Pages

Monday, November 25, 2013

HERO DALAM KENANGAN

Kucing Yang Bernama Hero
Perginya HERO ditangisi ramai pencinta haiwan... Moga tabah penjaga Hero. Anda telah membuatkan ramai yang sedar pentingnya kebajikan pada haiwan. In syaa Allah pasti ada ganjaran dari Allah s.w.t untuk anda sekeluarga...

Lebih mesra dengan panggilan Abam Iyo telah pergi untuk selamanya... Walaupun tak pernah melihat secara dekat tapi membaca kisah-kisahnya di alam maya terutamanya di blog http://kakimotong.blogspot.com/ dan fanpage https://www.facebook.com/KakimotongFanClub sudah cukup untuk membuatkan kita mengalirkan air mata ketika membaca berita pemergiannya...

Kedua-dua kaki depan Abam Iyo telah dipotong oleh manusia yang kejam hanya kerana seekor ikan, kini Abam Iyo pergi buat selamanya kerana mengidap penyakit leukemia... Biarpun Abam Iyo telah tiada tapi semangatnya untuk terus hidup dengan hanya dua kaki belakangnya akan sentiasa diingati sebagai seekor kucing yang cekal.

1 comment:

aby said...

Salam saridah,
Aby bc juga kisah kematian Hero tu. Klu ambik kira kisah kaki yg d potong pd thn 2005, kira panjang juga umo hero tu
Semoga kisah pnjagaan hero tu memberi semangat kpd setiap manusia utk cintakan haiwan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...