Pages

Thursday, August 15, 2013

~Salam Aidilfitri 1434H~


Salam Aidilfitri buat rakan/teman/blogger di alam maya...ampun dan maaf, salah dan silap...semoga hidup kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah swt sentiasa...semoga sudi terus membaca perkongsian di blog ini.

Wednesday, August 7, 2013

perginya Ramadan..hadirnya Syawal

Sekejap je masa berlalu...pejam celik pejam celik Ramadan dah pun sampai ke penghujungnya...Allahu Rabb...diri ini masih lagi terfikir adakah aku akan berjumpa lagi dgn Ramadan yang akan datang ? sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menyambut Ramadan sehingga ke akhirnya sehingga 29 Ramadan. Sejuta syukur juga kerana 29 Ramadan (Tahun Hijrah) jatuh bersamaan ulangtahun kelahiran ini 22 April (Tahun Masihi)...Syukur pada Mu ya Rabb.



Di hari ulangtahun kelahiran ini juga saya terus mengingatkan diri.  Mungkin ramai orang berbangga bila semakin bertambah usia. Kerana ia melambangkan kedewasaan, kematangan dan kedudukan dalam masyarakat.

Namun bagi saya, biarlah angka ini menjadi muhasabah dan peringatan, bahawa masa yang ada semakin singkat, perjalanan yang jauh kian dekat.

Yang dihitung bukanlah usia yang banyak, akan tetapi amalan soleh yang dapat diraih, sebagai manfaat dari sekian banyak nikmat Tuhan yang tidak terhitungkan...yang membawa pemiliknya semakin 'rapat' kepada Allah Yang Maha Hebat.

"Ya Allah, bantu hamba Mu, berkati usiaku agar bila aku kembali kepada Mu, walau tanpa pahala melimpah tetapi bersama rahmat dan berkah."

 
Akhir sekali...Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Taqabballahu minna wa minkum. Kullu 'ammun wa antum bikhir. Insya Allah, Amen Ya Rabb...sambutlah Syawal pada tahun ini dengan penuh rasa syukur dan tawadhuk pada Allah SWT...


Saturday, July 27, 2013

Nuzul Quran

Assallamualaikum semua...selamat menyambut Nuzul Quran...em, petang tadi anak saudara datang hantar lauk untuk 'iftar'...syukran..."hai sejak bila sebut perkataan 'iftar' m'cik?" ye satu perkataan yang jarang kita gunakan dan dengar...agak-agak siapa yang ketinggalan zaman...memang sejak dah tak bekerja ni jarang guna dan dengar perkataan-perkataan arab ni...maklumlah dah duduk di kampung dan solat terawih pun bersama-sama dengan kakak-kakak dan m'cik-m'cik yang saya anggap seperti emak sendiri...
Sekarang ni pun dah masuk 10 Ramadan terakhir...sama-samalah kita mencari malam lailatul qadar...untuk mengingatkan diri ini juga...walaupun dugaan itu tidak sebesar mana pada diri ini berbanding mereka yang lain...semoga mendapat redha dan rahmat dari Allah SWT...Insya Allah...

Monday, July 22, 2013

Al-Fatihah...Tanggal 23 Julai...

Wajah Mak nampak tenang seperti selalu-selalunya Mak di mata saya. Saya sedaya mungkin menahan tangis, namun titisan air mata tetap laju menuruni pipi...

"Jirus air pelahan-lahan ke seluruh tubuhnya ye, "M'cik Zaiton, selaku ketua penyelenggara jenazah memberi arahan sekaligus tunjuk ajar. Saya, Kak Ton, Kak Tipah, Nani dan Jiah, 2 orang anak saudara yang dibela sejak dari lahir bersama-sama membantu memandikan jenazah Mak...

"Pakai tuala kecil atau sarung tangan...kemudian bersihkan gigi dan mulutnya...sisir perlahan rambutnya kalau-kalau ada kotoran"...M'cik Zaiton memberikan tunjuk ajar kepada saya yang memegang dibahagian kepala. Kak Tipah membersihkan bahagian bawah dan Kak Ton di bahagian kaki.

Saya renung tubuh yang pernah mengandung, melahirkan dan membesarkan saya. Dengan lembut dan hati-hati saya bersihkan dada yang pernah menyusukan saya dan perut yang pernah mengandungkan saya selama 9 bulan. Saya gosok jari jemari yang pernah membesarkan saya dan terbayang semua kenangan bersama Mak. Sebentar lagi kami benar-benar akan terpisah, dipisahkan oleh dunia masing-masing yang sudah berbeza.

Bersyukur kepada Ilahi kerana saya sempat melalui pengalaman berharga ini, walau keuzuran Mak tidaklah ketara disebabkan kerap balek berjumpa Mak...hingga saat memandikan jenazahnya. Pengalaman berupa didikan hati agar terus berserah kepadaNya. Mudah-mudahan untuk seterusnya, mencapai pula tingkatan iman yang paling tinggi kerana seorang Mukmin di hadapan Rabbnya seumpama mayat di tangan orang-orang yang memandikannya...

Perjalanan hidup Mak di dunia telah berakhir...dan bermulalah pula perjalanannya ke akhirat yang kekal abadi. Selamat menempuh perjalanan baru Mak, doa dari anakmu akan sentiasa mengiringi...

Sememangnya kami merinduimu…Tanggal 23 Julai 2003 genap 10 tahun bonda tercinta pergi mengadap ILAHI...

Al-Fatihah...semoga sentiasa dalam rahmatNya dan bersama-sama dengan orang yang beriman dan dikasihNya.
 

Friday, July 19, 2013

Kuasa seorang ibu cukup hebat...

~Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh Fikir & Zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh Syukur~

Kuasa seorang ibu cukup hebat...tersinggung perasaan ibu, Aqamah terseksa menghadapi sakaratul maut, Tanggang berubah menjadi batu, melukakan hati ibu...

Ya Allah, aku seorang ibu kepada 4 orang anak...Anak2ku, semoga hatiku tidak pernah tersinggung dan dilukakan kerana aku amat menyayangi anak2ku...Aku juga seorang anak, semoga aku tidak menyinggung dan melukakan hati ibuku...walaupun ibu bapa ku sudah tiada lagi, tetapi masih mempunyai ibu mertua...Namun aku tetap memaafkan anak2ku sekiranya aku tersinggung atau terluka kerana aku takut kuasa aku sebagai ibu akan menyeksa anak2 ku.

Aku nak ingatkan anak2 ku dan sahabat semua...

Sebagai anak kita sentiasa menghargai ibu bapa kita walau macamana pun keadaan mereka. Kita sentiasa mendoakan dan menjaga hati mereka kerana doa ibu bapa kita mustajab dan kalau kita tak dapat keredhaan dari mereka, bererti kita tidak mendapat keredhaan ALLAH juga. Sebab apa...??? Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa kita. Jadi, sentiasalah beringat ye...Kalau adapun buat mereka tersinggung ke apa, cepat-cepatlah minta maaf... Dan sentiasa ingat kewajipan kita sebagai anak, apa yang patut kita laksanakan...Kalau kita nak bahagia di dunia dan akhirat, kita akan bahagiakan ibu bapa kita, insyaAllah kita pun akan bahagia...Jadi, sayangilah mereka dengan sepenuh hati kita melebihi sayang mereka kepada kita... Hargai, Jaga & Kasihi mereka selagi masih ada hayat mereka.... InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...