Pages

Thursday, December 18, 2014

Tangisan Yarmouk


Secara kebetulan sempat menonton televisyen di Berita Al Hijrah "Tangisan Yarmouk" mengenai pelarian Palestin di Syria. Perasaan jadi sebak melihat keadaan kawasan runtuhan yg tidak selamat dan kotor, menjadi "kediaman" saudara seIslam.
"Saya tidak ada keluarga, tidak ada anak, tidak ada isteri. Saya hanya ada ALLAH..." kata seorang lelaki tua yg sudah beberapa hari tidak menjamah makanan dgn linangan air mata.
Seorang wanita muda yg menggendong bayinya sudah kekurangan susu badan juga kerana beberapa hari tidak makan. Air matanya mengalir tanpa henti menceritakan sudah hampir 8 bulan terpisah dgn suami yg dicintai.
Seorang wanita yg lain pula sedang mendukung bayinya yg sudah tidak lagi bernafas kerana kebuluran.
Kesengsaraan, kebuluran dan air mata. Mereka di ambang kematian, tetapi dunia tidak mampu berbuat apa-apa. Setiap hari mereka hanya menghitung hari bilakah bantuan akan datang atau maut yg akan menjemput mereka.       
YA ALLAH...
Lupakah kita akan nilai sebuah kesyukuran, di atas setiap "nikmat" yg dikurniakan...yg belum tentu rasa "nikmat" di sisiNya, jika nikmat itu sering lupa disyukuri dan jauh diri dari Tuhan.
Kita sering cuba menyebut-nyebut apa yg tiada, melupakan sekian banyak senarai yg ada. Kita sering mengharap sesuatu yg lebih daripada apa yg diperlukan, walaupun di bibir sentiasa mengakui adanya hari pembalasan dan akhirat yg kekal. Kita sering mendamba "kesempurnaan hidup"...sedangkan kita juga mengharapkan syurga nan indah, kita adalah kita, yg sukar mujahadah dan istiqamah.
Ketika ALLAH mengurniakan kita cukup makanan utk mengenyangkan perut, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Ketika ALLAH mengizinkan kita tinggal di kediaman yg bersih dan selesa, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Ketika ALLAH menganugerahkan insan-insan yg melindungi dan membahagiakan hari-hari kita, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Semoga hati ini dipandu, memandang dunia daripada jendela akhirat, supaya segala keindahan hari ini, tidak terhenti di sini...
Ingatan buat diriku dan pembaca...

Monday, December 15, 2014

Nasihat Buat Isteri Wanita Pejuang Agama

As salamualaikum wbth...nasihat ini utk peringatan diri sendiri dan sesiapa yg sudi membaca.. walaupun masih terlalu jauh tapi semoga sblm ajal menjemput sekurang2nya pernah bercita2 utk menjadi wanita solehah..walau pun tak mungkin sehebat Khadijah..wanita pertama memeluk Islam..amin ya rabbal alamin.


(copy n pase dari seorg rakan yg suaminya seorg Daie) - Ustaz Muhammad Abdullah
Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari ALLAH sendiri yakni Khadijah RA.
Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai ALLAH dan RASUL yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal, kata Syeikh Tariq Jamil tidak kurang dari 200 tampal.
YA ALLAH, ALLAH, ALLAH, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi, sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu ALLAH sampaikan salam padanya.
Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan ALLAH.
Senyuman isteri dikala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan ALLAH dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak ALLAH.
Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembirakanlah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.
Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.
Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.  Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana ALLAH. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah ALLAH. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh ALLAH. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji ALLAH sayang kita.
Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi SAW.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.
Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan spenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha ALLAH. Untuk umat umat selamat dari neraka.
Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha ALLAH dan Syurga.

Friday, October 3, 2014

Pot Holder dari perca kain

Hari ini tinggal sorang, memandangkan encik suami belum pulang lagi dari outstation, banyak masa terluang.  Google punya google terjumpa blog ni...

Patern ni boleh copy kat link http://www.apalog.com/studio-clip_craft/archive/22.  Semua tulisan jepun...memang tak faham, cuma tengok instruction bergambar dia...  Cuma ikut aje, huh... akhirnya siap jugak seperti dalam gambar...tak lah 100% sama seperti didalam blog tu, lagipun agak kurang kemas sikit.  Akan datang kalau buat lagi mungkin boleh diperbetulkan kekemasannya...

Sebenarnya dah lama juga nak buat "scrapper pot holder" untuk menggantikan pot holder lama yang dah buruk...segan nak tunjukkan... Ha ha ha kali ini nak buat 2 ayam tak menjadi...jadi ayam kurus ke apa yang penting menjadi...he he kejap lagi bertenggek kat dapur ku... bukannya apa hanya lebihan kain perca jeans yang aku gunakan...  Aku letak pelapik (bathing) dengan kain jeans juga yang warna cerah lebihan juga dari (potongan kaki seluar) supaya tak panas nanti masa angkat periok atau kuali... kalau terlepas naya aku...
Sebenarnya banyak yang kita boleh buat dengan lebihan atau perca-perca kain yang kita simpan.

Friday, September 26, 2014

Bakal Bergelar Mertua

Cuaca cerah dan indah pagi ini... suasana rumah riuh-rendah...
Anak-anak berkumpul, kebetulan cuti sekolah dan cuti dihujung minggu...
Hari ini hari istimewa...hari yg aku mengharapkan berkat, redha dan keampunan dari Yang Maha Esa... 
Ramai yang kata, kita benar-benar akan mengerti pengorbanan seorang ibu apabila kita sendiri merasa menjadi seorang ibu...
Diberi peluang oleh ALLAH swt untuk merasai detik itu, merasai anak-anak membesar dan membahagiakan seluruh jiwa raga...
Berita yang dinanti-nanti dan sentiasa mendoakan anak-anak...
Bila mereka semakin dewasa, saya sampaikan pada ALLAH swt akan memberi kasih sayang pada mereka...
Semoga ALLAH swt memberi hidayah pada mereka...
Anak perempuan telah meluahkan perasaan, dah ada calon pilihan hati...
Saat ini paling indah ku rasa...asalkan ALLAH swt redha...
Apakah aku benar-benar sudah matang dan bersedia untuk bergelar mertua?
Semua ibu dan bapa didunia ini akan mengalaminya...
Mampukah aku menjadi mertua contoh? Insya Allah...

Saturday, September 13, 2014

CERITA "TANAH WARISAN"

(Beruntungnya, Memiliki Tanah Tandus)
Empat beradek baru saja mengalami kesedihan setelah kematian ayah dan ibu yang sangat mereka sayangi.  Setelah urusan jenazah arwah ayah dan ibunya selesai, empat beradek itu pun membuka surat wasiat dari arwah yang sangat mereka disayangi dan kasihi.
Surat itu menyebutkan bahawa keempat beradek itu diberikan pilihan untuk memiliki empat bidang tanah yang berlainan tempat. Ada bidang tanah yang begitu hijau dengan begitu banyak menghasilkan tanaman buah-buahan yang selalu dijual.  Ada bidang tanah yang berada di tepian sungai jernih, sangat sesuai untuk ternakan berbagai jenis ikan.  Ada juga bidang tanah yang sudah terbentang luas sawah dan ladangnya saujana memandang.  Ada satu bidang tanah lagi yang sangat tidak menarik... iaitu tanah tandus dengan tumpukan pasir-pasir kering di atasnya.
Menariknya, surat itu diakhiri dengan sebuah kata-kata... beruntunglah yang memilih tanah tandus.
Anak pertama memilih tanah pepohonan hijau. Anak kedua pun untuk memilih tanah dengan aliran sungai jernih. Begitu pun dengan yang ketiga, ia merasa berhak untuk memilih tanah yang ketiga dengan terbentang sawah dan ladangnya. Dan tinggallah anak yang keempat dengan mendapat pilihan tanah tandusnya.
“Apa engkau kecewa, adikku, dengan tanah tandus yang menjadi hakmu?” ucap kakak kepada si bungsu. 
Di luar dugaan, si bungsu hanya senyum. Ia pun berkata, “Aku yakin, pesan ayah dan ibu tentang tanah tandus itu adalah benar... Ya, aku tak kisah !”

Mulailah masing-masing adek beradek itu berusaha dengan warisan peninggalan kedua arwah orang tuanya dengan begitu bersemangat. Termasuk si bungsu yang masih bingung memikir tanah tandus pilihannya. 
Hari berganti hari, waktu terus beredar, dan hinggalah beberapa tahun. Tiga orang abang dan kakak yang menerima warisan begitu selesa dengan tanah subur yang mereka dapatkan. Si bungsu yang masih sibuk mencari-cari, menggali dan terus menggali, kelebihan yang ada dari tanah tandus yang ia perolehi. Tapi, ia belum juga berhasil. 
Hampir berputus asa. Ia masih bingung dengan manfaat tanah tandus yang begitu luas itu.  Sementara, kakak dan abang mereka sudah menikmati dengan tanah-tanah tersebut. “Aku yakin, ayah dan ibu menulis wasiat dengan betul. Tapi di mana beruntungnya ?” bisik hati si bungsu dalam hatinya.
Suatu hari, ketika ia dalam keadaan kesusahan untuk menggali di tanah tandus itu, hujan pun turun dengan lebatnya.  Kerana tidak ada pohon untuk berteduh, si bungsu hanya berlindung di balik longgokan tanah galian yang banyak mengandungi batu-batu kecil. Tiba-tiba, matanya dikejutkan dengan kilauan batu-batu kecil di longgokan tanah yang terkena percikan air hujan.
“Ah, emas! Ya, ini emas!” teriak si bungsu setelah meneliti batu-batu kecil yang sebelumnya menutupi tanah keras itu.  Dan entah berapa banyak emas lagi yang tersembunyi di balik tanah tandus yang terkesan tidak menarik itu.
******
Sahabat, kesimpulan saya :
MANUSIA sebenarnya cenderung menjaga sesuatu yang dianggapnya berharga dalam hidupnya. Sesuatu yang dianggap bernilai, ternyata hanya biasa saja. Dan sesuatu yang sangat tidak menarik untuk diperhatikan, ternyata mempunyai nilai yang tidak terkira.

Seindah hiasan dunia, tidak ramai yang mampu memahami bahwa di dunia ini tiada yang jauh dan sangat bernilai dari dunia dan isinya.  Itulah hidayah ALLAH swt yang tidak setanding dengan nilai apa pun di dunia ini.
Sayangnya, tidak semua orang seperti si bungsu, yang begitu yakin dengan kebenaran tentang tanah tandus dari surat wasiat yang diakhiri dengan sebuah kata-kata... beruntunglah yang memilih tanah tandus.  Walaupun harus menggali, dan terus menggali dengan penuh kesabaran.
Sebaliknya, tidak akan mempedulikan atau membuang saja sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu itu, semakin bersungguh-sungguh kita menjaganya.  Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, ALLAH swt pasti tunaikan.  Semoga kita menghargai dan bersyukur dengan atas apa yang kita miliki... Aamin...
Selamat Membaca...Salam Motivasi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...