Pages

Monday, March 4, 2013

~jumpa rakan lama sekolah~

Apabila dah berhijrah ke kampong bermacam-macam aktiviti yang kita joint, antaranya seperti kenduri kendara, majlis-majlis ilmu di masjid atau surau. Terima kad jemputan kahwin usah cerita lah, belambak-lambak tak payah tunggu musim cuti sekolah.
Saya berkesempatan bertemu dengan beberapa rakan lama sekolah sewaktu saya menghadiri majlis perkahwinan anak rakan. Ternyata, selepas hampir tiga puluh tahun meninggalkan alam persekolahan, perubahan wajah setiap rakan yg ditemui menyebabkan saya hampir tidak mengenalinya. Setelah beberapa ketika dengan sedikit clue yang diberikan, barulah saya dapat mengingatnya kembali. Sewaktu hendak pulang mereka melihat kepada saya dengan wajah yang seolah-olah teruja. Mungkin terkejut dengan perubahan ketara saya yang dahulunya adalah seorang yang pemalu...
 
Firman Allah SWT. “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.” (an-Nisaa’: Ayat 1)
Nabi saw. bersabda, "Tidak masuk Syurga, mereka yang memutuskan silatur rahim.” (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silatur rahim.” (HR Bukhari)
 

2 comments:

sal ya said...

salam. saya pun jarang ingt nama kwn2. aisey...

Faizol Dee said...

sronok kan bila dah lama x jumpa kwn2 lps tu jumpa smula.. imbau blik knangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...