Pages

Monday, October 21, 2013

kepada yg bernama isteri...kalian bergelar SOLEHAH...

Jika cintamu kepada suami berpada-pada,
Agar jika terpisahnya kalian, tidak "membunuh" kewarasan minda,
Mencedera teruk perasaan dan emosi,
Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,
Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,
Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui Ilahi, lalu terpisah...
Hatta jika kalian menemui Ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan...terpisah,
Jika ditakdirkan kalian ke syurga...
Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,
Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,
Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga...?
Nauzubillah...
Justeru, wahai isteri...cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,
Pastinya Allah denganmu tiada terpisah,
Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung,
Rindu mampu ditangani,
Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu kepada Allah
Bukan menjauhkan...lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.
Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.

~~Ingatan dan Renungan bersama, kita yang bergelar wanita...juga untuk yang bergelar suami...~~

 

sumber : Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

3 comments:

ساريده سنين said...

Apa yg ada di dunia ni segala nya milik Allah SWT termasuk suami...cinta pd Allah SWT & Rasulullah cinta yg hakiki hingga ke akhir hayat...

nohas said...

Salam..ya benar sekali, ada isteri hilang punca bila berpisah dgn suami, hingga lupa Allah SWT sangat dekat..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ustaz Kazim peringatkan bahawa perpisahan itu hanya sementara, akan bertemu jua di akhirat kelak jika keduanya taat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...