Hari ni baru dpt menarik nafas lega...setelah beberapa minggu terlalu sibuk dgn pelbagai program...
Banyak sgt tugasan yg menanti hingga kadang kala terpaksa berehat panjang dari mengupdate blog ini...
Sebelum cuti sekolah ada juga terima tempahan kek... byk2 tak laratlah...utk org bertunang dan kenduri kendara... tiba2 anak telefon, "ibu...kek hari tu tak cukup la, ada yg tak dapat..." sejak anak bongsu duduk asrama Maahad Tahfiz selalu juga hantar utk mereka makanan yg siap packing2, budak2 suka makan makanan yg manis2...
Sejak akhir2 ni dah la air kena catu, tapi tidak mengikut jadual yg ditetapkan... nasib baiklah anak dah balek... nak masak ? lagipun yg tinggal cuma sy n suami... itu pun kadang2 suami bertugas "outstation" makan kat luar lagi jimat... tapi kdg2 takut juga kebersihan tak terjamin...
Hari ini bulan april...ya bulan april yg byk menyimpan kenangan...perbanyakkan istighfar dan doa... Sesungguhnya sesiapa yg beristighfar bersungguh2, nescaya Allah akan memberikan pertolongan daripada sumber yg tidak disangka2....
Wallahu'allam...
Al fatihah utk ayahanda tercinta...12/3/1996 hari ini genap 18 tahun pemergiannya...
Bapak...tetiba terasa RINDU sgt2 nak menatap wajah arwah bapak...teringat kenangan bersama bapak dari kecik hingga dah besar...melihat kembali gambar-gambar lama arwah bapak, arwah mak, yang ada gambar arwah mengimbas kembali kenangan dan memori bersama arwah...
Kami melangkah ke pusara bapak dan mak selepas waktu asar...hajat hati mahu berdoa dan insan yang dikenang oleh kami sekeluarga...semoga arwah tenang dan damai di sana...aku akan sentiasa menyedekahkan surat al fatihah dan mendoakan kesejahteraan arwah disana iaitu, di taman-taman syurga...Aamin...
Bapak dikenali seorang yang sedikit pendiam tapi tegas dan teguh terhadap prinsip hidupnya...bekerja keras untuk menampung segala keperluan terhadap anak-anak yang seramai 9 orang...
Hari ini saya berkongsi kenangan bersama bapak...inilah sebahagian yang masih kekal dalam memori saya…setiap tahun demi tahun mengingatkan kembali zaman persekolahan...bapaklah yang akan datang ke sekolah setiap kali untuk membayar yuran dan segala keperluan persekolahan...
Assalamualaikum...
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ""SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu insyaAllah akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
(1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku;
(2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam;
(3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat;
(4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini;
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin;
(6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin;
(7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhailah aku.....
Kecantikan bunga, mewangi, dan berwarna, mudah layu atau mati ketika ramai org memetiknya, apalagi jika terkena oleh teriknya sinar matahari.
Bagaimana dengan intan permata? Bukankah intan permata terus indah selamanya jika terus dijaga oleh pemiliknya?
Keduanya cantik, tetapi kecantikan intan permata lebih abadi dibandingkan kecantikan bunga.
Begitupun dengan wanita yg cantik secara fizikal, tidak akan abadi sbb faktor usia dibandingkan dengan kecantikan batinnya.
Kecantikan zahir yg tidak disertai kecantikan batin seperti rumah tanpa tiang, apabila dilanda bencana yg menimpa, akan putus asa dan rendah diri.
Kecantikan batin adalah ketakwaan kepada ALLAH SWT.
Wanita yg sentiasa memelihara ketakwaan akan dpt mengalahkan kecantikan yg hanya lahiriah.
Inilah senjata utk wanita agar selalu percaya pada diri kerana hidupnya hanya kepada ALLAH SWT.
Inilah bukti keadilan ALLAH, ternyata yg memiliki darjat tertinggi di sisi ALLAH SWT bukan kerana kecantikan, melainkan yg menentukannya adalah ketakwaan.
Carilah seribu macam cara utk mendapatkan ketakwaan dan berlumba dlm kebajikan.
Keindahan wanita tidak hanya dari segi fizikal, tetapi kecantikan dari dlm (inner beauty), iaitu kecantikan emosional, spiritual, dan intelektual.
Itulah kecantikan yg sebenarnya...Wallahu'allam...
Dulu2 sy mcm ni la...ank2 mmg tak suka duduk di rumah pengasuh / taska...nak berkepit jer dgn ibu dia...kpd ibu2 yg terpaksa mencari rezeki berserahlah pd ALLAH...semoga ALLAH lindungi ank2 dan beri kita kekuatan dan kesabaran dlm membesarkan ank2...bila ada waktu terluang bermanja lah dgn anak...
Kita kongsikan mesej melalui whatsapp dari seorang pakar motivasi iaitu...
Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak2...
... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat...
Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!
Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama..
Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama...