Pages

Thursday, August 22, 2013

~Jom Puasa 6 Hari Syawal~

Cepatnya masa berlalu...hari ini sudah 15 Syawal, teringat memori semasa bekerja dgn gomen...tak dapat dilupakan...tinggal kenangan...mood raya belum habis di opis...jamuan raya besar-besaran...dan akulah orangnya yang akan handle kad jemputan...jemputan melibatkan staff dan jabatan di bawah agensi termasuk VIP.

Sekarang ni pun saya belum selesai lagi puasa baru dapat empat hari...Insya Allah minggu hadapan boleh sambung sebab saya akan menghadiri jemputan kawin di Sungai Siput pada sabtu ini...rakan-rakan blogger bagaimana?
 
Ada yang akan tamat puasa 6 hari ini...?
Ada yang baru ingin bermula hari ini...?
Ada yang tak tau bila boleh bermula...?
Ada yang tidak terfikir langsung mahu melakukannya...?


Puasa Sunat Syawal melengkapi puasa wajib Ramadhan...Ushakanlah biar pun dengan 1001 kesulitan dan dugaan...

Selamat Berpuasa Enam...!

Apapun disini saya nak kongsi fadilat puasa 6 sempena bulan Syawal yang mulia...

Hadith: 
Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.

Huraian Hadith: 

1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

 
Sumber: Jakim
 
 

1 comment:

aby said...

salam saridah ..
tingkatan iman seseorg juga penentu puasa 6 ni ..
yg kuat iman, syawal ke 2 dah terus buat puasa 6 .. yg kurang kuat buat pada hari2 yg berkesesuai dengan dirinya ..
tiap ibadat yg kita buat biar la kita buat seikhlas mungkin ..
tang ganjaran tu .. biarla ianya datang tanpa kita sedari ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...