Pages

Sunday, September 29, 2013

…pengantin skrg dh tak eksklusif…

semasa bekerja dan menetap di Kuala Lumpur dulu jarang2 dpt menghadiri majlis kahwin…kalau ada pun rakan-rakan pejabat.  Apabila dah berpindah dan menetap di kampung…kerap juga menghadiri majlis kenduri kahwin…

sekarang ni majlis kenduri kahwin senang nak pergi kerana dpt kad jemputan siap dgn alamat dan pelan lokasi...lebih menarik dah ada petunjuk kain rentang atau banner gambar pengantin malah ada yg turut memaparkan gambar ibu bapa…
banner majlis perkahwinan anak herman tino

keadaan ini menyebabkan sy sekeluarga menghadiri jemputan terbabit sekadar utk bertemu tuan rumah…nikmati juadah disediakan dan terus pulang.  Tidak perlu menunggu utk melihat pengantin sebab wajah mereka sudah terpampang di kad jemputan atau banner…
 
dgn kata lain…pengantin sekarang sudah tdk eksklusif atau istimewa...situasi begini jelas berbeza dgn majlis perkahwinan pd 20 atau 25 tahun lalu apabila kebanyakan tetamu menunggu pengantin bersanding utk melihat wajah mereka…


seperkara lagi tetamu tdk diberikan dgn bunga telur seperti kebiasaan (kalau dulu-dulu pemberian bunga telur satu kemestian)…sekarang kebanyakan jemputan akan diberikan beg “terima kasih”  mengandungi kuih/kerepek/gula-gula dan air kotak sebagai cenderahati atau oleh-oleh dari tuan rumah…

pemberian bunga telur melambangkan suasana kemeriahan, keserian, kesenian budaya dan keberkatan kedua-dua mempelai…alangkah seronoknya org dulu2 memberi bunga telur dan tetamu menerimanya dgn iringan doa agar kehidupan lebih diberkati semoga jodoh akan berkekalan hingga ke anak cucu…

Walau bagaimanapun kita doakan keluarga yg baru dibina akan mendpt ketenangan (sakinah), cinta dan kasih syg (mawaddah) dan belas kasihan (warahmah) sesama pasangannya...Amin...

 
Wallahu’allam…
 

4 comments:

aby said...

salam saridah ..
kt situ perbezaan antara suami dan isteri .. selalunya suami/laki klu pergi kenduri pstinya sekadar memenohi jemputan .. tk brapa kisah sangat utk tengok pengantin ..
tp klu perempuan, memang nak tengok rupa pengantin ..
20-25 thn dulu, zmn perkahwinan aby tuu ..

Teacher Basariah said...

lain dahulu,lain sekarang..yang paling jelas,semakin banyak unsur pembaziran dalam majlis kenduri zaman sekarang..uhuhu

ساريده سنين said...

Doa Buat Pengantin

Baraka Allahu Lakuma..
"Tuhan memberkati bagi anda dan memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan"

Werdah said...

Assalamu'alaikum Saridah

Begitulah nampaknya perubahan yang berlaku sekarang. Bagi kita yang penting memenuhi undangan jika kita tidak uzur. Namun ada kalanya teruji juga akibat terdapat suasana yg lari daripada syari'at. Semoga Allah mengampuni kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...