sekarang ni majlis kenduri kahwin senang nak pergi kerana dpt kad jemputan siap dgn alamat dan pelan lokasi...lebih menarik dah ada petunjuk kain rentang atau banner gambar pengantin malah ada yg turut memaparkan gambar ibu bapa…
![]() |
banner majlis perkahwinan anak herman tino |
dgn kata lain…pengantin sekarang sudah tdk eksklusif atau istimewa...situasi begini jelas berbeza dgn majlis perkahwinan pd 20 atau 25 tahun lalu apabila kebanyakan tetamu menunggu pengantin bersanding utk melihat wajah mereka…
seperkara lagi tetamu tdk diberikan dgn bunga telur seperti kebiasaan (kalau dulu-dulu pemberian bunga telur satu kemestian)…sekarang kebanyakan jemputan akan diberikan beg “terima kasih” mengandungi kuih/kerepek/gula-gula dan air kotak sebagai cenderahati atau oleh-oleh dari tuan rumah…

pemberian bunga telur melambangkan
suasana kemeriahan, keserian, kesenian budaya dan keberkatan kedua-dua
mempelai…alangkah seronoknya org dulu2 memberi bunga telur dan tetamu
menerimanya dgn iringan doa agar kehidupan lebih diberkati semoga jodoh akan
berkekalan hingga ke anak cucu…
Walau bagaimanapun kita doakan keluarga yg baru dibina akan mendpt ketenangan (sakinah), cinta dan kasih syg (mawaddah) dan belas kasihan (warahmah) sesama pasangannya...Amin...
Wallahu’allam…Walau bagaimanapun kita doakan keluarga yg baru dibina akan mendpt ketenangan (sakinah), cinta dan kasih syg (mawaddah) dan belas kasihan (warahmah) sesama pasangannya...Amin...