Pages

Wednesday, September 18, 2013

jom pergi riadah...petang-petang di Bukit Malawati...

mercu tanda (rumah api)
semenjak berpindah ke Kuala Selangor belum ada kesempatan nak pergi beriadah... Alhamdulillah...petang hari minggu ni...kami bersama suami dan anak yg masih belajar di maahad tahfiz pergi meredah, mendaki dan menikmati keindahan alam dan melawat kesan-kesan sejarah di atas Bukit Malawati di Kuala Selangor, iaitu merupakan satu aktiviti yg baru bagi kami...
 
kalau pergi pada hari cuti minggu begini kenderaan tidak dibenarkan naik, parking dibawah...lepas itu jalan...kalau malas-malas naik ajer trum (tram) yg disediakan...kami berjalan sambil berjoging...sesampai diatas aduh makk ai...banyaknyer (lotong) monyet berwarna kelabu dan hitam...tambahan ramai jugak pelancong yg datang sambil melayan kerenahnya...rasa terhibur dengan memberi makan pada monyet-monyet...
 
trum (tram)
 
batu hampar
 
 
perigi beracun
 
mengalu-alukan kedatangan...
 

pilihlah yg mana berkenan...
 
menikmati juadah
 
posing jangan tak posing...
badan rasa sengal-sengal dan lesu amat berbeza dengan aktiviti di sekeliling rumah...sekali sekala kenalah pergi keluar juga agar dituntut sentiasa sihat dan ceria...melalui kesihatanlah kita boleh beribadah dengan lebih selesa terhadap Allah dan semoga kita dirahmati Allah SWT...Aamin.

7 comments:

Teacher Basariah said...

ramainya monyet..huhu..pernah ada memori yang menimbulkan fobia zaman kecik2 dulu dgn monyet..huhu

smRose said...

salam singgah, saya dah follow blog ini

Werdah said...

Assalamu'alaikum

Dah ada tram ya , lama betul tak ke sana.

Nizam Ijam said...

wah teringin pulak nak pergi hehehe

aby said...

Salam saridah,
Sebulan dua ni, hmpir hari2 melalui k selangor sbb tngh buat satu kerja d tnjng karang. Aby vroom jer. Dh dok di KS tu blh la selalu beli ikan cntik2 di pasar P penambang tu yer.
Apa pun memang best kt bukit melawati tu.

Unknown said...

Salam. Selama menetap di Selangor (dulu) tak pernah jejak kaki kesini. Bila dah jauh, tengok entry ni...teringin pula. Ada masa cuti hujung tahun ingat nak pergi juga.

Unknown said...

seru sekali liburan nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...