Pages

Tuesday, December 27, 2016

27 Wedding Annivesary




ALHAMDULILLAH hari ini 28 Disember 2016, genap 27 tahun usia perkahwinan bersama suami.  ALHAMDULILLAH bersyukur sangat² pada ALLAH SWT kerana telah mengurniakan pasangan yang sangat memahami dan penuh kasih sayang walaupun ada kalanya selera kami  tak sama, pendapat jugak ada kalanya tak seiring, tapi itu tidak menghalang kami untuk hidup harmoni dlm satu bumbung bersama anak² tersayang...:) 
Semoga terus dilimpahi mawaddah wa ramah dan dirimbunkan bersama hamba²Nya yg soleh...Aamiin.

Tuesday, December 13, 2016

Hidup bebas hutang...cara bijak guna kad kredit

Anda pernah guna kad keredit?. Saya pernah menggunakan kad kredit bank, 10 tahun lalu saya nekad tak nak guna kad kredit. Saya bayar sikit-sikit hutang yang ada dan tidak guna dah supaya hutang tidak bertambah. Lama kelamaan hutang tu habis. Bila dah habis bayar hutang kad kredit , saya terus terminated.

Dah 10 tahun, takde perbezaan pun. Ada kad dengan takde kad kredit sama saja. Jadi lebih baik tak ada. Nasihat saya cukup-cukuplah hutang bayar duit rumah dan hutang kereta sebab kita tak mampu nak kumpul duit tunai yang banyak untuk beli rumah dan kereta sedangkan dua benda ini memang penting sekarang.

Ketika ada kad kredit pun saya guna ikut limit bulanan. Bukan suka suka beli barang. Membeli barang keperluan dan keutamaan saja. Dah ada kad kredit, saya guna untuk bayar petrol dan beli barangan dapur. Lama lama saya jemu, kenapa nak berhutang beli barang dapur padahal duit ada dalam akaun. Saja-saja nak bangga guna kad kredit , konon prestij. Berlagak macam orang kaya. Ini yang saya rasa la, bukan saya kata orang.

Pada rakan-rakan tentu ada pro dan kontra. Bagus jika berhemah menggunakan. Bukan berhutang kad kredit kerana selalu tak cukup duit untuk berbelanja.

Bahagia dan tenang sebab lepas tu berbelanja ikut duit yang ada dalam dompet. Takde duit, duduk diam-diam di rumah. Saya tak pergi shopping kompleks , saya tak jelajah shopping online.

Saya tak nak bayar yuran pengajian anak-anak belajar guna kad kredit, saya tak nak dah beli tiket kapal terbang guna kad kredit. Dibuatnya mati ketika penerbangan, naya.

Saya cerita diri saya, gaji saya kecik aja masa saya bekerja sebagai penjawat awam. Saya bukan orang kaya, atau ada bisnes sendiri untuk tambah pendapatan. Bisnes saya ialah anak anak. Masa saya dihabiskan bersama anak-anak, kerana masa depan saya sudah jelas, masa depan anak atas didik dan asuhan saya, doa saya, tawakal saya kepada ALLAH Taala.

Sekarang saya dah bertaubat tak nak gunakan kad kredit lagi. Saya cuma mahu mendapat rahmat ALLAH, mengharap pandangan ALLAH keatas saya dan keluarga saya serta seluruh umat Islam yang beriman.

Alhamdulillah kita cepat diberi kesedaran. Nasihat pada anak-anak muda yang baru bekerja, tak usah terpesona dengan tawaran kad kredit.

Thursday, December 8, 2016


Ramai manusia menggunakan sejarah lampau yang pahit sebagai alasan mengapa hidup mereka tidak seperti yang mereka inginkan.

Jom! hentikan segala alasan dan lihat dalam diri dan ambil tanggung jawab atas segala pilihan yang kita telah buat yang memberi hasil kehidupan hari ini dan ambil keputusan baru untuk kehidupan baru.

Setiap kehidupan yang kita jalani pasti memberikan pelajaran yang begitu berharga. Pelajaran tersebut merupakan hasil dari sebuah keputusan yang telah kita pilih sebelumnya. 

Hidup adalah proses dimana kita harus berkembang serta bermanfaat untuk orang lain. Semua orang pasti mempunyai tujuan dalam hidup. 

Umar bin Khattab berkata, “Didiklah anak-anakmu dengan hal yang berbeda dengan keadaanmu sekarang kerana anak-anak telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...