Pages

Wednesday, October 12, 2011

~ MAZLAH OH MAZLAH ~

Amir duduk di meja mkn dgn lesu. Sudah lama benar dia tdk berselera mkn. Fikirannya berserabut. Tindakan Mazlah isterinya memeningkn kepala. Sygnya pd Mazlah msh kukuh, tetapi tingkah laku Mazlah di luar dugaan. Puas Amir mencari silapnya, ttpi rasanya tiada apa kesilapan yg pernah dilakukannya.

Dia berkira2 lagi, mencongak2, menghitung2, tolak, campur, bahagi. Kebaikan, keikhlasan dan kesetiaan yg pernh dilakukan bertambah byk silapnya. Amir risau lagi.

Dlm tempoh sethn ini rasanya sdh lbh 10 kali dia meminta maaf kpd Mazlah. Tetapi Mazlah tdk pernah langsung mengucp bahkan permohonn ampun kpdnya. Malah permintaan maaf Amir selama inipn tdk pernah disambut Mazlah dgn senyum dan manja.

Sebaliknya Mazlah mencampakkan bantal atau melepaskn apa2 saja yg ada ditgnnya dgn kasar dan menarik muka 12.

“Baiklah Maz, abg minta maaf” pujuk Amir demi menenangkn kedaaan.

“Maaf !” ejek Mazlah dgn jelingan, “Jgn minta maaf lagi”, tengking Mazlah terus menghempaskn tubuhnya dikatil.

“Maz !” terkejut Amir.

Sebenarnya kejutan itu bkn perkara baru. Sebelum inipun pernah beberapa kali Amir disentak tutur dan tingkah Mazlah.

Mazlah beralih membelakangkan Amir.

Maaf adalh milik seseorg yg mulia fikir Amir. Memaafkan org yg memohon maaf adalh lebih mulia lagi. Dulu masa baru2 kahwin klau Amir memohon maaf, akn disambut dgn senyum kemanjaan dan kemesraan, malah lebih drpd itu.

Perbezaan taraf penddidikan dn pekerjaan menambah tekanan pd Amir. Amir hanya Pemb.Am Rendah disebuah Jab.Kerajaan, manakala Mazlah Jurutera Kanan disebuah Jab.Kerajaan berlainan. Lantaran itu dia terasa sgt dirinya diperbudak2kn.

Amir menatap wajah ank tunggalnya, Nurul Aina hasil perkongsiannya dgn Jurutera Mazlah. Aina nama manjanyer yg berusia 3 thn senyum riang. Ank kecil itu tdk tahu apa2. Dia akn riang apabila gembira, akn menangis apabila kehendaknya tdk dituruti. Dan dia akn melihat terkebil2 apabila ayh dan ibunya bertengkar.

Hanya Aina yg sering melembutkan hati Amir. Aina perlukan syg ayh dan ibu dgn sempurna. Memikirkan masa dpn Aina, Amir tangguh dgn keputusannya. Dgn berat hati dia terfikir2 utk membatalkan keputusan yg sering dibuatnya. Biarpn sesekali dia terasa spt budak suruhan Mazlah sahaja.

Mazlah spt tdk memerlukan Amir lagi. Tindak tanduk Mazlah menyakitkan hati, mencabar kelakiannya. Amir sudah berbincang dgn ibunya, tetapi kata ibunya jgn, jgn, dan jgn...

Masalah yg dihadapi Amir mmg rumit. Tindakan luar biasa Amir mmg mencabar 3 hingga 4 bln kebelakangan ini lebih menjadi2, tetapi masih boleh bersabar. Amir akui juga, kesabaran akn berakhir kalau Mazlah berterusan begitu.


“En. Minum, nnti sejuk teh tu”, ujar Sulasteri, Pemb. Rumah.

“Ag ? ? ya.. ya..!!!” balas Amir gugup.

Aina memerhati ayhnya yg belum menghirup teh dan menjamah goreng pisang ptg itu.
---------
“Tahu balik, ingat dh lupa rumah”, sindir Mazlah pd mlm itu.

“Maz, ckplah baik2 sikit dgn abg”, balas Amir.

“Oo.. balik jauh2 mlm, suruh org sanjung dia. Abg ingat rumah ni aper ? rumah tumpangan abg ?. Ini rumah Maz beli dgn duit Maz bang. Dgn titik peluh Maz, kalau harapkan abg, pondok buruk pn x larat nk beli”, cemuh Mazlah.

“Abg lewat balik sbb bawa ayh pergi dgr ceramah agama Isra’ Mikraj di Masjid W.Persk. Lagipn bknnyer selalu abg pulang lewat mcm ini. Setahun sekalipn tak pernah, kau harus faham...” suara Amir juga mula meninggi.

“Awk nk bawak emak kah, bapak kah, tuk nenek kah, sya tak kisah. Tapi jgn bawa kereta sya, bawak dgn motor buruk awk tu. Kereta itu hak sya, sya yg membelinya”, luah Mazlah mencebik bibir.

“Mazlah !” tengking Amir.

“Ya ! Mazlah sedar apa yg Maz cakapkan. Penuh sedar, tak perlu awak menceceh2”, selamba dan tenang suara Mazlah.

“Mazlah !”

“Ya ! Amir. Apa yg mahu dicakap lagi ?” lembut tapi sebenarnya Mazlah melawan.

“Benar, tak perlu abg menceceh. Mazlah cuba kau ingat dulu suatu masa dulu, masa kita mula kenal dan mula kahwin”, Amir cuba menyedarkan isterinya.

Amir teringat nasihat Doktor Kaunseling baru2 ini mengenai masalah rumh tangganya yg kian retak.

“Cuba ingatkan dia ttng kenangan manis masa baru berkahwin, masa bercinta mungkin. Setelah dia bertenang minta dia berterus terang. Bincang apa masalah yg menyebbkan dia jadi begitu dan bincang sama2 utk masa dpn anak”. Amir masih ingat kata2 doktor itu.

“Abg masih ingat Maz, abg pernah kata kita tdk lyk berkawan. Sbb abg seorg Pemb. Am Rendah, kau seorg Jurutera. Kau segera tutup mulut abg, kau kata itu bkn ukuran, sehingga kau kata, kalau itu yg jadi penghalang, kau sanggup berhenti kerja dan jadi suri rumh tangga sepenuh masa. Dan abg yakin kau benar2 mencintai abg. Kau ingat tak?” Lembut dan penuh perasaan Amir.

Mazlah diam membisu, tdk berkata apa2. Brangkali cuba mengingat2 kenangan lama. Amir makin yakin, tdk sia2 dia berjumpa doktor kaunseling.

“Atas dasar cinta itulah kita kahwin, wpun emak abg menasihati supaya abg batalkan niat abg. Alasannya kerana kau 3 thn lebih tua dan gaji kau 4 angka lebih byk dari gaji aku.

Selepas abg desak emak, abg kata kami saling mencintai, emak terpaksa juga pergi meminang kau dan selepas kahwin emak dpt terima kau dgn baik. Biar abg berterus terang, dulu lagi abg sudah agak perkara ini, maklumlah kau biasa mengarah org dan menyuruh org, abg bimbang satu masa kau mengarah abg pula”, luah Amir secara lembut.

Amir berhenti meluahkan spt yg diajar doktor kaunseling. Dia memerhatikan Mazlah, Mazlah hanya diam membisu. Amir semakin yakin...jauh disudut hatinya bagi mengucap syukur !.

“Impian buruk abg seblm kahwin dulu, kini jadi kenyataan...abg sedih dgn keadaan ini...Maz skrg kita terus terang saja. Beritahu apa salah abg, mana tahu apa yg abg buat menjadi satu kesilapan yg abg sendiri tidak sedar. Demi masa dpn anak kita, Aina, dia perlukan kita”, pinta Amir.

Tiada terbalas drpd Mazlah...

“Kalau tak ada apa2 puncanya yg sebenar, Maz cukuplah setakat ini kau seksa abg...jgn kau ulangi perkara2 spt ini...ingat pd janji kita dulu”. Amir penuh yakin dpt mengubah dan menyedarkan isterinya.

Perlahan2 Mazlah mendongakkan kepala, kemudian dia tersenyum. Amir penuh debar menanti tindakan Mazlah. Barangkali Mazlah akan melutut pdnya, merayu dan memohon ampun atau mungkin juga Mazlah akn menerpa kearahnya dan memeluk erat2 sambil merintih rayu ampun keatas kesilapannya.

Mazlah mencebik bibir, penuh meluat. “Wah ! sudah pandai berpsikologi, berkaunseling, universiti mana yg ajar ?. Office boy pn pandai berkaunseling ?” cemuh Mazlah.

Amir hampa dgn cemuhan itu, segala harapan utk terus bersama Mazlah bagaikan sudah tamat. Hatinya sudah tak terbuka langsung utk Mazlah. Cemuhan dn hinaan Mazlah memadamkan segala cinta dn harapannya. Yg ada Cuma Aina ! ya anak itu perlu ibu, tdk mungkin seorg ank akan bahagia tanpa itu. Kasih syg ayh tidak sama spt seorg ibu.

“Selama inipn bkn Mazlah yg menjaga Aina, cuba kau kira, berapa kali pula Sulasteri org gaji bangsa Indonesia itu menyuap Aina ?. Kalau ada pun hanya mlm Mazlah menyuap Aina, Aina tidur dlm dakapan siapa ?, kalau tidak Sulasteri. Kalau Mazlah bawa tidurpn, tgh mlm dia lari ke bilik Sulasteri”. Ingatan itu menerjah pandangan Amir.

“Encik minum dulu...tehnya udah sejuk”

“Ya...ya...”

“Makcik nk minum ! “ pinta Aina.

“Aina minum sama ayh dulu, lepas ni minum dgn makcik pula”, pujuk Sulasteri.

“Sulasteri, kau duduk temankan Aina”, pinta Amir.

“Baik encik”.

Aina memulakan minum ptg dgn dibantu org gaji keluarganya. Dia cukup senang dgn Sulasteri malah lebih senang dpd ibunya sendiri, segala2nya Sulasteri.

“Minun Encik, jgn difikir2”, nasihat Sulasteri pd Amir, Amir diam tanpa ambil perhatian langsung pd org gajinya.

“Tadi mlm Encik bertengkar lagi ya?” tanya Sulasteri. Sulasteri mmg ambil berat tentang tuannya. Dia tahu segalanya, malah Amir selalu mencerikan masalah itu pdnya. Dia mmg simpati pd Amir.

“Kau dengar bukan?” Sulasteri angguk perlahan.

“Aku tak sanggup mcm ini. Sebelum inipn aku dah beritahu kau, seolah2 aku office boynya, boleh ditengking, boleh diherdik”, luah Amir.

“Brgkali aku terpaksa lepaskan juga”.

“Encik !!” terkejut Sulasteri.

“Aku tak sanggup lagi”.

Amir dan Sulasteri diam sejenak. Aina memerhatikan tanpa mengerti. Sulasteri risau dgn niat Amir. Dia tak mahu Amir melepaskan Mazlah. Seperkara lagi, apabila Amir berkata begitu bermakna Amir akan bertanya permintaannya dulu. Dia takut dituduh perampas. Sulasteri tak berani berkata2, tak berani angkat muka.

Amir memandang tepat wajah Sulasteri. Sulasteri sudah lama menundukkan muka. Wajah lembut keputihan keturunan Aceh itu ditatap lagi. Gadis berusia hampir 30 thn itu dtg ke M’sia melalui sebuah agensi pekerjaan. Niatnya ingin menetap di M’sia.

“Sulasteri...”, Amir memanggil lembut. Sulasteri mendongakkan kepalanya perlahan2, kemudian tertunduk semula.

“Bagaimana dgn pemintaan dulu ? kau bersedia ?”. Sulasteri perlahan2 menggeleng2 kepala.

“Tapi kenapa ?, kau tak simpati pd aku ?” Amir minta penjelasan.

“Aina perlukan ibunya”.

“Su..., kau tahu bukan...siapa yg sediakan makan minum Aina, siapa yg tidurkan Aina. Dulu masa Mazlah tidak spt ini, pernah dia ambil Aina tidur dgnnya. Bila mlm Aina lari cari kau. Kalau Aina diletak ditengah2 diantara kau dan Mazlah, tentu Aina pilih kau.

“Kau pn tahu itu bukan ?”. Sulasteri diam.

“Jwb Su. Betul apa yg aku cakap ?”. Sulasteri diam lagi.

“Betul kan ?”. Sulasteri spt mengiyakan tanpa kata.

“Kalau gitu apa lagi ?. kau setuju ?”.

“Tidak...” setitis dua air mata mengalir dipipi Sulasteri.

“Saya tdk mahu dituduh...”, dia gagal menyudahkn kata2nya.

“Siapa mahu tuduh kau. Semua org tahu Mazlah buat aku seperti kulinya. Jiran, rakan2 dan emak bapak aku. Mereka simpati dgn aku. Malah mereka yg cadangkan ini”.

Air mata mencurah dipipi Sulasteri, tanpa dpt ditahan2 lagi.

“Su, aku btanggungjwb segalanya. Aku akan lindungi kau. Aku tahu kau percaya janji aku. Tapi kau takut, Kalau apa2 terjadi nanti kau bawa Aina ikut aku”, pesan Amir.

Perbualan mereka terputus, apabila Trooper berhenti menurunkan Mazlah. Dari jauh Mazlah sudah menunjukkan muka masam.

“Awk ke mana tdi ?” tanya Mazlah yg terus ke ruang makan.

“Emak telefon, dia sakit, saya bawak emak ke klinik”, jelas Amir selamba dan bersedia menghadapi kerenah isterinya.

“Kan saya dah kata, jgn guna kereta saya. Awk nak bawa mak, guna teksi la. Kereta itu saya yg beli”, tengking Mazlah.

“Wah bukan sekali dua awk tengking saya. Isteri apa awk ni ?”, suara Amir meninggi.

“Isteri apa ? tak kan awk tak tahu”, ejek Mazlah, “Seorg Jurutera Kanan bersuamikan Pembantu Am Rendah”.

“Awk benar2 mancabar saya”.

“Awk yg tak mahu dengar ckp saya”, balas Mazlah.

Nampaknya sudah perang besar, selalunya Amir yg mengalah, tetapi kini Amir juga hebat.

“Dari mana awk belajar suami ikut ckp bini ? awk sepatutnya yg dengar ckp saya”, tengking Amir.

“Siapa awk saya kena dengar ckp awk ?” Mazlah juga sudah dirasuk syaitan.

“Dari dulu lagi saya dah fikir, awk tak layak jadi bini saya”, balas Amir

“Habis ?”

“Ya mmg itu yg ku pinta. Mulai dari hari ini kita berpisah !” suara Amir bergema ke seluruh rumah itu.

Aina yg tdk mengerti apa2 menangis teresak2. Barangkali dia juga terasa perpisahan itu.

Mazlah hanya melihat Amir meninggalkan rumah bersama2 Sulasteri dan Aina. Dia hairan mengapa Sulastri pergi sama membawa Aina.

2 hari berlalu, Amir belum pulang2 juga. Mazlah tahu, tentu suaminya pulang ke rumah ibunya. Difikirannya tentu Amir akan pulang juga. Tidak perlu dia tergesa2 menuruti Amir dan Aina.

Selama ini pun dia yg menanggung Amir. Rumah, kereta dan makan minum semua dia yg tanggung. Mmg lojik pun gaji Amir tak sampai RM700 sebulan. Apabila Amir kesempitan wang pasti akan pulang juga.

Seminggu, 2 minggu, 3 minggu Amir tidak pulang2 lagi. Genap 1 bln Amir belum pulang juga, akhirnya Mazlah membuat keputusan menyusul Amir ke rumah org tuanya.

Mazlah berjalan penuh debar menuju tangga rumah mentuanya ptg itu. Sudah lama benar dia tdk menjejakkan kaki dirumah itu. Rasa malu yg akan ditanggungnya bukan sedikit pd mentua, pd Amir, pd Sulastri dan pd dirinya sendiri.

Langkah yg diatur terasa kian sumbang. Kian hampir ke tangga kian kekok. Digagahinya juga demi masa depannya.

Amir meluru kepintu, belum sempat Mazlah membuka mulut terlebih dahulu bertanya dgn kasar spt membalas dendam. “Utk apa kau dtg ?”

“Bang, maafkan Maz bang, kita pulang bang”.

“Hmm ! kau dah terlewat”.

“Abg !” terperanjat Mazlah mendengar kata2 Amir. “Maafkan Maz, Maz berdosa pd abang”.

“Baiklah”. Amir berlembut. “Abg maafkan kau, tapi antara kita dah tak ada apa2 lagi”.

“Abg ! anak kita bang, masa depannya”.

“Dulu kau tak pernah fikir itu. Mengapa skrg baru kau fikirkan tentang Aina ?”.

“Maafkan Maz bang. Demi Aina bang”, rayu Mazlah lagi.

“Kau hanya melahirkan Aina, tapi kau tak pernah menjaganya. Sulastri yg mendidiknya. Biarkan Su yg mendidiknya terus”, jelas Amir.

“Ambil ini, surat cerai kita”.

Mazlah terpinga2. Cemas dan spt tidak percaya. Dia mencari kekuatan. “Tak apalah bang, mmg Maz yg bersalah selama ini. Layaklah Maz yg menanggung derita ini. Tapi Maz nakkan Aina dan Su”.

“Tidak !” Amir tenang. “Aina Su yg akan jaga. Dan Su adalah isteri aku dan dia yg layak mendidik Aina”.

Mazlah cuba menabahkan hati menghadapi keadaan itu. Dia amat kesal dan sedih. Dan akhirnya dia menangis juga. Dari mula dia menjejakkan kaki ke menara gading, diseberang laut hinggalah dia menjadi jurutera kanan, tak pernah dia menghadapi situasi amat menyayat hati spt itu.

Dia mampu tabah menghadapi perceraian. Tetapi tdk sangka Sulastri menjadi pengganti dirinya. Tidak sangka Sulastri akan jadi ibu Aina. Amat pedih dia menerima hakikat itu.

Mazlah memecut kereta semahu2nya. Ketika dia sampai dirumah matanya masih basah dan merah.

~By saridah senin~

************
Moral ceritanya :
Perbezaan kedudukan pangkat, harta, umur bukan halangan utk mencapai kebahagiaan...lain kali jgn sombong dgn pasangan, terimalah pasangan anda seadanya. Harta dan Pangkat bukan boleh bawa ke mati.

Nama2 dan tempat spt di atas cuma ilham dan coretan sya semata2 tiada kaitan dgn yg masih hidup atau yg sudah meninggal dunia.

2 comments:

LydSunshine said...

Salam... Pn Sarid, bleh saya share di blog saya?

Saridah said...

Wsalam..silalah..akhirnyer berjaya juga karya dan coretanku utk di paparkn di teratak damai ku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...