Pages

Tuesday, November 26, 2013

Syukur Alhamdulillah kepada Ilahi kerana masih diberi nyawa ketika menulis entri ini... ye lah, sejak akhir-akhir ini masa sangat berharga... inilah yang dinamakan kehidupan... orang yang terasa masanya cepat berlalu adalah orang yang sedang memanfaatkan kehidupannya, manakala orang yang terasa masanya lambat berlalu adalah tergolong dalam manusia lalai, tiada perancangan dalam kehidupan... mereka tidak tahu apa yang hendak dibuat dalam kehidupan... 

Ketika bersantai-santai teringatlah pulak nak menjenguk rumah pusaka... walaupun dekat rindunya nak masuk dalam... tapi apakan daya dan tak boleh pergi sebab ada penyewa...
Saya sukakan kehidupan yang ringkas, cukup ada kemudahan asas... tempat tinggal, makan, pakai, kereta yang boleh berfungsi dgn baik, suasana masyarakat yang harmoni...

Sebenarnya, tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis di blog... saya lakukan sepertimana yang orang lain buat... cuma bezanya sy meletakkan hati yang teguh untuk meneruskan penulisan dan selalu menganggap bahawa menulis di blog adalah salah satu tjawab kepada masyarakat untuk menyampaikan risalah-risalah positif ke arah yang lebih baik...

2 comments:

~Setanggi Syurga~ said...

Salam alaik ya ukhti..

Syukran sudi singgah & meninggalkan komentar di teratak maya ana..

insyaAllah..sama-sama menulis demi kebaikan..

Nak bersuara dikhalayak ramai tak mampu, jadi kita lakukan apa yang kita mampu..insyaAllah..

moga Allah redha..:)

aby said...

Salam saridah,
Tmpat yg jatuh lg d kenang inikan pula tmpt brmain.
Tntu dlm rumah pusaka tu mennggalkan 1001 kenangan hidup kita kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...