Pages

Tuesday, December 27, 2016

27 Wedding Annivesary




ALHAMDULILLAH hari ini 28 Disember 2016, genap 27 tahun usia perkahwinan bersama suami.  ALHAMDULILLAH bersyukur sangat² pada ALLAH SWT kerana telah mengurniakan pasangan yang sangat memahami dan penuh kasih sayang walaupun ada kalanya selera kami  tak sama, pendapat jugak ada kalanya tak seiring, tapi itu tidak menghalang kami untuk hidup harmoni dlm satu bumbung bersama anak² tersayang...:) 
Semoga terus dilimpahi mawaddah wa ramah dan dirimbunkan bersama hamba²Nya yg soleh...Aamiin.

Tuesday, December 13, 2016

Hidup bebas hutang...cara bijak guna kad kredit

Anda pernah guna kad keredit?. Saya pernah menggunakan kad kredit bank, 10 tahun lalu saya nekad tak nak guna kad kredit. Saya bayar sikit-sikit hutang yang ada dan tidak guna dah supaya hutang tidak bertambah. Lama kelamaan hutang tu habis. Bila dah habis bayar hutang kad kredit , saya terus terminated.

Dah 10 tahun, takde perbezaan pun. Ada kad dengan takde kad kredit sama saja. Jadi lebih baik tak ada. Nasihat saya cukup-cukuplah hutang bayar duit rumah dan hutang kereta sebab kita tak mampu nak kumpul duit tunai yang banyak untuk beli rumah dan kereta sedangkan dua benda ini memang penting sekarang.

Ketika ada kad kredit pun saya guna ikut limit bulanan. Bukan suka suka beli barang. Membeli barang keperluan dan keutamaan saja. Dah ada kad kredit, saya guna untuk bayar petrol dan beli barangan dapur. Lama lama saya jemu, kenapa nak berhutang beli barang dapur padahal duit ada dalam akaun. Saja-saja nak bangga guna kad kredit , konon prestij. Berlagak macam orang kaya. Ini yang saya rasa la, bukan saya kata orang.

Pada rakan-rakan tentu ada pro dan kontra. Bagus jika berhemah menggunakan. Bukan berhutang kad kredit kerana selalu tak cukup duit untuk berbelanja.

Bahagia dan tenang sebab lepas tu berbelanja ikut duit yang ada dalam dompet. Takde duit, duduk diam-diam di rumah. Saya tak pergi shopping kompleks , saya tak jelajah shopping online.

Saya tak nak bayar yuran pengajian anak-anak belajar guna kad kredit, saya tak nak dah beli tiket kapal terbang guna kad kredit. Dibuatnya mati ketika penerbangan, naya.

Saya cerita diri saya, gaji saya kecik aja masa saya bekerja sebagai penjawat awam. Saya bukan orang kaya, atau ada bisnes sendiri untuk tambah pendapatan. Bisnes saya ialah anak anak. Masa saya dihabiskan bersama anak-anak, kerana masa depan saya sudah jelas, masa depan anak atas didik dan asuhan saya, doa saya, tawakal saya kepada ALLAH Taala.

Sekarang saya dah bertaubat tak nak gunakan kad kredit lagi. Saya cuma mahu mendapat rahmat ALLAH, mengharap pandangan ALLAH keatas saya dan keluarga saya serta seluruh umat Islam yang beriman.

Alhamdulillah kita cepat diberi kesedaran. Nasihat pada anak-anak muda yang baru bekerja, tak usah terpesona dengan tawaran kad kredit.

Thursday, December 8, 2016


Ramai manusia menggunakan sejarah lampau yang pahit sebagai alasan mengapa hidup mereka tidak seperti yang mereka inginkan.

Jom! hentikan segala alasan dan lihat dalam diri dan ambil tanggung jawab atas segala pilihan yang kita telah buat yang memberi hasil kehidupan hari ini dan ambil keputusan baru untuk kehidupan baru.

Setiap kehidupan yang kita jalani pasti memberikan pelajaran yang begitu berharga. Pelajaran tersebut merupakan hasil dari sebuah keputusan yang telah kita pilih sebelumnya. 

Hidup adalah proses dimana kita harus berkembang serta bermanfaat untuk orang lain. Semua orang pasti mempunyai tujuan dalam hidup. 

Umar bin Khattab berkata, “Didiklah anak-anakmu dengan hal yang berbeda dengan keadaanmu sekarang kerana anak-anak telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.”


Wednesday, November 23, 2016

Contoh Teladan Yang Sangat Terpuji

Sementara tunggu giliran dipanggil di sebuah klinik, nampak satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.

Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yg sedang dipromosi...
...bukan bahan yg dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah ALLAH.

Saya nak tanya, jika kita faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?

Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang menarik perhatian ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta, bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.
Maka anaknya pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.

Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu mereka di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pergi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, tidak boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis...

Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.
Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.
Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.


Diharap dapat dikongsikan semoga ada kebaikannya…

Tuesday, November 15, 2016

Hasil carian imej untuk gerai

Baca sebuah kisah luahan yang berlaku di mana satu kejadian yang berlaku di sebuah restoran cukup membuatkan hati sebak...

Mana tidaknya seorang ayah bersama anaknya yang makan di sebuah restoran hanya memakan nasi bersama kuah sedangkan anaknya kelihatan hendakkan lauk sotong, mungkin kerana tidak mampu untuk membayar harga lauk, dia dan anak hanya memakan nasi berlaukkan kuah.

Jom kita baca...

citernye, beberapa hari lepas masa cod barang, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit2 dahaga nak minum air.

Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin umur dalam 4 tahun.

Lelaki tu nampak selekeh sangat, kaki dan tangan hitam berminyak, baju seluar kasut lusuh mungkin orang susah so nampak uzur je... budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar2 mungkin lapar sangat agaknya.

Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk2 atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah2 geli tengok mereka yang kotor.

Astaghfirullah...

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhati ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil2 lauknya. Anak pula duk tunjuk2 lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya.

Last2 si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata2.

Masa tu Allah aje tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. Sayu hati tengok...

Ya Allah...

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.
Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk2 sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar, sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar, tapi pembantu kedai tu kata, ambil laa... ada orang belanja. Si anak ni panjang leher2 duk tengokk je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last2 ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat2 air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi.

Ya Allah...lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat2 jujur.

Bayangkan...

Sampai anak saya tanya, mama kenapa mama nangis, ayyad tak naughty lagi, soryy mama.

Saya terus peluk kedua2 anak saya sambil menangis.
Sedih...

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat... ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita.

Semoga Allah memelihara kedua beranak itu.


copy n paste...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...