Pages

Saturday, June 15, 2013

SEKADAR BERPESAN-PESAN

Janganlah kita jadi orang yang sombong, kerana kehidupan seseorang yang sombong, pengakhirannya amat merugikan... Orang yang faham dan beramal dengan ilmu agama yang ada padanya, dia akan mudah menerima teguran walaupun teguran itu datang dari seseorang yang kelihatan biasa-biasa sahaja...

Ingatlah...yang salah tetap salah, lembutkanlah hati kita untuk menerima teguran yang baik untuk kita, mungkin selama ini kita tidak sedar kesalahan kita sehinggalah Allah "hadirkan" seseorang untuk "menegur" kita... Anggaplah orang yang datang menegur kita itu utusan dariNya kerana DIA sangat sayangkan kita, lalu Dia datangkan seseorang untuk menyedarkan kita yang kadang-kadang riak dengan ilmu yang kita ada, sedangkan jika kita merenung sedalam-dalamnya... kita sebenarnya bukan sesiapa pun, hanya seorang hamba yang hina dina di sisiNya...

Orang yang beruntung ialah orang yang bersifat rendah hati dan sentiasa merasakan dirinya tidak sempurna dan memerlukan nasihat dan teguran dari orang sekeliling.

Ingatlah...
Jangan sesekali terdetik dalam hati kita rasa begini bila seseorang yang kelihatan biasa-biasa tiba-tiba datang menasihati kita:

"Ahh!! siapalah kau ni nak tegur-tegur kesalahan aku, hidup kau pun serba tak kena, ada hati nak tegur aku. Aku belajar agama, tahu agama...kau tu bukan belajar aliran agama pun...ada hati nak nasihatkan aku, cermin diri kau lah dulu".

Bila terdetik rasa begitu...akuilah pada diri kita...aku ni sombong.

Sekadar berpesan-pesan untuk kebaikan dan renungan bersama terutamanya diri saya yang kadang-kadang lupa...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Saridah,

Terima kasih saling ingat mengingatkan.

Sifat sombong bukan saja tak elok dari segi agama tapi juga dalam pergaulan kita sehari-hari. Takut-takut sampai peringkat riak pulak

ساريده سنين said...

Syukran Mak Long a.ka. Kunang-kunang
Sepanjang perjalanan hidup yang saya lalui, orang yang kelihatan "biasa-biasa" itulah yang banyak mengajar saya erti kehidupan berTuhan. Terima kasih ya Allah dengan hadiah-hadiahMU yang amat indah itu. Mereka insan-insan yang jarang terlihat oleh mata kasar kealiman dan kepatuhannya kepadaMU. Kehadiran mereka di dalam sesuatu majlis ilmuMu jarang diambil peduli oleh orang sekeliling kerana sifat "biasa-biasa" mereka dan tidak suka menonjolkan diri di khalayak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...