Pages

Sunday, December 28, 2014

Ulangtahun Perkahwinan

ALHAMDULILLAH  hari ini 28 Disember 2014 genaplah 25 tahun usia perkahwinan bersama suami. ALHAMDULILLAH bersyukur sangat-sangat pada ALLAH SWT kerana telah mengurniakan pasangan yang sangat memahami dan penuh kasih sayang walaupun ada kalanya selera kami tak sama, pendapat jugak ada kalanya tidak seiring, tapi itu tidak menghalang kami untuk hidup harmoni dalam satu bumbung bersama anak-anak tersayang. Semoga terus dilimpahi mawaddah wa ramah dan dirimbunkan bersama hamba-hambaNya yang soleh......Aamin.
Firman ALLAH SWT, Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ( Al-Rum : 21).
Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku........Aamin

Thursday, December 18, 2014

Tangisan Yarmouk


Secara kebetulan sempat menonton televisyen di Berita Al Hijrah "Tangisan Yarmouk" mengenai pelarian Palestin di Syria. Perasaan jadi sebak melihat keadaan kawasan runtuhan yg tidak selamat dan kotor, menjadi "kediaman" saudara seIslam.
"Saya tidak ada keluarga, tidak ada anak, tidak ada isteri. Saya hanya ada ALLAH..." kata seorang lelaki tua yg sudah beberapa hari tidak menjamah makanan dgn linangan air mata.
Seorang wanita muda yg menggendong bayinya sudah kekurangan susu badan juga kerana beberapa hari tidak makan. Air matanya mengalir tanpa henti menceritakan sudah hampir 8 bulan terpisah dgn suami yg dicintai.
Seorang wanita yg lain pula sedang mendukung bayinya yg sudah tidak lagi bernafas kerana kebuluran.
Kesengsaraan, kebuluran dan air mata. Mereka di ambang kematian, tetapi dunia tidak mampu berbuat apa-apa. Setiap hari mereka hanya menghitung hari bilakah bantuan akan datang atau maut yg akan menjemput mereka.       
YA ALLAH...
Lupakah kita akan nilai sebuah kesyukuran, di atas setiap "nikmat" yg dikurniakan...yg belum tentu rasa "nikmat" di sisiNya, jika nikmat itu sering lupa disyukuri dan jauh diri dari Tuhan.
Kita sering cuba menyebut-nyebut apa yg tiada, melupakan sekian banyak senarai yg ada. Kita sering mengharap sesuatu yg lebih daripada apa yg diperlukan, walaupun di bibir sentiasa mengakui adanya hari pembalasan dan akhirat yg kekal. Kita sering mendamba "kesempurnaan hidup"...sedangkan kita juga mengharapkan syurga nan indah, kita adalah kita, yg sukar mujahadah dan istiqamah.
Ketika ALLAH mengurniakan kita cukup makanan utk mengenyangkan perut, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Ketika ALLAH mengizinkan kita tinggal di kediaman yg bersih dan selesa, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Ketika ALLAH menganugerahkan insan-insan yg melindungi dan membahagiakan hari-hari kita, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Semoga hati ini dipandu, memandang dunia daripada jendela akhirat, supaya segala keindahan hari ini, tidak terhenti di sini...
Ingatan buat diriku dan pembaca...

Monday, December 15, 2014

Nasihat Buat Isteri Wanita Pejuang Agama

As salamualaikum wbth...nasihat ini utk peringatan diri sendiri dan sesiapa yg sudi membaca.. walaupun masih terlalu jauh tapi semoga sblm ajal menjemput sekurang2nya pernah bercita2 utk menjadi wanita solehah..walau pun tak mungkin sehebat Khadijah..wanita pertama memeluk Islam..amin ya rabbal alamin.


(copy n pase dari seorg rakan yg suaminya seorg Daie) - Ustaz Muhammad Abdullah
Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari ALLAH sendiri yakni Khadijah RA.
Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai ALLAH dan RASUL yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal, kata Syeikh Tariq Jamil tidak kurang dari 200 tampal.
YA ALLAH, ALLAH, ALLAH, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi, sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu ALLAH sampaikan salam padanya.
Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan ALLAH.
Senyuman isteri dikala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan ALLAH dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak ALLAH.
Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembirakanlah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.
Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.
Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.  Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana ALLAH. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah ALLAH. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh ALLAH. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji ALLAH sayang kita.
Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi SAW.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.
Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan spenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha ALLAH. Untuk umat umat selamat dari neraka.
Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha ALLAH dan Syurga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...