Pages

Friday, July 12, 2013

DOSA PERCUMA TANPA KITA SEDARI

Hari ini 3 Ramadhan...selepas sahur, sementara menunggu waktu solat subuh...sempat melayari blog-blog yang ada...tertarik artikel dari blog Ustaz Dr. Zaharuddin yang saya lawati... rintihan seorang lelaki... tentang isu hak dan kesaksamaan antara lelaki dan wanita...wanita ketika ini memperjuangkan hak yang sama rata dengan lelaki, sehinggakan perlu pandai bermain bola sepak dan menjadi imam kepada makmum bercampur lelaki dan perempuan...

Kenapa timbul isu ni?

Itulah kejahilan diri kita tanpa kita sedari... dosa boleh dilakukan dengan terang-terangan apatah lagi ketika bersendirian... jika yang terang-terangan mestilah akan di benci oleh Allah SWT dan orang sekeliling...namun begitu, ketika sunyi pun masih lagi hendak buat dosa ? Ketika itu hanya kita dan Allah SWT sahaja yang ada.

Yang paling penting isu wanita bertudung... tidak mementingkan panduan bertudung... adakah pakaian yang kita pakai itu tidak menyebabkan orang yang melihat kita mendapat DOSA PERCUMA?
Jom kita nilai kualiti tudung kita...bacalah hasil tulisan ustaz Zaharuddin.

Alhamdulillah...Insya Allah dapat dijadikan panduan...

Kadangkala perlu diberi perhatian serius...saya juga tidak terkecuali... masya Allah dosa terlalu mudah untuk mendapatkannya...

Sama-samalah kita mengambil iktibar... sempena Ramadhan al-Mubarak ini... elakkan diri kita dari mendapat DOSA PERCUMA...kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah SWT...bagaimanapun dosa adalah yang paling mudah terampun pada hamba-hamba yang bertaubat...

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa pembaca-pembaca entry ku atas segala dosa dan kesalahan yang dilakukan, yang sengaja atau yang tidak sengaja...ampunilah segala kelemahan kami...

Wallahuallambissawab...

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Menjelma Lagi...


Ramadan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan seribu rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa.

Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, "Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan." (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad).

Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan bererti selamat datang Ramadhan!

Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah SWT untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah SAW telah menjanjikan kita dengan sabdanya, "Solat yang lima, Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim).

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, dan kita dapat penuhinya dengan sempurna...

Tuesday, June 25, 2013

~Istimewanya Syaaban...~


Subhanallah ! pejam celik, pejam celik, kita sudah berada dipertengahan Syaaban. Terasa bagaikan kita melangkah masuk ke dalam bulan yang mulia ini iaitu Ramadhan...padahal umat Islam diseluruh dunia bakal menyambut Ramadhan yang akan datang.

Betapa mulia dan berkatnya Syaaban, sehingga kita menyambut "Nisfu Syaaban" dengan solat Taubat dan bacaan Yaasin.

"Ya Allah, berkatilah kami bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikan lah kami kepada bulan Ramadhan".

Saturday, June 15, 2013

SEKADAR BERPESAN-PESAN

Janganlah kita jadi orang yang sombong, kerana kehidupan seseorang yang sombong, pengakhirannya amat merugikan... Orang yang faham dan beramal dengan ilmu agama yang ada padanya, dia akan mudah menerima teguran walaupun teguran itu datang dari seseorang yang kelihatan biasa-biasa sahaja...

Ingatlah...yang salah tetap salah, lembutkanlah hati kita untuk menerima teguran yang baik untuk kita, mungkin selama ini kita tidak sedar kesalahan kita sehinggalah Allah "hadirkan" seseorang untuk "menegur" kita... Anggaplah orang yang datang menegur kita itu utusan dariNya kerana DIA sangat sayangkan kita, lalu Dia datangkan seseorang untuk menyedarkan kita yang kadang-kadang riak dengan ilmu yang kita ada, sedangkan jika kita merenung sedalam-dalamnya... kita sebenarnya bukan sesiapa pun, hanya seorang hamba yang hina dina di sisiNya...

Orang yang beruntung ialah orang yang bersifat rendah hati dan sentiasa merasakan dirinya tidak sempurna dan memerlukan nasihat dan teguran dari orang sekeliling.

Ingatlah...
Jangan sesekali terdetik dalam hati kita rasa begini bila seseorang yang kelihatan biasa-biasa tiba-tiba datang menasihati kita:

"Ahh!! siapalah kau ni nak tegur-tegur kesalahan aku, hidup kau pun serba tak kena, ada hati nak tegur aku. Aku belajar agama, tahu agama...kau tu bukan belajar aliran agama pun...ada hati nak nasihatkan aku, cermin diri kau lah dulu".

Bila terdetik rasa begitu...akuilah pada diri kita...aku ni sombong.

Sekadar berpesan-pesan untuk kebaikan dan renungan bersama terutamanya diri saya yang kadang-kadang lupa...

Sunday, May 5, 2013

Tanam Sendiri Makan Sendiri

Alhamdulillah...berkat berbudi kepada tanah dapat jugak merasa hasil titik peluh sendiri sambil mendidik diri minat pada tanaman...excited nak makan... kalau tak silap kali ni dah banyak kali untuk menu santapan keluarga...seronok juga sekali sekala dapat makan sayur-sayuran hijau tanaman sendiri...

Konsep lanskap dan pemilihan jenis tanaman di kawasan rumah...ia amat berguna dan tak perlu bersusah untuk membeli di pasar...hanya petik sahaja bila perlu...berikut adalah antara pokok ulam-ulaman yang ada...

Ulam Raja...boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam dan boleh juga dibuat kerabu...



Kacang Botor...boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam dicicah dengan sambal belacan...disajikan sebagai sayuran tumis atau dibuat kerabu...


Daun Kesum...ditanam secara atas tanah...biasanya digunakan dalam masakan seperti asam pedas...turut digunakan sebahagian dalam ulaman nasi kerabu mahupun laksa...saya juga turut amalkan makan terus bersama nasi...sedap juga...terasa pedas-pedas sikit...boleh cuba...

Daun Selum...ditanam secara atas tanah...biasanya dimakan bersama nasi sebagai ulam dan nasi kerabu mahupun laksa...

Daun Pegaga...dimakan bersama nasi sebagai ulam rasa dan baunya menambah selera...boleh juga dibuat kerabu atau minuman jus...


Pucuk Kari...mungkin pelik bagi yang tak biasa...jika dicuba rasanya enak juga...terasa kari bila dikunyah...

Pucuk Kedondong...mungkin pelik bagi yang tak biasa...tapi jika dicuba pasti terkejut...rasanya enak sekali...sedikit masam-masam rasa seperti buah kedondong...pucuknya lembut sekali...enak dimakan terus mahupun bersama nasi sebagai ulam...

Pucuk Mengkudu...dicelur terlebih dahulu sebelum dihidang...

Pucuk Bebuas...dicelur terlebih dahulu sebelum dihidang...

Pucuk Ubi Kayu...dicelur terlebih dahulu sebelum dihidang...atau disajikan sebagai sayuran masak lemak putih...

Pucuk Turi (Geti)...dicelur terlebih dahulu sebelum dihidang...atau disajikan sebagai sayuran masak lemak putih...


AMALKAN MAKAN ULAM...INSYA ALLAH...AWET MUDA...HE! HE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...