Pages

Thursday, January 17, 2013

Jangan bersedih wahai anakku..

(Buat anakku yang sedang menjalani Praktikal (LI)

Ayah dan ibu masih ada bersama mu..hargailah saat-saat ini..sekiranya ayah dan ibu kita masih ada di sisi..gembirakanlah mereka dengan apa cara sekalipun..

Penuhilah hari-hari dengan kegembiraan..paling tidak pun cukup dengan senyuman..senyuman untuk diri kita sendiri..

Setiap pagi apabila kita bangun tidur..cubalah kita lihat di cermin..kita akan lihat satu wajah yang penuh kekusutan tetapi selepas kita mandi dan bersiap untuk bekerja..cuba kita lihat sekali lagi pada cermin..nah..nampak tak kita..satu perbezaan..wajah yang sebelum ini kekusutan sudah menjadi satu wajah yang cukup cantik apatah lagi apabila ditambah dengan satu senyuman..

Di situlah permulaannya..permulaan untuk seorang yang berkerjaya..hadiahkanlah mereka dengan satu kejayaan dalam kerjaya dan biarlah mereka merasa bangga diatas segala kejayaan kita..

Biarlah mereka menangis kerana gembira tetapi jangan sesekali kita biarkan mereka menangis kerana kesedihan..

Tangisan seorang ibu amat dalam maknanya..tangisan seorang ayah amat pahit kesannya..

Sesungguhnya kehidupan ini memang satu anugerah yang amat indah dan berharga..usahlah kita mensia-siakannya.

Dengan ini..sentiasalah kita hiasi diri kita dengan seberapa banyak senyuman..tak kiralah senyuman untuk kita sendiri mahupun senyuman itu untuk orang lain..

2 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Senyum itu indah...
Senyum itu ibadah...
Senyum itu sihat..

budi os 19 said...

Sederhana namun besar faedahnya...ketika saat kita tersenyum :)
#Smile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...