Pages

Tuesday, September 26, 2017

Hukum masih lagi meletakkan gambar lama ketika tidak memakai tudung

Hasil carian imej untuk photo girls cartoon
Soalan Pertama:
Adakah satu dosa besar sekiranya saya masih lagi meletakkan gambar lama saya ketika masih tidak memakai tudung, contohnya di dalam facebook untuk tatapan orang ramai ataupun potret peribadi di rumah?

Haram dan berdosa... jika mampu buang dan perbanyakkan solat taubat.
Jika tidak mampu... abaikan tapi banyakkan solat taubat mudah-mudahan Allah swt sudi dengan belas ihsanNya dan rahmatNya... mengampunkan.
Tak kira la bila punya gambar...
Islam itu indah dan cantik...
Hasil carian imej untuk photo baby
Soalan Kedua:Adakah berdosa kita tunjukkan gambar sewaktu kita kecil yang tidak menutup aurat?

Ada juga saya bertanya kepada kawan2 lain...masing berlainan pendapat.
Baiklah...ini yang saya dapat kutip dari halaqah.net serta penerangan dari Ustaz Azhar Idrus dan telah saya simpulkan sedikit:
Kalau gambar yang kita tunjuk itu adalah sebelum kita Mumayyiz, maka ia adalah harus. Mumayyiz disini adalah sewaktu kita sebelum umur 7-9 tahun.. Kalau selepas umur 7-9 tahun tidak boleh kita tunjuk lagi.

Harus : maksudnya jika dilakukan tidak berdosa dan tidak mendapat apa2 pahala.
Tapi kadang-kadang bergantung dengan niat jugak... Adakah kita meletakkan gambar tersebut dengan harapan untuk dipuji? kerana dari dipuji ni lah akan timbul penyakit riak dan takbur. Jadi, apakah niat kita?

Mumayyiz = anak yang sudah mencapai usia di mana seorang anak sudah boleh membezakan mana hal yang bermanfaat baginya dan mana hal yang membahayakan dirinya, sebahagian ulama' menyatakan bahwa pada usia ini seorang anak memiliki kemampuan dalam otaknya untuk mencari erti dari sesuatu hal. Pada masa ini seorang anak sudah mampu untuk melakukan beberapa hal dengan sendirinya, seperti makan sendiri, minum sendiri, dan lain lain.
Umur mumayyiz menurut majoriti ulama' adalah 7 tahun, dan berakhir setelah sampai pada masa baligh.

Sunday, September 24, 2017

Alkisahnya...

Saya nak kongsi kisah sahabat atau rakan sekerja bermula di Kementerian yang baru ditubuhkan.

Beliau yang dahulu seorang yang biasa2 dan bukan seorang yang bertuah seperti orang lain.

Dengan berbekalkan azam yang kuat, Allah SWT bagi rezeki, mempunyai anak2 yang pandai iaitu seorang Doktor, Pengarah, Akauntan, ada harta, ada rumah sewa, perniagaan ada kemahiran hidup pandai wiring repair alat2 letrik dan akhirnya ada aset keseluruhan yang bernilai 3.5 juta dan sedikit wang simpanan lebih 250 ribu.

Bermula dari peringkat bawah menjadi penjawat awam, maklumlah dulu2 semua orang gaji bulanan cuma sedikit, untuk nak berjimat cermat setiap hari pergi kerja dengan menaiki basikal lebih 2 tahun dari Datok Keramat, KL ke Wisma Damansara, KL.  Lama kelamaan berkat rezeki yang ada barulah beliau mampu membeli motorsikal yamaha 80cc.

Disebabkan beliau tidak gemar membeli makanan diluar dan tak suka membuang masa setiap hari pergi kerja bawa bekalan berlaukkan telor dan ikan sardin sahaja.

Ada satu kelebihan dan kemahiran yg ada pada diri beliau, satu hari seorang saudaranya mengajar beliau bermain saham terbuka di bursa saham yang dahulunya KLumpur Stock Exchange sehinggalah harga pasaran saham jatuh pada tahun 1996-1999.

Pada masa itu beliau beruntung sudah mempunyai aset seperti tanah banglow, iaitu utk rumah aset terkini. Sekarang beliau telah menjadi seorang yang luar biasa...tambahan gelaran Datuk tersebut diterima atas usahanya sendiri semasa menjadi penjawat awam.

Komen saya...
Kejayaan tidak mungkin hadir dgn mudah...perlu dibayar dgn perancangan yg tepat dan berkesan serta komitmen yg bersungguh dan tinggi...disamping sujud dan doa yg penuh tawadduk kpd ALLAH SWT maka kecapilah kejayaan itu dgn kehebatan yg telah anda lakukan bersama insan2 yg anda sayangi. Inilah ungkapan yg timbul di benak fikiran saya ketika ini utk mengungguli kejayaan dlm hidup yg mana setiap manusia mendambakannya. Sehina manapun seseorg atau setinggi mana pun kedudukan seseorg, kejayaan dlm hiduplah yg melengkapi pencariannya utk mencapai matlamat beliau.
Imej yang berkaitan

Sunday, September 17, 2017

Didikan Hebat Itu Dari Keluarga..

Hasil carian imej untuk Didikan Hebat Itu Dari Keluarga..




anak2 yg lahir zaman kini tak sama mcm generasi dulu..anak2 dulu membesar aktif dan lasak dgn permainan di sekeliling mereka seperti hutan, pokok, sungai, tanah dn sebagainya..

itu menjadikan anak2 generasi dulu sgt kental fizikal dn mental..kena marah dn rotan dengan ibubapa pun masih berjiwa besar..

zaman skrg pulak bknnya mudah mendidik ank menjadi seorg yg hebat..menjadi seorg ibubapa adalah satu cabaran dn ganjaran yg sgt besar..

ibu bapa kpd remaja belasan thn mungkin mempunyai tugas yg paling sukar dgn ibubapa lain, yelah zaman remaja adalah satu perjalanan dpd zaman kanak2 menuju dewasa..kdg2 mereka ni kalau byk sgt teguran pn derang dh xmkn saman..berilah peluang..cthnya kene ada hubungan yg mesra berasaskan kasih syg..libatkan diri dlm aktiviti2 kemasyarakatan bersama anak2 kalau boleh beri peluang belajar kemahiran2 tertentu utk mendapatkan keyakinan diri..

dunia semakin moden ni ibubapa juga harus menambah ilmu dari masa kesemasa bagi menangani kerenah anak2 remaja..

semoga kita semua mampu menjadi ibubapa yg mendidik anak dgn bijak dan bkn sekadar mengikut emosi marah yg tk pernah habis..

semoga segalanya akan di permudahkan oleh ALLAH SWT..

Saturday, September 16, 2017

Belajar Redha dgn Ketentuan ILAHI


redha...ayat yg senang disebut tapi payah utk dilalui...

alhamdulillah syukur pada ALLAH SWT...ujian yg ALLAH beri berkali-kali akhirnya akan kenal itu makna redha.

tentang redha ALLAH SWT ni...menyaksikan kisah sedih menimpa sahabat dan kehilangan org tersayang seperti anak, ibu, bapa, pasangan dgn pelbagai dugaan hidup yg tidak disangka-sangka ianya berlaku yg biasa kita istilahkan sebagai takdir ALLAH SWT.

dlm hal begini kita terlalu mudah mengalirkan air mata berbanding empunya badan...kdg2 terfikir sendiri..."Ya Allah, mcmana mereka hadapi semua itu..."

"org yg beriman, tiada istilah masalah dlm hidupnya...yg ada hanya cubaan, dan cubaan dari ALLAH itu bukanlah dianggap masalah melainkan utk mencari jalan penyelesaiannya...hidup ini harus diteruskan..."

apabila ujian dtg menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakur dan jgn cpt melatah...mengucap byk2...luahkan segalanya pd ALLAH SWT, mohon keredhaan pdNYA...apa yg berlaku itu adalah yg terbaik buat diri sendiri dan keluarga.

kadang2 ALLAH menegur melalui ujian yg sedang dihadapi.
jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah air mata itu jatuh membasahi pipi...air mata itu ALLAH jadikan bukan sia2, utk melepaskan kesedihan yg terkandung dijiwa melalui air mata boleh meredakan hati yg sedang berduka.

masyaAllah...ALLAH memang Maha Hebat!, tiada satu ciptaanNYA yg sia2.

marilah kita muhasabah diri, bertanya apakah sebenarnya yg telah kita pernah lakukan sehingga ALLAH ingin menegur?.
bersangka baiklah pada ALLAH SWT.

jgn biarkan syaitan menguasai hati yg sedang berduka...bayakkan berdoa...istighfar..."saya dah pasrah, dah redha dan terima semuanya..."

(janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman).
- Ali Imran ayat 139

Thursday, September 7, 2017

BILA MANUSIA BERKATA YANG TIDAK BAIK TENTANG KITA...

Hasil carian imej untuk BILA MANUSIA BERKATA YANG TIDAK BAIK TENTANG KITA...
Memang kita akan terluka...
Memang kita akan terasa...
Memang kita akan sakit...
Memang kita akan merana...
Memang kita akan menderita...
Pujuklah hati...
Jangan biarkan hati itu terus merana kerana kata-kata tidak baik dari mereka.
Sabarlah...
Allah itu bersama orang-orang yang sabar.
Setiap satu yang berlaku pasti ada hikmah.
Hikmah itu rahsia DIA.
Kita mencari dan menanti dengan doa.
Sesungguhnya, doa itu senjata mukmin.
Ingatlah. Kita lebih tahu siapa diri kita.
Tapi, mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita.
Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita.
Mereka tidak.
Dan yang paling penting, Allah itu lebih memahami kita.
DIA faham kita lebih daripada apa yang kita faham tentang diri kita.
Jadi, perlukah kita putus asa atas rahmat Allah?
Allah itu ada.
Jangan sia-siakan kewujudan Tuhan Yang Maha Adil itu.
Kita hamba DIA. 
Serahkanlah diri padaNya.
DIA Pengubat Kelemahan.
DIA jugalah Pemberi Kegembiraan.
Ketenangan itu ada pada DIA.
Perlu ke kita untuk tidak mencari?
Pujuklah hati kita dengan katakan "Allah kan ada?" 

Saturday, August 5, 2017

Pemergian kucingku membuatkan air mataku mengalir!

Hari ini Rabu bersamaan 2/8/2017 jam 8.40 pagi iaitu SNOWY telah menghembuskan nafas yg akhir dihadapanku.
Patutlah dua tiga hari ini byk berdiam diri...rupenya dia nak pergi...
Bagiku dia hadir utk sementara tetapi banyak mengajarku mencintai kucing.
Pada mulanya aku tak berapa suka pd kucing.
Dialah salah satu baka siam antara dari 6 ekor kucing yg ada.
Mungkin pd yg tak suka kucing akan rasa 'ala kucing je pun'...ye! mmg kucing je pun, dulu aku juga pernah begitu. Tapi tengokla apabila ALLAH hantarkan hikmah dari kata2ku dulu. 
MasyaAllah. Syukran Ya ALLAH...

Saturday, July 1, 2017

Hasil carian imej untuk hari raya

Setelah sebulan berjuang,
Hari ini hari kemenangan.
Alhamdulillah terima kasih ALLAH atas nikmat kekuatan dan kesabaran...

Hasil carian imej untuk hari raya
Hasil carian imej untuk ramadan

Ramadan kali ini terkandung hikmah dan kenangan indah,
Walau ujian demi ujian dilalui selagi dapat mendekatkan diri pada-Mu, aku redha...

Tuesday, June 6, 2017

MIMPI DOA SEEKOR KUCING


Ibu seorang pemuda di rawat di hospital. Ibunya di rawat di ICU. Beberapa hari kemudian doktor berterus terang kepadanya. Keadaan ibunya tiada harapan sembuh dan boleh meninggal dunia bila-bila masa.

Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yang sedih mengenang sakit ibunya. Dalam perjalanan untuk melawat ibunya sekali lagi, pemuda itu berhenti di stesen minyak.

Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak, pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak, berteduh di bawah kotak. Kucing itu kelihatan tidak mampu berjalan. Dia termenung sejenak tertanya-tanya. Siapakah yang akan memberi makan kepada kucing itu dalam keadaan sebegitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesyen minyak. Dibelikannya setin tuna. Dibukanya tin tuna itu untuk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital.

Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU, alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada di katil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yang dipegangnya. Dia bergegas lari untuk bertanya kepada nurse bertugas.

"Di mana ibuku?"

Nurse itu berkata "Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa"

Pemuda itu terus mendapatkan ibunya yang ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya. Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi.

Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar di katil, ibunya melihat kucing dan anak-anaknya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera.

Pemuda itu terkejut mendengar apa yang diceritakan ibunya. Barulah dia teringat akan kucing di stesyen minyak yang diberi tuna tadi.

moral of the story...

Sedekah mempunyai banyak hikmah dan kebaikannya. Salah satu kebaikannya bersedekah boleh membantu penyembuhan penyakit dengan izin Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah”. (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Wallahuallam...

credit: WhatsApp Group

Tuesday, May 30, 2017

Saya suka kongsikan kisah tauladan.  Semoga kisah ini dapat mengingatkan kita yg sering lupa dan lalai.
SEBUTIR KURMA PENGHALANG DOA

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsha.  Untuk bekalan diperjalanan ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua berhampiran Masjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma yang terletak di sisi timbangan. Tanpa bertanya ia menyangka itu adalah sebahagian dari yang ia beli telah tercicir, maka Ibrahim pun mengambil dan memakannya. Setelah itu ia terus berangkat menuju Al Aqsa.

4 bulan kemudian di Al Aqsha...

Sedang solat dan khusyu' berdoa di bawah kubah Sakhrah, Ibrahim terkejut mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya.

"Itu Ibrahim bin Adham, sangat zuhud orangnya, ahli ibadah dan juga wara'. Kalau berdoa, selalu dimakbulkan ALLAH SWT," kata salah satu Malaikat.

"Tetapi sekarang tidak lagi, doa-doanya ditolak ALLAH SWT, ia pernah memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua 4 bulan yang lalu," jawab Malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut dan tergamam, jadi amal ibadahnya selama 4 bulan ini dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT, gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal 'adzhim," Ibrahim beristighfar. Lalu Ia segera berkemas untuk kembali ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah dimakannya.

Sesampainya di Mekkah, ia terus menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi tidak menemukan si pedagang tua itu, melainkan seorang anak muda. "Wahai anak muda, 4 bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Ayah saya.. sebulan yang lalu meninggal dunia dan sekarang saya yang berdagang kurma, meneruskan pekerjaan beliau," jawab anak muda itu.

"Innalillahi wainna ilaihi rojiun.."  Lalu Ibrahim menceritakan kisahnya, "Wahai anak muda, engkau sebagai ahli waris orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang telah ku makan tanpa izinnya?"

Lalu si anak muda menjawab, "Insya Allah saya halalkan. Namun saya memiliki 11 orang saudara. Saya tidak berani mengatakan mereka semua ikut menghalalkan. Mereka semua ada hak waris sama dengan saya".

"Dimana saudara saudaramu tinggal, Insya Allah akan saya temui mereka satu persatu". Maka pergilah Ibrahim bin Adham, menjumpai 11 orang bersaudara satu persatu, memohon agar mereka menghalakan sebutir kurma milik ayahnya.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah kembali berada di bawah kubah Sakhrah. Tiba-tiba ia mendengar percakapan dua malaikat.

"Itu Ibrahim bin Adham, ahli ibadah namun doanya tertolak hanya karena makan sebutir kurma yang bukan miliknya".

"Oh, tidak, sekarang doa-doanya sudah dimakbulkan oleh ALLAH SWT" kata malaikat yang lainnya.

"Ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.  Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas". 

****
Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua. Kemungkinan disebabkan oleh kerana harta yg sebenarnya bukan hak kita.  Doa-doa kita tidak sampai ke langit.

Wallahu a'lam bissawab...

Saturday, May 27, 2017

Di Ramadan ini...

Hasil carian imej untuk Ramadan ku kali ini
Ramadanku kali ini…
Dah lama aku berhijrah ke kampung halaman...
Entah mengapa, setiap kali bulan Ramadan hati ini menjadi sayu...
Apabila mengenangkan kenangan saat berpuasa bersama2 keluarga sewaktu kecil dahulu...
Kini, walaupun sudah berkeluarga...ada anak2...tetapi kenangan itu tetap datang...teringat arwah mak dan bapak...
Bila datangnya bulan Rejab...cepatnya masa berlalu...kemudian Sya'aban dan Ramadan...
Satu masa dan ketika kenangan itu tidak mungkin hilang dari ingatan…
Ramadanku kali ini memberi seribu kenangan yang tidak dapat aku lupakan...
Terawihku pada malam pertama aku telah pergi ke surau...
Selesai solat terawih sedikit tahlil dan doa selamat, mulut pun menyebut-nyebut kenangan dan kebaikan mereka ketika sama2 memakmurkan Surau SGG 6/3...
Hati betul2 teringatkan arwah emak dan bapak...hati menjadi sayu...melihat sahabat2 arwah...lebih2 lagi sahabat2 arwah mak yg masih ada...menggamit kenangan...tiba2 bergenang airmata ini...
Ya Allah...hanya Allah saja yang tahu...menjadikan aku begitu hampir denganMu...Allahu Akbar!
Di Ramadan ini, terima kasih Allah kerana menyuntik kenangan yang menginsafkan betapa kematian itu suatu yang pasti dan tidak terkecuali...
Kesedihan terasa dihati...rindunya pada yang telah pergi...Al-Fatihah buat mak dan bapak tercinta...pertemukan kami diSyurgaMu yang abadi…


27/5/2017-coretanku...

Masih Ada Peluang...

Hasil carian imej untuk Smooking


Seperti di tahun2 sebelum...
Aku tak pernah letih BERLETER tapi penuh hikmah...
Bulan puasa inilah peluang untuk membuang tabiat, rutin atau hobi MEROKOK.
Cubalah... buatlah... belum terlambat untuk mengubah...
Meski, sepuluh kali kau MENCUBA, seratus kali kau tewas... Jangan pernah berputus asa...
Jangan hangat2 tahi ayam...
Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga...
Niat...dan jaga...
Kasihan pada diri sendiri...
Kasihan pada keluarga...
Kasihan pada orang lain...
Fokus...
Semangat!...
Ingat...
Orang lain BOLEH bantu kau?...
Tapi kaulah yang terlebih dahulu HARUS bantu diri kau...
Yakin boleh!...
Stop SMOKING please???


luahan rasaku buat suami -  (idea asal rakan FB-Ana Rohani)

Saturday, May 20, 2017

Hasil carian imej untuk selamat hari lahir ke18 anak ku

Selamat Hari Lahir putera bongsu kesayangan kami ABDUL HAIY, telah mencapai usia 18 tahun. Tahun ini 20 Mei tarikh yang sangat istimewa, inilah takdir kehidupan yg diatur ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana.  Hari ini kamu dilahirkan ke dunia, dengan sejuta keajaiban dan kebahagian yang tidak terlukis dengan kata-kata.  Semoga dirimu sentiasa sihat walafiat dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki......aamiin.....
Semoga menjadi anak yang soleh, senantiasa mengingati dan menghormati kedua ibubapa, bangsa dan negara semoga terus mengecapi kejayaan demi kejayaan didunia dan akhirat......insyaAllah aminn....mudah-mudahan....

Hasil carian imej untuk selamat hari lahir ke18 anak ku

Monday, May 15, 2017

Hasil carian imej untuk Kupu kupu tidak akan pernah tahu apa warna sayap mereka

Kupu-kupu tak akan pernah tahu apa warna sayap mereka...
Tapi semua orang tahu betapa indahnya mereka...
Seperti juga dirimu...
Engkau tidak tahu betapa indahnya dirimu...
Tetapi ALLAH tahu betapa istimewanya dirimu di mata-Nya.
Yaitu...
Ketika engkau tunduk dalam syari'at-Nya
Redha atas takdir-Nya...
Tersenyum dalam musibah yang meruntun.
Tegar dalam ujian yang bertubi-tubi...
Teguh dalam pendirian...
Subhanallah...
Semoga engkau, aku, kita semua termasuk yang terpilih menjadi hamba yang terindah di mata-Nya...
Aamiin Ya Rabbal'alamiin...

Hasil carian imej untuk Kupu kupu tidak akan pernah tahu apa warna sayap mereka

sumber :  Majalah Qiblati

Sunday, May 7, 2017

Perkara Penting Sebelum Tibanya Ramadan

Hasil carian imej untuk Persediaan awal sebelum Ramadhan
Memandangkan Ramadan hanya tinggal tidak sampai sebulan lagi, jadi persediaan perlulah dilakukan untuk mempersiapkan diri anda dan keluarga. 

1.   Belajar2 la menahan lapar jangan ambil sarapan pagi, lewat-lewatkan makan tengahari sehingga balik kerja.  Bagi yang bekerja sediakan makanan sejuk beku yang hanya perlu dipanaskan sahaja, pasti akan menjimatkan masa.

2.  Pastikan anak2 anda bersedia untuk menghadapi Ramadan.  Jika anak2 anda masih kecil (tetapi sudah boleh mula puasa), sediakan perkara2 yang menarik untuk menggalakkan mereka menyukai puasa. Beri galakkan memberi sedekah, menderma baju terpakai, memberi makanan kepada yang memerlukan, membersihkan surau atau masjid. Pastikan aktiviti ini dimulakan sebelum Ramadan agar ia dapat mencipta keseronokan untuk menikmati Ramadan dan ianya boleh diteruskan sampai bila2.

3.  Sekarang banyak post di FB yang menunjukkan cara untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam 30 hari. Walaupun ia diharuskan namun ia bukanlah wajib. Mengaji Al-Quran seharusnya dibaca dan difahami bukan sekadar membaca sahaja. Sebaiknya kita perlu memulakan mengaji dengan konsisten sebulan sebelum Ramadan. Tetapi belum terlewat jika anda belum lagi memulakannya. Cuba mengaji dengan konsisten bermula malam ini.  Ustaz Azhar Idrus pernah berkata sebaiknya cuba mengaji sebanyak dua helai (4 muka surat) sehari. Jika tidak mampu, cuba sehelai (2 muka surat) sehari.

4.  Buang sikap negatif dan elakkan diri dari melakukan perkara2 yang berdosa dan sia2 seperti mengumpat, bergosip, banyak cakap, suka ketawa kuat, mendengar muzik yang lara, menonton drama atau filem yang tidak berfaedah.  Banyakkan senyuman dan bercakap baik, paling penting adalah memaafkan kesalahan orang lain terhadap anda dan minta maaf akan kesalahan anda kepada orang lain.  Kesemua ini mampu memberi anda ketenangan dan juga tenaga positif untuk menghadapi Ramadan.

5. Tetapkan rutin sekurang-kurangnya sebelum Ramadan, sekarang belum terlewat namun tidak bermakna tidak boleh. Mulakan dengan bangun awal pagi (seeloknya sebelum azan Subuh) dan mengaji selepas selesai solat Subuh. Kedua-dua aktiviti ini mampu memberi anda ketenangan dan kegembiraan untuk anda hadapi. Jika anda bekerja pilihlah pakaian yang longgar dan belajar untuk melabuhkan hijab anda.  Tiada maknanya jika anda berpuasa seharian tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Gunakan hujung minggu ini dengan sebaiknya untuk melakukan persediaan yang sempurna untuk menghadapi Ramadan. Ingat, Ramadan hanya 1% sahaja puasa, 99% lagi adalah untuk berhubung dengan ALLAH SWT.

Tuesday, May 2, 2017

ego dan takabbur

Hasil carian imej untuk mengenai isu ego dan takabbur
Saya ada baca dlm blog, tak ingat...sape punya artikel...
mengenai isu ego dan takabbur ini isu yang sangat besar.
Kerana apa? Kerana ia berkaitan dengan syurga dan neraka.
Bila saya baca hadis nabi saw tentang takabbur, saya pun sentap, takut dan meremang...

Sungguh...cuba ulang2 baca pesanan nabi ni setiap kali kita nak sombong :-

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun sebesar biji sawi…”  (HR Muslim)

Juga...cuba fahami apa yang Allah ungkapkan dalam Alquran :-
“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kalian kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis, ia enggan dan takabbur (sombong) dan ia termasuk golongan mereka-mereka  yang kafir.“  (Al Baqarah:34)

Di sebabkan ego dan sombong, merasakan diri lebih baik dari orang, tak boleh terima kebenaran, maka Iblis di laknat oleh Allah sampai hari kiamat dan di halau dari syurga.

Takut-takut, kalau kita pun ada sifat ni, kita pun akan di laknat dan tak dapat masuk syurga serta bersama iblis. Nauzubillah. Ya Allah, peliharalah kami!

Sebab itu ini sangat serius dan tak boleh main2. Saya dan semua orang kena check balik diri masing-masing...sungguh...

Monday, May 1, 2017

cerita semalam...

Image may contain: 2 people, suit and indoor

al kisahnya cerita perkahwinan anak saudara saya ni...
28 tahun lepas dia dilahirkan di JPN Petaling Jaya.
Ambulan belum sempat sampai di pejabat nak bawa ke Hospital Universiti...
Semalam majlis gilang gemilang perkahwinannya...diraikan di Dewan Balora, JPN, Putrajaya.
Comel je ye, sama kacak dan cantik...
Semoga bahagia hingga ke Jannah...Aamiin.

Wednesday, April 26, 2017

TUJUH JENIS PERSAHABATAN

Hanya Satu Sampai Akhirat
Hasil carian imej untuk ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT
1. TA’ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita … Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : “Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati …” (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : “Allahumma Ya Allah … selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan.”

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana Allah Ta’ala SWT jua.
Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT sebagaimana dalam firman Nya: “Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan.” ( Surah Az-Zukhruf :67 )

Mudah  mudahan bermanfaat. Amin …
Hasil carian imej untuk ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT

Saturday, April 22, 2017

Umurku...

Hasil carian imej untuk Happy Birthday To Me
Assalamualaikum...
mungkin sekadar meluah rasa...tp x penah merungut pd sesiapa... hanya disimpan dlm memori...
Umurku...tarikh 22 April tahun masehi (bersamaan 29 Ramadhan tahun Islam) hanya pada angka yg semakin meningkat, peluang makin kurang...
Sewajarnya selalu berdoa, Ya ALLAH panjang sedikit lagi umurku, untuk aku mendoakan anak-anakku yang masih belum lepas dan masih belajar.  Mereka masih mengharapkan doa ku sebagai ibu, agar mereka tenang dan mudah belajar.  Dugaan setiap ibu berbeza, namun setiap memori memberi makna. Tiada ibu yg sempurna, kerana ibu juga manusia biasa.  Semoga niat mereka menuntut ilmu adalah kerana mencari keredhaan ALLAH.  Maka doa ibu adalah penguat usaha mereka.  Doa ibu tidak ada hijabnya.
Saya berharap belum terlewat untuk saya meraih rahmat ALLAH bagi mendapat anugerah masuk syurga tanpa hisab.  Biarlah saya menyulam impian dengan usaha meraih rahmat ALLAH dengan melakukan amal kebajikan dengan ikhlas kerana mencari keredhaan ALLAH.
Mana ada masuk syurga dengan semata-mata banyak beramal. Syurga yang penuh nikmat itu terlalu mahal.  Semoga kita semua mendapat limpahan rahmat ALLAH Ta'ala.
Terima kasih emak bapak yang telah mendidik menjadi anak solehah, semoga dosa-dosa emak bapak diampunkan ALLAH dan beroleh kebahagiaan di Jannatul Barzakh.
Dengan rahmatNya kita jejak ke syurga.
YA ALLAH JADIKANLAH KAMI HAMBA-MU YANG MENSYUKURI KEHIDUPAN INI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

Hasil carian imej untuk Happy Birthday To Me
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...