Pages

Tuesday, November 1, 2011

JODOH..JODOH..SUSAHNYER NAK TIMBUL..

Assalamualaikum wbth...

“Belum ada jodoh...kalau ada jodoh, tak ke mana...”

“Belum ada rezeki lagi...”

“Nak bantu keluarga dulu...”

“Kau ni memilih sgt. Patut la lambat dpt jodoh”

“Itulah nk tunggu Prince Charming turun dari mahligai di puncak gunung agaknyer”.

Itulah antara kata2 yg sering dijadikan bahan sindiran atau jenaka ringan yg menyakitkan hati, yg sering ditujukan kpd anak2 gadis atau wanita lewat usia... sindir...sindir....kalau sama2 tolong menolong carikan tak pe juga...

Dulu lain, skrg lain...anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka...si gadis pun tak membantah dgn pilihan mak bapak...lain pulak dgn wanita zaman skrg ni...sanggup menunggu lebih lama di alam bujang semata2 mahu mencari atau menunggu Mr Right yg sekufu dtg melamar...Maksud sekufu itu mungkin dari segi ekonominyer, status akademiknyer, pangkatnyer, darjatnyer atau keturunannyer dan mcm2 lagilah... tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU MEMILIH...

Ada sesetengah tu jadi FOBIA PULAK...takut dpt Mr Right yg tak baik perangainyer... kalau baca paper, tiap2 hari ada jer kes suami curang, suami dera isteri, suami ugut isteri bahkan bunuh isteri pun ader….hishhh… camne wanita tak takut?

Bagi mereka yg pernah PUTUS CINTA DAN KECEWA...mmg tau camna seksa dan deritanya jiwa raga...ada lelaki yg tak berguna mcm jantan kaberet tapi ini tak bermakna kebanyakan lelaki yg berperangai mcm tu...

PENTINGKAN KERJAYA...pun boleh seseorg itu lupa...jika dibandingkan dgn zaman atok nenek kita dulu...justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya... ataupn nak kumpul harta dan tolong famili dulu...

Justeru..jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketetapan Allah s.w.t.

Berkahwinlah atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu drpd sunnah Rasulullah saw sebagaimana sabda Baginda yg bermaksud :

“Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yg menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku”. – (Riwayat Bukhari).

5 comments:

LydSunshine said...

Jodoh ni... bila tiba masanya, akan tiba juga. Allah akan aturkan. Memanglah org kata nak dpt jodoh perlu berusaha. Tapi kalau org itu sudah jodoh kita, duduk diam2 dlm rumah pun org boleh dtg meminang. So, sesiapa yg belum punya jodoh, bersabarlah. Walaupun lambat pasti akan Allah aturkan. InsyaAllah.

Anonymous said...

Assalamuaikum,

Tentang jodoh kak ani lebih berpegang kepada ianya ditangan Allah. Yang lain tu cuma sebagai penyebab sahaja.

ساريده سنين said...

LydSunshine :
Betul tu..Bila dan siapa jodoh kita, sebenarnya telah ditentukan Allah SWT sejak pertama kali roh ditiupkan kepada kita iaitu semasa dalam kandungan ibu kita lagi. Soal jodoh, rezeki, dan ajal itu adalah hal ghaib yang sepenuhnya di tangan-Nya. Kita hanya diwajibkan untuk berikhtiar. Tetapi, jalan atau cara kita berikhtiar itulah yang perlu diteliti agar sikap dan tindakan kita berdasarkan prinsip yang digariskan Islam.

ساريده سنين said...

Kunang-kunang :
Waalaikumsalam..betul tu..segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya..

peRmaTa_ aGamA said...

" Wahai wanita s0lehah..

Janganlah risau akan jod0hmu..

Kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita

Hanya kerana kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yg menggoda, mahupun pujuk rayu se0rang wanita yg meruntuhkan imannya..

Telah tercatat seungkap nama lelaki di ‘luh mahfuz’ untukmu..

Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu..

Jika kau tetap di atas jalan yang diredhai,

insyaALLAH..si dia turut di jalan yg sama…."

~ sharing is caring..(^_~) ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...