Pages

Tuesday, March 24, 2015

Kisah Warga Tua Turut Menjadi Mangsa Jerat Cinta di Alam Maya

Assalamualaikum wbth...


Lama dah bersawang blog saya, disbbkan terlalu sibuk, dalam duduk termenung dimeja makan sambil mendengar siaran radio, begitu menarik tajuk tu dan disini saya kongsikan pada rakan2 dan kenalan mengenai tajuk di atas...


Untuk ingat mengingatkan sesama kita gunakan masa terluang untuk sesuatu yg berfaedah...jangan asyik menatap laman sosial sehingga terjerat cinta Alam Maya sampai tertipu...seperti pengalaman beberapa org rakan saya spt berikut, saya copy n paste:


Rakan 1 :
Amat menakutkan, pengalaman sendiri pernah ada beberapa kali warga asing yg langsung tidak dikenali hendak jadi friend konon..tetapi oleh kerana selalu dengar dari IKIM, TV,Radio Akhbar akan perangkap mereka ini kesemua pelawaan mereka itu dgn tidak fikir2 lagi terus delete...wahai sahabat yg umur seangkatan sepatutnya umur mcm kita boleh berfikir lebih waras dan mohonlah perlindungan ALLAH dari semua ini dan cintailah ALLAH melebihi dari segala-galanya lebih-lebih lagi bila da bertitle nenek.

Rakan 2 :
Slh sorg staff ofis sy pnh hmpir terjerat. Di pujuk dan di pusingkan ayat utk pindahkan wang beribu rm. Target dieorg ialah ibu2 tunggal. Helah mereka sgt2 licik. Seperti di latih utk buat kerja sprti itu.. Jgn lupa jugak helah gores dan menang.

Rakan 3 :
Mengikut pengalaman saya gambar icon sgt mempengaruhi. Apabila saya letak gambar biasa atau simbol2 yg tidak memperlihat atau mengenalkan siapa kita, tidak ada warga asing add, tapi bila letak gambar kita yg kelihatan sedikit gah maka ramailah warga asing add. Sehingga kadang status mereka tak masuk akal utk kita terima. Jadi hati hatilah... sekadar berkongsi pengalaman.

Rakan 4 :
Sy ada beberapa kali cuba diperangkap dgn mereka yg begitu..Alhamdulillah kerana telah banyak mendengar kes begini, sy tidak melayan mereka..buat warga emas tu..tak perlu lah nak bercinta bagai lagi diusia "bonus"..tutup FB..buka Al Quran,itu yg terbaik..in syaa allah..

Rakan 5 :
Utk diri sendiri dn semua.. usia 50 ke atas adalh usia Bonus,,, jadi gunakn Bonus ni utk perbaiki..amalan hidup dunia akhirat, yg sunat buat (semampu) ada jadual kuliah, solat2 rawatib , puasa sunat, baca quran,, bersirsturrshim.. FB like yg baik2. (Ust Abu anas, zaharudin dll), InsyaAllah terhindarlah dari bisikan syaitan.. tepi setiap kita ni ada syaitan .. mati pun makin dekat. wallahualam..



Memang amat menyedihkan kepada adik, kakak, m'cik, kita ni semua kena berhati2... senario spt ini mereka sememangnya berniat utk menipu dan mengaut keuntungan di alam maya dgn begitu mudah tanpa perlu kerja keras mahupun mengeluarkan peluh... malah ia boleh dilakukan dari lokasi yg beribu batu jauhnya dari negara ini...


Doa2kan lah agar ianya tak terkena batang idung sendiri... ini adalah sebahagian ketentuan ALLAH SWT... ambil pengajaran dari peristiwa itu, lebih baik dari menjatuhkan hukuman...Wallahu'allam bisawab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...