Pages

Monday, September 12, 2016

Pintu Langit Terbuka Luas di Padang Arafah Semasa Wukuf

Pada tanggal 9 Zulhijjah, saudara-saudara Islam kita yg bertuah dan telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk menunaikan haji, berwukuf di Padang Arafah.
Wukuf di Padang Arafah adalah kemuncak haji itu sendiri.
Sekiranya anda berpeluang untuk menunaikan haji, anda mungkin pernah merasai suasana di Padang Arafah yg amat berbeza dan sukar dilupakan.
Adalah diberitakan bahawa pada waktu wukuf (selepas tergelicir matahari pada Hari Arafah sehinggalah terbenam matahari hari tersebut), ALLAH SWT akan membuka seluas-luasnya pintu langit dan memperkenankan segala doa jemaah haji yg sedang berwukuf di Padang Arafah.
Pada waktu wukuf, langit di Padang Arafah adalah secerah/sebiru yg mungkin, dan hampir tiada awan, membuktikan kekuasaan ALLAH SWT yg membuka langit bagi jemaah haji untuk berdoa terus kepadaNya.
Satu lagi peristiwa yang sering berlaku ialah kehadiran angin yang kencang di seluruh Padang Arafah sebaik sahaja tenggelam matahari (Maghrib), seolah-olah ingin "membersihkan" Padang Arafah.
Semoga kita mengambil ikhtibar dari peristiwa tersebut yang membuktikan lagi kebesaran ALLAH SWT yang maha kuasa.
Semoga kita dapat bersama-sama mendoakan agar sahabat-sahabat kita yang bertuah dan dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamunya dan sedang menjalani ibadah Haji di Makkah, dapat menjalankan segala urusan ibadah Haji mereka dengan tenang, mudah dan sempurna, dan semoga mereka mendapat Haji yang Mabrur yang diterima sepenuhnya oleh ALLAH SWT. Semoga kita semua diberi Allah peluang untuk menjalani Ibadah Haji di kemudian hari nanti, InsyaAllah. Dan kepada sesiapa yang akan mengerjakan ibadah korban, semoga Allah menerima ibadah korban kita dengan sempurna dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan menjauhi kita dari maksiat pada masa-masa yang akan datang.
Amin.
Kisah Nabi Ibrahim dan keluarga baginda terus diangkat sebagai ibrah dan teladan sepanjang masa.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
Taqabbalallahu minna wa minkum solihal 'amal ❤️
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...