Pages

Wednesday, March 27, 2013

NYAMANNYA PAGI...

Assalamualaikum... Sudah menjadi rutin harian...pagi-pagi selepas solat subuh semestinya buka TV9 - Tanyalah Ustaz jam 7.00 - 8.00 pagi.
 

Alhamdulillah...cuaca diluar agak dingin dan mendung, angin sepoi-sepoi alangkah nyamannya...Ya Allah... betapa nikmat, nyamannya benar-benar terasa...

Untung kalau dah bersara awal nie... banyak aktiviti bebas yang kita buat...tidaklah terlalu terikat dan memikirkan dengan kerja-kerja pejabat...isy! bila fikir-fikirkan kembali naik pening juga...

Berbalik kepada Tanyalah Ustaz pada pagi ini... bertajuk "SOLAT KETIKA SAKIT" oleh Ustaz Shauqi Othman...kita semua dah maklum...solat merupakan ibadah yang paling penting dalam ajaran Islam dan ia wajib dilakukan dalam keadaan apa cara sekalipun. Solat adalah ibarat "tiang agama", maka sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja atau di atas apa jua alasan, bermakna ia telah berusaha meruntuhkan agamanya sendiri... Solat juga umpama sebuah rumah yang pasti roboh tanpa tiang...

Justeru, solat merupakan ibadah pertama yang akan dihitung di Hari Pembalasan di akhirat kelak...Dalam sebuah hadis nabi saw yang sahih, baginda telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan pertama bagi seseorang hamba yang akan dihitung di akhirat kelak ialah solatnya". (Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi, Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ei, Ibnu Majah dan lain-lain).

Hidup ini hanya sementara...Setiap masa dan ketika amat berharga...Justeru janganlah ia disia-sia...Marilah kita gunakan seluruh tenaga dan usaha...Demi mendapat keredhaan Yang Maha Esa...

5 comments:

Faizol Dee said...

tenang je waktu pagi.. nk wat ape pun smngat..

TiranaAduka said...

salam kenal dari tirana aduka.nice blog.

TiranaAduka said...

salam kenal dari tirana aduka.nice blog.

Temuk said...

Assalamu'alaikum
Semoga diterima kunjungan balas ini. Sedutan dari TV yang dipaparkan itu satu peringatan yang amat baik untuk kita semua. Terima kasih berkongsi. Semoga terjagalah solat-solat kita sepanjang hayat.

BUNDA a.k.a KN said...

assalam...salam ukhuwah dan salam kenal juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...