Pages

Friday, December 27, 2013

Ulang Tahun Perkahwinan...

28 Dis 1989 dua hati bersatu...sehingga hujung nyawa...hari ini genap 24 tahun usia perkahwinan kami.
 
SATU ANUGERAH...Sesungguhnya perkahwinan dan kehidupan berumah tangga merupakan satu anugerah dari Yang Maha Esa. Setiap manusia mahu disayangi dan menyayangi, ingin menyintai dan dicintai. Itulah fitrah yang tidak dapat dinafi. Kerana itu, jalan pernikahan menyediakan ruang seluasnya untuk merealisasi apa yang diimpi.
 
Di dalamnya ada pertemuan antara dua jiwa, mencipta rasa aman dan tenteram, cinta, sayang dan kasih mesra. Telah ramai yang memperolehinya, tidak kurang juga masih ramai yang sedang berusaha untuk mendapatkannya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah ar Rum ayat 21).
 
SELAMA HAYAT INI...insafilah...kurniaan seorang suami atau isteri melalui perkahwinan hanyalah satu jalan dari jalan-jalan menuju redha Tuhan.
 
Sesungguhnya kehidupan ini tidak lain hanyalah pengabdian kepada DIA yang memiliki segala-galanya.
 
Selama hayat ini, curahkanlah ketaatan kepada Allah melalui khidmat bakti kepada pasangan.
 
Cinta kepada suami atau isteri akan sentiasa mekar mewangi dengan berpaksikan cinta kepada Nya. 
 
Syukur pada mu Ya Allah...Ya Rahman... Ya Rahim...
 
Semoga perkahwinan ini akan terus bahagia hingga ke akhirnya.

Friday, December 20, 2013

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH


Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
  1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
  2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 
  3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 
  4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 
  5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 
  6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. 
  7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. 
  8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. 
  9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. 
  10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah. 
  11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. 
  12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur. 
  13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya. 
  14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru. 
  15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama...In Shaa Allah...
 
(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

Sunday, December 1, 2013

Tahniah Anakku...

Hari yg paling bahagia... Majlis Konvokesyen KPTM Ke 30 di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC)... tercapai juga hasrat dan cita-cita utk melihat anakku my sweetie twenty-one years membawa pulang segulung Diploma Kejuruteraan Awam.  Syukur dan tahniah buat anak kedua... Afiqah Husna bt Abd. Manan...

"Bismillahirahmanirahim, alhmdullillah setelah berpenat lelah, berhmpas pulas selama 3 tahun menuntut ilmu, tanggal 30/11/2013 ialah hari yg sgt ditunggu-tunggu oleh semua graduan kptm..
Buat ibu & ayah, hadiah ini untuk kalian. Tiada apa yg aku mampu hadiahkan selain ini. InsyaAllah aku akn berusaha lebih baik lagi pd masa akn datang. Aku cuma mengharapkan doa kalian. Doakan aku..
Buat rakan-rakan seperjuangan, ini bukanlah penamat tp ini adalah permulaan untuk lembaran baru. Teruskanlah menuntut ilmu dan jgn berhenti. Aku doakan kalian berjaya dlm bidang yg diceburi insyaAllah. Harap persahabatan kita kekal sampai jannah..
Ps: maaf smlm aku tak dpt stay lama sbb ada hal yg xdpt dielakkan. Ada rezeki kita jumpa lagi." 
~Afiqah Husna~

In Sya Allah...beliau akan menyambung degree di United Kingdom (Bechelor of Civil Engineering)... semoga anakku berusaha lebih keras lagi... Ibu doakan kamu sukses sentiasa dan tabah menghadapi setiap ujian...

Tuesday, November 26, 2013

Syukur Alhamdulillah kepada Ilahi kerana masih diberi nyawa ketika menulis entri ini... ye lah, sejak akhir-akhir ini masa sangat berharga... inilah yang dinamakan kehidupan... orang yang terasa masanya cepat berlalu adalah orang yang sedang memanfaatkan kehidupannya, manakala orang yang terasa masanya lambat berlalu adalah tergolong dalam manusia lalai, tiada perancangan dalam kehidupan... mereka tidak tahu apa yang hendak dibuat dalam kehidupan... 

Ketika bersantai-santai teringatlah pulak nak menjenguk rumah pusaka... walaupun dekat rindunya nak masuk dalam... tapi apakan daya dan tak boleh pergi sebab ada penyewa...
Saya sukakan kehidupan yang ringkas, cukup ada kemudahan asas... tempat tinggal, makan, pakai, kereta yang boleh berfungsi dgn baik, suasana masyarakat yang harmoni...

Sebenarnya, tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis di blog... saya lakukan sepertimana yang orang lain buat... cuma bezanya sy meletakkan hati yang teguh untuk meneruskan penulisan dan selalu menganggap bahawa menulis di blog adalah salah satu tjawab kepada masyarakat untuk menyampaikan risalah-risalah positif ke arah yang lebih baik...

Monday, November 25, 2013

HERO DALAM KENANGAN

Kucing Yang Bernama Hero
Perginya HERO ditangisi ramai pencinta haiwan... Moga tabah penjaga Hero. Anda telah membuatkan ramai yang sedar pentingnya kebajikan pada haiwan. In syaa Allah pasti ada ganjaran dari Allah s.w.t untuk anda sekeluarga...

Lebih mesra dengan panggilan Abam Iyo telah pergi untuk selamanya... Walaupun tak pernah melihat secara dekat tapi membaca kisah-kisahnya di alam maya terutamanya di blog http://kakimotong.blogspot.com/ dan fanpage https://www.facebook.com/KakimotongFanClub sudah cukup untuk membuatkan kita mengalirkan air mata ketika membaca berita pemergiannya...

Kedua-dua kaki depan Abam Iyo telah dipotong oleh manusia yang kejam hanya kerana seekor ikan, kini Abam Iyo pergi buat selamanya kerana mengidap penyakit leukemia... Biarpun Abam Iyo telah tiada tapi semangatnya untuk terus hidup dengan hanya dua kaki belakangnya akan sentiasa diingati sebagai seekor kucing yang cekal.

Friday, November 15, 2013

Tawaran Buku Nota & Diari 2014 dari Jalen Sdn.Bhd...

 Jom...giveaway
http://jalensb.blogspot.com/2013/11/diari-dan-buku-nota-jalen-2014.html
Makan nasi dgn kicap juga sedap...
Siapa suka makan nasi dengan kicap?...Penyedap makanan paling umph !! sejak aku kecil lagi dengan pelbagai jenama kicap yang muncul...

Saya pasti setiap rumah mesti ada kicap...
https://www.facebook.com/JalenMalaysia 
Kalau dirumah ni mesti tak tinggal dengan kicap... anak-anak semuanya dah mengikut...sampaikan ada gelaran mek kicaplah...

Semenjak harga subsidi minyak dan gula dikurangkan harga makanan terutama kicap terjejas jugak...

Setiap kali nampak Kicap Jalen, mesti ingat anak-anak, mesti kicap atas meja, letak botol kicap di tengah meja...

pinjam gambar cik google
Mesti ada, walaupun makanan itu memang masak dengan kicap...tapi entahlah...mungkin tabiat... mungkin dah di ajar dari kecil lagi...
pinjam gambar dari cik google
Sekarang ini, teringat nostalgia... dan tiap kali nampak kicap tu, teringat arwah mak dan bapak... bila makan nasi + kicap, rasa nak menitis air mata...

Yakinlah dengan produk Jalen lebih suci lebih murni... layarilah Web beliau...bermacam-macam produk ada selain dari kicap...
http://www.jalen.com.my/usr/page.aspx?pgid=2
http://jalensb.blogspot.com/
https://www.facebook.com/JalenMalaysia
http://jalensb.blogspot.com/2013/11/diari-dan-buku-nota-jalen-2014.html

Friday, November 8, 2013

Assalamualaikum sahabat...semoga sentiasa terhindar dari segala macam musibah dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin...

Sekadar berkongsi.

Pernahkah kita terfikir, berfikir atau memikirkan bahawa antara hadiah paling bernilai buat menghargai diri ialah dengan bersendiri...meluangkan sedikit waktu untuk menyoal hati dan menunggu jawapannya dalam hening sunyi...

Inilah antara 'hubungan' terpenting bagi memperbaiki diri yang boleh dinikmati oleh semua orang di dunia ini...

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ


( Surah Az Zaariyat ayat 21 )

Ayat ini mengisyaratkan kepada manusia bahawa pada diri mereka terisi bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran Allah seperti perbezaan kemampuan, bahasa, kecerdasan dan variasi anggota tubuh masing-masing dengan fungsinya yang tersendiri.

Justeru, usah bimbang dan takut andai pada satu-satu ketika kita merasa berseorangan tanpa sesiapa di sisi...sebaliknya ambillah ruang tersebut bagi mengenal diri lantaran itu merupakan permulaan bagi sebuah kebijaksanaan masa depan, in shaa Allah...
 

Tuesday, October 29, 2013

BETAPA KAYANYA MEREKA DAN BETAPA MISKINNYA KITA

Terlepas pandang...ada ketikanya, betapa kita penuh dgn rasa tidak bersyukur dgn apa yg kita ada...mungkin kita sering fikir, hidangan dipinggan org lebih sedap dari dipinggan kita..., mungkin kita sering cemburu, pasangan org lebih baik dari kita..., mungkin kita sering tdk puashati, kenderaan org lebih hebat dari kita..., mungkin kita sering bersunggut rumah org lebih mewah dari kita...

atau kita sering rasa sudah terlalu cukup, hinggakan sombong dan riak mula menjadi kehidupan dan cara kita menilai manusia...namun, bila kita mula "memandang" barulah kita "melihat" rupanya...kita tdk lah kaya mana...

 
Seorang hartawan membawa anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang. Dalam perjalanan, si ayah bertanya:

"Apa pandangan kamu tentang kembara kita?"

"Seronok!" jawab anaknya.

"Sekarang, mesti kamu dapat bandingkan hidup sebagai orang kaya dengan orang miskin bukan?"

"Ya," jawab anaknya ceria.

"Nah sekarang, apa yang kamu belajar daripada semua ini?"

Si anak menjawab:


"Kita mempunyai se ekor binatang peliharaan, tetapi mereka ada banyak binatang peliharaan yang mereka beri makan.

Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yang jernih dan mengalir airnya untuk mereka mandi.

Kita ada lampu import yang mahal harganya, tetapi mereka ada bintang-bintang bergemerlapan di langit yang mereka pandang waktu santai di halaman rumah pada malam hari..."

Si ayah ingin menyampuk, namun si anak meneruskan,


"Kita ada jalan berturap, tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang.

Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita, mereka pula ceria ketika berkhidmat dan memberi pertolongan kepada orang lain.

Kita ada banyak makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan.

Kita ada Jaga yang menjaga harta kekayaan kita... tetapi mereka mempunyai ramai Sahabat Setia yang sentiasa melindungi mereka."

Si ayah terkedu apabila anaknya menambah:


"Terima kasih ayah, kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita!"

dipetik dari majalah Solusi halaman 108.

Moral: dlm keseronokan bermewah-mewah kita bermegah dgn kehebatan diri, sekadar sebuah renungan buat diri (ku) agar tidak lupa...utk SENTIASA BERSYUKUR...

HANYA ALLAH LAH yg sentiasa memberikan peluang terbaik dlm hidup ini...Aamin...


Monday, October 21, 2013

kepada yg bernama isteri...kalian bergelar SOLEHAH...

Jika cintamu kepada suami berpada-pada,
Agar jika terpisahnya kalian, tidak "membunuh" kewarasan minda,
Mencedera teruk perasaan dan emosi,
Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,
Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,
Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui Ilahi, lalu terpisah...
Hatta jika kalian menemui Ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan...terpisah,
Jika ditakdirkan kalian ke syurga...
Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,
Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,
Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga...?
Nauzubillah...
Justeru, wahai isteri...cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,
Pastinya Allah denganmu tiada terpisah,
Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung,
Rindu mampu ditangani,
Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu kepada Allah
Bukan menjauhkan...lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.
Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.

~~Ingatan dan Renungan bersama, kita yang bergelar wanita...juga untuk yang bergelar suami...~~

 

sumber : Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Thursday, October 3, 2013

kenangan silam…pengalaman bergelar ibu…



Ketika seorg ibu mahu melahirkan seorg insan ke dunia, kesakitannya tiada terungkap dgn kata-kata...menitis airmata menahan rasa sakit yg datang silih berganti...sebab itu ALLAH SWT berikan ganjaran syahid jika meninggal dunia kpd seorg ibu yg melahirkan seorg anak.
Pengalaman sy melahirkan 4 org anak, berbeza antara satu sama lain...tetapi rasa sakit itu tidak dpt digambarkan disini...senang tulis, sangat2 sakit...syukur dgn kurniaan ALLAH ini, kerana Dia begitu hampir dgn sy dan sentiasa dihati sy...disinilah sy sgt merasai bahawa ALLAH sgt syg pada sy, sy dpt melihat keadilan ALLAH pada manusia, Allah Maha Gagah dan Perkasa dan dgn KemurahanNya sy menikmati hidup penuh rasa cinta hanya padaNya…
Kisah ini sy updated dari website lama…tujuannya nak bagi tatapan dan ingatan pada anak2… Kenangan silam…pengalaman bergelar ibu…memang mendebarkan tambahan pula apabila ada rakan2 sepejabat yg menceritakan pengalaman mereka dgn cara dan situasi yg berbeza…ada yg senang dan tak kurang juga yg susah…yg penting semuanya bergantung kpd diri sendiri demi insan tercinta…tidak semua yg dpt merasai pengalaman melahirkan zuriat sendiri…bersyukurlah di atas kurniaan Nya…gudluck to all future mommy we can do it! 
Empat cahaya mata...setiap satunya mempunyai kisah yg tersendiri…
Kedatangan cahayamata pertama seorang baby lelaki (skrg 22 thn), tentu sahaja penuh dgn rasa teruja…kelahirannya disambut dgn seribu kesyukuran…tambah pula lahirnya cukup sifat...
Genap setahun, rezeki Allah bertamu lagi…
Cahayamata kedua baby perempuan (skrg 21 thn), menjadikan buah hati jadi sepasang...lahir dgn sempurna, biarpun dlm suasana kelam kabut tatkala ayahanda sakit akibat kemalangan…Syukur sebesar-besar syukur, kelahiran anak kedua bagai bunga merah mekar di laman hijau…serinya, Allah sahaja yg tahu…
Selang 2 tahun cahaya mata ditambah manis gula hati dgn tibanya adik ketiga baby perempuan (skrg 18 thn)…Setelah kandungan masuk minggu ke-37 (tiga minggu awal), emergency…doktor mengesahkan sy mengalami komplikasi placenta praevea yg membawa risiko pendarahan hingga menutup sebahagian atau keseluruhan cervix, maka kelahiran kali ini secara caesarean (pembedahan)…teramat sedih, kejadian berlaku di pejabat pada waktu itu, suami pulak tiada disisi…pergi outstation…menahan sakit contractions kuatkan semangat tandatangan sendiri borang pembedahan…waktu pembedahan tiba...Allahuakbar... benar-benar rasa berjuang antara hidup dan mati...Bismillah. Saya terus mengucap syahadah...dlm hati berkata, "kalau aku meninggal hari ni, semoga suami dapat pengganti yg dpt jaga anak2.."  apabila pembedahan selesai, doktor-doktor dan kakitangan telah mengucapkan tahniah. Alhamdulillah.
Genap 4 tahun... kehamilan keempat kali ini, perjalanannya membawa episod yg berbeza, adik keempat lelaki, lahir dlm suasana yg banyak dugaan dan kesedihan buat semua keluarga… tahap kesihatan, kekuatan, semuanya dihitung dan diambil kira...tidak semena-mena kandungan baru mencecah 7 bulan (28 minggu) darah tinggi yg serius sehingga dimasukkan ke ICU…doktor pakar bertungkus lumus...sy antara hidup dan mati 50:50...akhirnya sy bersalin di ICU…kelahiran pramatang berat bayi cuma 1.2 kg…dan dimasukkan ke NICU…dgn bantuan doktor2 di hospital akhirnya, rezeki dari Allah SWT ...syukur diungkap... Alhamdulillah...(skrg berumur 14 thn - bongsu).
Dari pengalaman sebelum mengandung, mengandung, melahirkan, berpantang dan membesarkan anak adalah memori terindah…terutama menyusukan bayi…sangat menyentuh naluri seorg ibu….apabila Allah SWT memberi peluang menjadi seorg ibu…barulah rasa sayu sedih teringat kpd ibu tatkala melahirkan saya dahulu…
Kesimpulannya:....
Rasa seperti mati hidup semula!
Ya Allah, Maha Baiknya Engkau mengizinkan aku hidup lagi.
Ya Allah, sungguh kehidupan ini adalah satu peluang.
Peluang untuk aku gandakan taat.
Banyakkan amalan soleh.
Bekal untuk aku di Alam Baqa'.
Kita tak tahu bila kita akan pergi.
Setiap hari lakukan yang terbaik dalam hidup.
Buat apa yang Allah suka.
Tinggalkan apa yang Allah murka.
Sebab kita nak bahagia bukan sahaja di dunia, tapi di akhirat sana.


Sunday, September 29, 2013

…pengantin skrg dh tak eksklusif…

semasa bekerja dan menetap di Kuala Lumpur dulu jarang2 dpt menghadiri majlis kahwin…kalau ada pun rakan-rakan pejabat.  Apabila dah berpindah dan menetap di kampung…kerap juga menghadiri majlis kenduri kahwin…

sekarang ni majlis kenduri kahwin senang nak pergi kerana dpt kad jemputan siap dgn alamat dan pelan lokasi...lebih menarik dah ada petunjuk kain rentang atau banner gambar pengantin malah ada yg turut memaparkan gambar ibu bapa…
banner majlis perkahwinan anak herman tino

keadaan ini menyebabkan sy sekeluarga menghadiri jemputan terbabit sekadar utk bertemu tuan rumah…nikmati juadah disediakan dan terus pulang.  Tidak perlu menunggu utk melihat pengantin sebab wajah mereka sudah terpampang di kad jemputan atau banner…
 
dgn kata lain…pengantin sekarang sudah tdk eksklusif atau istimewa...situasi begini jelas berbeza dgn majlis perkahwinan pd 20 atau 25 tahun lalu apabila kebanyakan tetamu menunggu pengantin bersanding utk melihat wajah mereka…


seperkara lagi tetamu tdk diberikan dgn bunga telur seperti kebiasaan (kalau dulu-dulu pemberian bunga telur satu kemestian)…sekarang kebanyakan jemputan akan diberikan beg “terima kasih”  mengandungi kuih/kerepek/gula-gula dan air kotak sebagai cenderahati atau oleh-oleh dari tuan rumah…

pemberian bunga telur melambangkan suasana kemeriahan, keserian, kesenian budaya dan keberkatan kedua-dua mempelai…alangkah seronoknya org dulu2 memberi bunga telur dan tetamu menerimanya dgn iringan doa agar kehidupan lebih diberkati semoga jodoh akan berkekalan hingga ke anak cucu…

Walau bagaimanapun kita doakan keluarga yg baru dibina akan mendpt ketenangan (sakinah), cinta dan kasih syg (mawaddah) dan belas kasihan (warahmah) sesama pasangannya...Amin...

 
Wallahu’allam…
 

Wednesday, September 18, 2013

jom pergi riadah...petang-petang di Bukit Malawati...

mercu tanda (rumah api)
semenjak berpindah ke Kuala Selangor belum ada kesempatan nak pergi beriadah... Alhamdulillah...petang hari minggu ni...kami bersama suami dan anak yg masih belajar di maahad tahfiz pergi meredah, mendaki dan menikmati keindahan alam dan melawat kesan-kesan sejarah di atas Bukit Malawati di Kuala Selangor, iaitu merupakan satu aktiviti yg baru bagi kami...
 
kalau pergi pada hari cuti minggu begini kenderaan tidak dibenarkan naik, parking dibawah...lepas itu jalan...kalau malas-malas naik ajer trum (tram) yg disediakan...kami berjalan sambil berjoging...sesampai diatas aduh makk ai...banyaknyer (lotong) monyet berwarna kelabu dan hitam...tambahan ramai jugak pelancong yg datang sambil melayan kerenahnya...rasa terhibur dengan memberi makan pada monyet-monyet...
 
trum (tram)
 
batu hampar
 
 
perigi beracun
 
mengalu-alukan kedatangan...
 

pilihlah yg mana berkenan...
 
menikmati juadah
 
posing jangan tak posing...
badan rasa sengal-sengal dan lesu amat berbeza dengan aktiviti di sekeliling rumah...sekali sekala kenalah pergi keluar juga agar dituntut sentiasa sihat dan ceria...melalui kesihatanlah kita boleh beribadah dengan lebih selesa terhadap Allah dan semoga kita dirahmati Allah SWT...Aamin.

Sunday, September 8, 2013

Dah nak balek Brighton...


Bye...selamat jalan...along Nadia Dzai n sweet girl Embun Lily jumpa lagi...next year.. itulah kata-kata yang keluar setelah mereka (anak saudara) berkunjung ke rumah 2.00 ptg tadi...nak balek dah...nak fly pukul 7.00 malam nanti...

Dah hampir 2 bulan mereka berada di kampung bercuti panjang sempena menyambut bulan Ramadhan dan Syawal serta buat kenduri aqiqah...

 

Rindulah nanti pada Embun Lily...walaupun cucu saudara tiap-tiap hari berjumpa, rumah dah berdekatan...tunggulah tahun hadapan panjang umur dapat jumpa lagi...umur Embun Lily baru 7 bulan, lahir diluar negara...setahun lebih nanti barulah dapat jumpa lagi sekali...

Seronoklah Embun Lily duduk negara orang puteh...nanti dah besar pandailah cakap orang puteh, bila mama dan papanya bekerja kena hantar child care...

Tuesday, August 27, 2013

~biskut raya ada lagi ??~

Alhamdulillah...syukur masih bernafas, terima kasih Ya Allah...hari ini 20 Syawal...banyaknya cabaran puasa 6...lega...! akhirnya dah pun selesai...

Ambik gambar ni bukan apa saja nak tunjuk yg biskut raya masih ada kat rumah ni...

Alhamdulillah menjunjung kasih ke bawah SPB Yang Di Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong bermurah hati tidak ketinggalan pemberian untuk suami dan seisi istana...

Ha...! sekarang ni Syawal dah hampir ke penghujungnya... barulah tuan rumah rasa teringin nak makan biskut...kalau tak memang tak pandang pun....maklum lah sana sini kuih raya kan...teringat nak ambik gambar...huhuhu...dah terlambat...bukan apa saja nak buat kenangan...

Ya Allah Kau terimalah segala amalanku di bulan Syawal yang mulia ini...semoga aku dimurahkan rezeki dan diberi peluang untuk menyambutnya lagi ditahun hadapan bersama insan-insan kesayanganku...Amin...

Thursday, August 22, 2013

~Jom Puasa 6 Hari Syawal~

Cepatnya masa berlalu...hari ini sudah 15 Syawal, teringat memori semasa bekerja dgn gomen...tak dapat dilupakan...tinggal kenangan...mood raya belum habis di opis...jamuan raya besar-besaran...dan akulah orangnya yang akan handle kad jemputan...jemputan melibatkan staff dan jabatan di bawah agensi termasuk VIP.

Sekarang ni pun saya belum selesai lagi puasa baru dapat empat hari...Insya Allah minggu hadapan boleh sambung sebab saya akan menghadiri jemputan kawin di Sungai Siput pada sabtu ini...rakan-rakan blogger bagaimana?
 
Ada yang akan tamat puasa 6 hari ini...?
Ada yang baru ingin bermula hari ini...?
Ada yang tak tau bila boleh bermula...?
Ada yang tidak terfikir langsung mahu melakukannya...?


Puasa Sunat Syawal melengkapi puasa wajib Ramadhan...Ushakanlah biar pun dengan 1001 kesulitan dan dugaan...

Selamat Berpuasa Enam...!

Apapun disini saya nak kongsi fadilat puasa 6 sempena bulan Syawal yang mulia...

Hadith: 
Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.

Huraian Hadith: 

1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

 
Sumber: Jakim
 
 

Saturday, August 17, 2013

~Kesan Ramadan - Tanyalah Ustaz 14.08.2013~

Alhamdulillah...Allah swt izinkan kita bertemu dalam keadaan beramal kepada Nya...

Alhamdulilllah...Allah swt berikan nikmat Islam, Iman, Rezeki melimpah ruah yang halal, Kesenangan dan banyak lagi...

Alhamdulillah...Allah swt telah beri kita Kesempatan dan Kesihatan untuk berada dan beribadat penuh dalam bulan Ramadan...

Alhamdulillah...Allah swt beri kita Keampunan, Rahmat dan Kebebasan daripada api neraka...

Alhamdulillah...Allah swt beri kita Lailatul Qadar...

Kesan-kesan Ramadan antaranya ialah :-

1. Lebih ketaqwaan kepada Allah – Taqwa ialah mentaati suruhan dan meninggalkan larangan Allah;
2. Rasa nikmat dalam ibadat setelah dididik sebulan beribadat dalam bulan Ramadan;
3. Rasa diri lebih baik;
4. Lebih kasih kepada faqir dan miskin;
5. Rasa lebih bertanggungjawab mentadbir harta kita.

Thursday, August 15, 2013

~Salam Aidilfitri 1434H~


Salam Aidilfitri buat rakan/teman/blogger di alam maya...ampun dan maaf, salah dan silap...semoga hidup kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah swt sentiasa...semoga sudi terus membaca perkongsian di blog ini.

Wednesday, August 7, 2013

perginya Ramadan..hadirnya Syawal

Sekejap je masa berlalu...pejam celik pejam celik Ramadan dah pun sampai ke penghujungnya...Allahu Rabb...diri ini masih lagi terfikir adakah aku akan berjumpa lagi dgn Ramadan yang akan datang ? sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menyambut Ramadan sehingga ke akhirnya sehingga 29 Ramadan. Sejuta syukur juga kerana 29 Ramadan (Tahun Hijrah) jatuh bersamaan ulangtahun kelahiran ini 22 April (Tahun Masihi)...Syukur pada Mu ya Rabb.



Di hari ulangtahun kelahiran ini juga saya terus mengingatkan diri.  Mungkin ramai orang berbangga bila semakin bertambah usia. Kerana ia melambangkan kedewasaan, kematangan dan kedudukan dalam masyarakat.

Namun bagi saya, biarlah angka ini menjadi muhasabah dan peringatan, bahawa masa yang ada semakin singkat, perjalanan yang jauh kian dekat.

Yang dihitung bukanlah usia yang banyak, akan tetapi amalan soleh yang dapat diraih, sebagai manfaat dari sekian banyak nikmat Tuhan yang tidak terhitungkan...yang membawa pemiliknya semakin 'rapat' kepada Allah Yang Maha Hebat.

"Ya Allah, bantu hamba Mu, berkati usiaku agar bila aku kembali kepada Mu, walau tanpa pahala melimpah tetapi bersama rahmat dan berkah."

 
Akhir sekali...Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Taqabballahu minna wa minkum. Kullu 'ammun wa antum bikhir. Insya Allah, Amen Ya Rabb...sambutlah Syawal pada tahun ini dengan penuh rasa syukur dan tawadhuk pada Allah SWT...


Saturday, July 27, 2013

Nuzul Quran

Assallamualaikum semua...selamat menyambut Nuzul Quran...em, petang tadi anak saudara datang hantar lauk untuk 'iftar'...syukran..."hai sejak bila sebut perkataan 'iftar' m'cik?" ye satu perkataan yang jarang kita gunakan dan dengar...agak-agak siapa yang ketinggalan zaman...memang sejak dah tak bekerja ni jarang guna dan dengar perkataan-perkataan arab ni...maklumlah dah duduk di kampung dan solat terawih pun bersama-sama dengan kakak-kakak dan m'cik-m'cik yang saya anggap seperti emak sendiri...
Sekarang ni pun dah masuk 10 Ramadan terakhir...sama-samalah kita mencari malam lailatul qadar...untuk mengingatkan diri ini juga...walaupun dugaan itu tidak sebesar mana pada diri ini berbanding mereka yang lain...semoga mendapat redha dan rahmat dari Allah SWT...Insya Allah...

Monday, July 22, 2013

Al-Fatihah...Tanggal 23 Julai...

Wajah Mak nampak tenang seperti selalu-selalunya Mak di mata saya. Saya sedaya mungkin menahan tangis, namun titisan air mata tetap laju menuruni pipi...

"Jirus air pelahan-lahan ke seluruh tubuhnya ye, "M'cik Zaiton, selaku ketua penyelenggara jenazah memberi arahan sekaligus tunjuk ajar. Saya, Kak Ton, Kak Tipah, Nani dan Jiah, 2 orang anak saudara yang dibela sejak dari lahir bersama-sama membantu memandikan jenazah Mak...

"Pakai tuala kecil atau sarung tangan...kemudian bersihkan gigi dan mulutnya...sisir perlahan rambutnya kalau-kalau ada kotoran"...M'cik Zaiton memberikan tunjuk ajar kepada saya yang memegang dibahagian kepala. Kak Tipah membersihkan bahagian bawah dan Kak Ton di bahagian kaki.

Saya renung tubuh yang pernah mengandung, melahirkan dan membesarkan saya. Dengan lembut dan hati-hati saya bersihkan dada yang pernah menyusukan saya dan perut yang pernah mengandungkan saya selama 9 bulan. Saya gosok jari jemari yang pernah membesarkan saya dan terbayang semua kenangan bersama Mak. Sebentar lagi kami benar-benar akan terpisah, dipisahkan oleh dunia masing-masing yang sudah berbeza.

Bersyukur kepada Ilahi kerana saya sempat melalui pengalaman berharga ini, walau keuzuran Mak tidaklah ketara disebabkan kerap balek berjumpa Mak...hingga saat memandikan jenazahnya. Pengalaman berupa didikan hati agar terus berserah kepadaNya. Mudah-mudahan untuk seterusnya, mencapai pula tingkatan iman yang paling tinggi kerana seorang Mukmin di hadapan Rabbnya seumpama mayat di tangan orang-orang yang memandikannya...

Perjalanan hidup Mak di dunia telah berakhir...dan bermulalah pula perjalanannya ke akhirat yang kekal abadi. Selamat menempuh perjalanan baru Mak, doa dari anakmu akan sentiasa mengiringi...

Sememangnya kami merinduimu…Tanggal 23 Julai 2003 genap 10 tahun bonda tercinta pergi mengadap ILAHI...

Al-Fatihah...semoga sentiasa dalam rahmatNya dan bersama-sama dengan orang yang beriman dan dikasihNya.
 

Friday, July 19, 2013

Kuasa seorang ibu cukup hebat...

~Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh Fikir & Zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh Syukur~

Kuasa seorang ibu cukup hebat...tersinggung perasaan ibu, Aqamah terseksa menghadapi sakaratul maut, Tanggang berubah menjadi batu, melukakan hati ibu...

Ya Allah, aku seorang ibu kepada 4 orang anak...Anak2ku, semoga hatiku tidak pernah tersinggung dan dilukakan kerana aku amat menyayangi anak2ku...Aku juga seorang anak, semoga aku tidak menyinggung dan melukakan hati ibuku...walaupun ibu bapa ku sudah tiada lagi, tetapi masih mempunyai ibu mertua...Namun aku tetap memaafkan anak2ku sekiranya aku tersinggung atau terluka kerana aku takut kuasa aku sebagai ibu akan menyeksa anak2 ku.

Aku nak ingatkan anak2 ku dan sahabat semua...

Sebagai anak kita sentiasa menghargai ibu bapa kita walau macamana pun keadaan mereka. Kita sentiasa mendoakan dan menjaga hati mereka kerana doa ibu bapa kita mustajab dan kalau kita tak dapat keredhaan dari mereka, bererti kita tidak mendapat keredhaan ALLAH juga. Sebab apa...??? Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa kita. Jadi, sentiasalah beringat ye...Kalau adapun buat mereka tersinggung ke apa, cepat-cepatlah minta maaf... Dan sentiasa ingat kewajipan kita sebagai anak, apa yang patut kita laksanakan...Kalau kita nak bahagia di dunia dan akhirat, kita akan bahagiakan ibu bapa kita, insyaAllah kita pun akan bahagia...Jadi, sayangilah mereka dengan sepenuh hati kita melebihi sayang mereka kepada kita... Hargai, Jaga & Kasihi mereka selagi masih ada hayat mereka.... InsyaAllah...

Tuesday, July 16, 2013

SOLAT SUNAT TERAWIH DIRUMAH...

 
Assalamualaikum...

Nampaknya tahun ini sy tak penuhlah buat solat terawih kat masjid/surau...ada hal2 yg tak boleh dielakkan, jadi buatlah solat bersendirian dirumah al maklumlah kekadang juga nak pergi masjid/surau takde teman...sy buat 8 rakaat...minimum buat 2 rakaat...tak payah baca mcm keratapi...laju jer...rasa penat, rehat dulu.
 
Ada dgr tazkirah hari tu...terdapat byk masjid/surau yg buat solat terawih Imam baca sgt laju...tajwid pun tunggang langgang...that's why ustaz tu kata...kita buat lapan...baca slow and steady...pastu buat tazkirah pun dah cukup. Balik rumah rasa nak buat 20...silakan sambung. Masalah dgn org kita ialah tengok pada Quantity not Quality. Fikir2kan ek...
mudah je saya cari maklumat /search google ni...
 
 

Friday, July 12, 2013

DOSA PERCUMA TANPA KITA SEDARI

Hari ini 3 Ramadhan...selepas sahur, sementara menunggu waktu solat subuh...sempat melayari blog-blog yang ada...tertarik artikel dari blog Ustaz Dr. Zaharuddin yang saya lawati... rintihan seorang lelaki... tentang isu hak dan kesaksamaan antara lelaki dan wanita...wanita ketika ini memperjuangkan hak yang sama rata dengan lelaki, sehinggakan perlu pandai bermain bola sepak dan menjadi imam kepada makmum bercampur lelaki dan perempuan...

Kenapa timbul isu ni?

Itulah kejahilan diri kita tanpa kita sedari... dosa boleh dilakukan dengan terang-terangan apatah lagi ketika bersendirian... jika yang terang-terangan mestilah akan di benci oleh Allah SWT dan orang sekeliling...namun begitu, ketika sunyi pun masih lagi hendak buat dosa ? Ketika itu hanya kita dan Allah SWT sahaja yang ada.

Yang paling penting isu wanita bertudung... tidak mementingkan panduan bertudung... adakah pakaian yang kita pakai itu tidak menyebabkan orang yang melihat kita mendapat DOSA PERCUMA?
Jom kita nilai kualiti tudung kita...bacalah hasil tulisan ustaz Zaharuddin.

Alhamdulillah...Insya Allah dapat dijadikan panduan...

Kadangkala perlu diberi perhatian serius...saya juga tidak terkecuali... masya Allah dosa terlalu mudah untuk mendapatkannya...

Sama-samalah kita mengambil iktibar... sempena Ramadhan al-Mubarak ini... elakkan diri kita dari mendapat DOSA PERCUMA...kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah SWT...bagaimanapun dosa adalah yang paling mudah terampun pada hamba-hamba yang bertaubat...

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa pembaca-pembaca entry ku atas segala dosa dan kesalahan yang dilakukan, yang sengaja atau yang tidak sengaja...ampunilah segala kelemahan kami...

Wallahuallambissawab...

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Menjelma Lagi...


Ramadan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan seribu rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa.

Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, "Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan." (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad).

Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan bererti selamat datang Ramadhan!

Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah SWT untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah SAW telah menjanjikan kita dengan sabdanya, "Solat yang lima, Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim).

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, dan kita dapat penuhinya dengan sempurna...

Tuesday, June 25, 2013

~Istimewanya Syaaban...~


Subhanallah ! pejam celik, pejam celik, kita sudah berada dipertengahan Syaaban. Terasa bagaikan kita melangkah masuk ke dalam bulan yang mulia ini iaitu Ramadhan...padahal umat Islam diseluruh dunia bakal menyambut Ramadhan yang akan datang.

Betapa mulia dan berkatnya Syaaban, sehingga kita menyambut "Nisfu Syaaban" dengan solat Taubat dan bacaan Yaasin.

"Ya Allah, berkatilah kami bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikan lah kami kepada bulan Ramadhan".

Saturday, June 15, 2013

SEKADAR BERPESAN-PESAN

Janganlah kita jadi orang yang sombong, kerana kehidupan seseorang yang sombong, pengakhirannya amat merugikan... Orang yang faham dan beramal dengan ilmu agama yang ada padanya, dia akan mudah menerima teguran walaupun teguran itu datang dari seseorang yang kelihatan biasa-biasa sahaja...

Ingatlah...yang salah tetap salah, lembutkanlah hati kita untuk menerima teguran yang baik untuk kita, mungkin selama ini kita tidak sedar kesalahan kita sehinggalah Allah "hadirkan" seseorang untuk "menegur" kita... Anggaplah orang yang datang menegur kita itu utusan dariNya kerana DIA sangat sayangkan kita, lalu Dia datangkan seseorang untuk menyedarkan kita yang kadang-kadang riak dengan ilmu yang kita ada, sedangkan jika kita merenung sedalam-dalamnya... kita sebenarnya bukan sesiapa pun, hanya seorang hamba yang hina dina di sisiNya...

Orang yang beruntung ialah orang yang bersifat rendah hati dan sentiasa merasakan dirinya tidak sempurna dan memerlukan nasihat dan teguran dari orang sekeliling.

Ingatlah...
Jangan sesekali terdetik dalam hati kita rasa begini bila seseorang yang kelihatan biasa-biasa tiba-tiba datang menasihati kita:

"Ahh!! siapalah kau ni nak tegur-tegur kesalahan aku, hidup kau pun serba tak kena, ada hati nak tegur aku. Aku belajar agama, tahu agama...kau tu bukan belajar aliran agama pun...ada hati nak nasihatkan aku, cermin diri kau lah dulu".

Bila terdetik rasa begitu...akuilah pada diri kita...aku ni sombong.

Sekadar berpesan-pesan untuk kebaikan dan renungan bersama terutamanya diri saya yang kadang-kadang lupa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...