besok encik suami dh mula bertugas dh lama cuti kerana kerja gotong royong sempena ank saudara kawen...hari ni dia servey gerai tepi jalan yg jual karipap gergasi di kuala selangor...sbb semalam rakan pejabat msg minta tolong belikan karipap gergasi yg belum bergoreng (frozen)...al kisahnya karipap gergasi ni pernah keluar dlm segment jjcm tv3...kami yg dh lama duduk area kuala selangor ni pun tak pernah merasa...karipap gergasi ini berharga rm3.50 sekeping yg dh siap bergoreng, berintikan daging dan ayam...inti ayam dan daging dimasak dgn rempah kari yg sebati dan harum baunya...doh yg menjadi kulit karipap gergasi ini lembut, rangup dan sedap bila dimakan...
masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Thursday, August 14, 2014
Wednesday, July 9, 2014
Kelabu @ Abu telah pergi menemui sang penciptaNya

Tarikh 7/7/2014 hari Isnin 3.00 pagi, Kelabu @Abu telah pergi menemui sang penciptaNya...
walaupun ianya hanya seekor kucing peliharaan...
ptg semalam balek tonjolkan diri masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang tak bermaya...
beri minum air kelapa, tak lama selepas itu muntah...
ingatkan nak bawa ke Vet kalau dpt bertahan, Vet dah tutup, lagipun masa dah nak berbuka puasa...
tinggalkan dia pergi solat terawih, balek keadaan tak berubah...
semalaman tak dapat tidur sebab dia berada dalam bilik tidur...
rupanya dia sedang nazak... kesian... nazak seperti manusia juga...
dalam keadaan yang teramat sedih...
jam 4.00 pagi kami sempat tanam sebelum bersahur...
"bersemadilah dengan tenang, ALLAH SWT lebih menyayangi"
Wallahuallam bisawab...
![]() |
| terima kasih Abu untuk setiap kenangan selama 3 tahun... We gonna miss you... |
![]() |
| Abu meninggalkan 4 ekor anak-anak |
![]() |
| bini Abu dan anak-anak tiri |
Saturday, June 14, 2014
Sahkah solat jika pakai make up ?
Assalamualaikum wbth...
Disini sy kongsikan sedikit ilmu dimanfaatkan utk djadikan panduan bersama...dan juga peringatan diri sendiri... InsyaAllah...seperti sedikit ungkapan ayat di bawah ini:
Sahkah solat jika pakai mekap ?
Jika sah mana dalilnya ?
Jika tidak sah mana dalilnya ?
Ramai yang berikan alasan mekap utk yg tidak solat.
Tidak sah jika mekap tidak dicuci terlebih dahulu...air tidak akan meresap ke kulit muka...
Sebenarnya air wuduk yg masih membasahi anggota wajib kita lebih afdhal dari mekap yg tidak dapat dipastikan apa tujuan dan niat asal kita bermekap ketika hendak bersolat…
Kalau wuduk and then mekap, dress up bila ada event/majlis, masuk waktu maghrib je solat, apa salahnya ? Begitu juga kejar masa nak p kerja, awal pagi mandi, wuduk then mekap siap2 tunggu azan subuh, solat je terus pergi kerja...
Ermm...tp majoriti ustazh/kwn sy ambil wuduk kt rumah...lepas tu mekap sikit...beri ceramah/tazkirah sebelum masuk zohor bila masuk waktu zohor terus solat berjemaah...
Seseorg wanita bersolat dalam keadaan bermekap, sah solatnya kalau mekap tersebut dibuat daripada bahan-bahan yg halal dan bukannya najis.
Wallahu a’llam...
Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat". Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.
~[Q.S. Al A’raf:32]~
Dari Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangi-wangian berwarna kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipinnya dan kedua lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar-benar tidak memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Nabi Sallallahu’alaihi wasallam bersabda: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh hari.
~[HR Bukhari & Muslim]~
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam : Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya. ~[HR al-Tarmizi]~
~~dalil ni sy copy dari rakan fb~~
Thursday, June 12, 2014
Malam Nisfu Syaaban
~kelebihan Malam Nisfu Syaaban...
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekelian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan ALLAH SWT atau orang yang bermusuhan"
- Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban -
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan : Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu : pada malam Jumaat, malam Hari Raya 'Aidiladha, malam Hari Raya 'Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban"
- Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm -
Monday, April 14, 2014
falsafah buah-buahan
1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.
3. Jadilah buah durian, jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.
4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.
5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.
6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santannya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.
7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya : kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Subscribe to:
Posts (Atom)