~

~Assalamualaikum wbth..kepada semua blog..saya ucapkan Selamat Hari Raya semoga Syawal pada kali ini akan lebih bermakna buat saudara semua..dengan tuntutan maaf memaafkan..saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua..semoga ikatan ukhuwah yang sedia terjalin bertambah erat~

Dari medan ramadhan penuh perjuangan..
Terpamir ketulusan jiwa, kemurniaan hati..
Kini takbir syawal bergema..
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita..
Apakah sudah ada keikhlasan..
Dipuncak taqwa..
Atau sekadar di pinggiran..
Lapar dahaga ! 


Allah hu Akbar !
Allah hu Akbar !
Allah hu Akbar..walillah hil hamd
Oh..syukur kiranya..
Dikau masih sudi mengizinkan..
Kami memuji dan memuja Mu..
Walau dengan lidah dan hati yg berdosa..

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan Hampir Dipenghujung


Ya Allah...
Hebatnya Rahmatmu..
Berilah kekuatan kepada Hamba2Mu..
Semoga berjaya menjadi mukmin yg sebenar

Ramadhan..
Yang dipenuhi dgn rahmat..
Hampir meninggalkan kita..
Semoga kita semua dipenuhi dgn rahmatNya..

Marilah kita sama2..
Mensyukuri akan nikmatNya..
Indahnya Ramadhan..
Benar2 menghayati nurnya sampaikan..
Menangisi Pemergiannya..

Sunday, August 21, 2011

Seronoknya Menyerjakan Solat Sunat Sempena Ramadhan

Bismillah hir rahman nir rahim
Alhamdu lillahi rabbil a'alamin sassalamu a'la saidina Muhammad asyra fil mursalin waa'la alihi waas habihi ajmain.
Segala puji bagi Allah tuhan seru sekelian alam, tuhan yang maha pemurah lagi yg maha mengasihani, tuhan yg memiliki hari kiamat. Kepada engkau aku sembah dan kepada engkaulah aku memohon pertolongan.
Berilah kami petunjuk ke jalan yg lurus, jalan mereka (nabi2) yg engkau telah kurniakan nikmat kpd mereka itu, bukan jalan org2 yg dikutuk dan org2 yg sesat.  Amin ya rabbal a'lamin.

Pada 8.30 pagi hingga 10.40 pagi pada Ahad (21/8) kami telah menunaikan Solat2 Sunat iaitu Tasbih 4 rakaat 1 salam, Taubat 2 rakaat dan Hajat 2 rakaat secara berjemaah di Surau Attaqwa, dengan bimbingan Ustazah Halipah.
Emm..marilah kita berdoa supaya Allah memberikan kekuatan untuk meneruskan amalan2 mulia di bulan ini utk 11 bulan yg akan dtg.  Ia tidak sukar sebenarnya.  InsyaAllah!

Friday, August 12, 2011

~RENUNGAN DI BULAN MULIA~


Lima perkara yg patut disebut2
Utk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat2nya tentang kelima2 perkara ini iaitu:-
  1. Perbanyakkan menyebut nama Allah drpd menyebut makluk;
  2. Perbanyakkan menyebut akhirat drpd menyebut urusan dunia;
  3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal2 kematian drpd hal2 kehidupan;
  4. Jgn menyebut2 kebaikan diri dan keluarga;
  5. Jgn menyebut2 dan menampakkan keburukan atau keaiban diri org lain.

Saturday, August 6, 2011


 APA ITU LAILATULQADAR ?



Firman Allah swt : Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran itu pada mlm Al-Qadar
Pada mlm itu para malaikat dan jibril turun dgn izin tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya).
Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar (Al-Qadr :1-5).
Sesiapa yg beribadat pada bln Ramadhan dan menepati mlm lailatul qadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yg dilakukannya selama 1,000 bulan.
Beramal pada mlm tersebut seperti solat, zikir dan membaca Al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yg tidak mempunyai Lailatul-Qadr.

Menurut Petua Imam al-Ghazali:

* Sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu 
maka lailatul Qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadhan

* Sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Isnin 
maka lailatul Qadar jatuh pada malam ke 21 Ramadhan

* Sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat 
maka malam al-Qadar jatuh pada malam ke 27 Ramadhan

* Sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Khamis 
maka malam al-Qadar jatuh pada malam ke 25 Ramadhan

* Sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Sabtu 
maka malam al-Qadar jatuh pada malam ke 23 Ramadhan

Walau bagaimanapun berusahalah sepanjang bulan kerana 
seluruh bulan Ramadhan banyak 
kebaikan, kerahmatan, keberkatan dan keampunan

Selamat beribadat

Wallahuallam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...