Pages

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Menjelma Lagi...


Ramadan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan seribu rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa.

Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, "Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan." (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad).

Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan bererti selamat datang Ramadhan!

Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah SWT untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah SAW telah menjanjikan kita dengan sabdanya, "Solat yang lima, Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim).

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, dan kita dapat penuhinya dengan sempurna...

6 comments:

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Assalamualaikum Sharidah,

Selamat berpuasa semoga diberikan Allah kesihatan yang baik dalam meneruskan ibadat kepadaNYA di bulan yang mulia ini.

Puteri Kasih said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa :)

Cik Siti Hajar said...

selamat berpuasa.. :)

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa. Ramadhan Kareem. Moga Allah anugerahkan kita semua kesihatan yang baik dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

Along79 said...

Salam Ramadhan kembali, dan selamat berpuasa, terima kasih sudi berkunjung ke blog along

ساريده سنين said...

Bulan Ramadan bukan sekadar bulan umat Islam berpuasa, bahkan nilainya lebih dari itu...ia bulan taqwa, bulan keampunan, bulan bonus dan bulan berkasih sayang sesama insan. Maka, mari sama-sama kita pertingkatkan nilai bulan ini ke atas diri dan keluarga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...