Pages

Tuesday, June 6, 2017

MIMPI DOA SEEKOR KUCING


Ibu seorang pemuda di rawat di hospital. Ibunya di rawat di ICU. Beberapa hari kemudian doktor berterus terang kepadanya. Keadaan ibunya tiada harapan sembuh dan boleh meninggal dunia bila-bila masa.

Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yang sedih mengenang sakit ibunya. Dalam perjalanan untuk melawat ibunya sekali lagi, pemuda itu berhenti di stesen minyak.

Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak, pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak, berteduh di bawah kotak. Kucing itu kelihatan tidak mampu berjalan. Dia termenung sejenak tertanya-tanya. Siapakah yang akan memberi makan kepada kucing itu dalam keadaan sebegitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesyen minyak. Dibelikannya setin tuna. Dibukanya tin tuna itu untuk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital.

Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU, alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada di katil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yang dipegangnya. Dia bergegas lari untuk bertanya kepada nurse bertugas.

"Di mana ibuku?"

Nurse itu berkata "Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa"

Pemuda itu terus mendapatkan ibunya yang ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya. Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi.

Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar di katil, ibunya melihat kucing dan anak-anaknya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera.

Pemuda itu terkejut mendengar apa yang diceritakan ibunya. Barulah dia teringat akan kucing di stesyen minyak yang diberi tuna tadi.

moral of the story...

Sedekah mempunyai banyak hikmah dan kebaikannya. Salah satu kebaikannya bersedekah boleh membantu penyembuhan penyakit dengan izin Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah”. (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Wallahuallam...

credit: WhatsApp Group
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...