Pages

Monday, January 18, 2016

DAUN BETIK – penawar sampingan demam denggi


Tahukah anda jus daun betik dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah membuat kajian klinikal dan telah membuktikan bahawa jus daun betik boleh digunakan sebagai rawatan sampingan bagi pesakit demam denggi terutamanya bagi meningkatkan kandungan platelet.
Memandangkan peningkatan kes demam denggi kebelakangan ini terus meningkat dan membimbangkan, cara rawatan sampingan menggunakan jus daun betik adalah salah satu cara yang boleh digunakan oleh pesakit demam denggi sebagai alternatif.
Cara untuk membuat jus adalah seperti berikut:
- Ambil 2 helai daun betik yang matang dan buang tangkai daun, basuh daun dengan air bersih yang mengalir
- Rendamkan dalam bekas berisi air untuk 15 minit
- Bilas daun dengan air bersih sekali lagi
- Tos/keringkan daun untuk menyingkirkan air bilasan
- Potong daun hingga menjadi kepingan kecil
- Kisar atau tumbuk kepingan daun tanpa menambah air
sehingga halus
- Tapis untuk asingkan jusnya
- 2 helai daun betik dapat menghasilkan sebanyak 30ml atau
2 sudu besar
- Tuangkan jus ke dalam sudu besar
- Minum jus daun betik sebanyak 2 sudu besar

Peringatan :
- Amalkan pengambilan jus sekali sehari untuk 3 hari
berturut-turut sahaja.
- Digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum
memberikan jus daun betik kepada kanak-kanak berusia
13 tahun ke bawah
- Pengambilan jus daun betik adalah rawatan sampingan dan
BUKAN rawatan khas untuk demam denggi.



Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...