Pages

Wednesday, August 7, 2013

perginya Ramadan..hadirnya Syawal

Sekejap je masa berlalu...pejam celik pejam celik Ramadan dah pun sampai ke penghujungnya...Allahu Rabb...diri ini masih lagi terfikir adakah aku akan berjumpa lagi dgn Ramadan yang akan datang ? sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menyambut Ramadan sehingga ke akhirnya sehingga 29 Ramadan. Sejuta syukur juga kerana 29 Ramadan (Tahun Hijrah) jatuh bersamaan ulangtahun kelahiran ini 22 April (Tahun Masihi)...Syukur pada Mu ya Rabb.



Di hari ulangtahun kelahiran ini juga saya terus mengingatkan diri.  Mungkin ramai orang berbangga bila semakin bertambah usia. Kerana ia melambangkan kedewasaan, kematangan dan kedudukan dalam masyarakat.

Namun bagi saya, biarlah angka ini menjadi muhasabah dan peringatan, bahawa masa yang ada semakin singkat, perjalanan yang jauh kian dekat.

Yang dihitung bukanlah usia yang banyak, akan tetapi amalan soleh yang dapat diraih, sebagai manfaat dari sekian banyak nikmat Tuhan yang tidak terhitungkan...yang membawa pemiliknya semakin 'rapat' kepada Allah Yang Maha Hebat.

"Ya Allah, bantu hamba Mu, berkati usiaku agar bila aku kembali kepada Mu, walau tanpa pahala melimpah tetapi bersama rahmat dan berkah."

 
Akhir sekali...Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Taqabballahu minna wa minkum. Kullu 'ammun wa antum bikhir. Insya Allah, Amen Ya Rabb...sambutlah Syawal pada tahun ini dengan penuh rasa syukur dan tawadhuk pada Allah SWT...


6 comments:

aby said...

salam saridah ..
selamat menyambut hari kelahiran ..
panjang umor kita makin panjang hisab kita nanti ...
semoga segala amalan yg dibuat sepanjang bulan ramadan ni diterima Allah Swt.
Selamat Hari Raya ..
Maaf zahir Batin ..

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin
Moga persinggahan kita di Ramadhan yang lepas kian memenuhi bekalan kita untuk ke sana.

Alan said...

selamat hari raya aidilfitri

TiranaAduka said...

salam..
Paling best ta di bulan ramadhan..
Salam syawal ke7 ta datg kesini.
Maaf zahir batin

TiranaAduka said...

saya yg patut berterima kasih.kerana sudi blas jejak ta.
Terima kasih sudi mendoakan.amin amin

~ Al-FaQirah Ila Rabbi ~ said...

Assalamualaikum, slm ziarah ya ukhti :)

Salam Aidilfitri.
Taqabbalallahu minnaa wa minkum.

Syukran atas segala perkongsian yg bermanafaat, Alhamdulillah. Moga ALLAH sentiasa merahmati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...