Pages

Friday, September 30, 2011

Bermulanya Musim Haji...

Assalamualaikum wbth...

Panggilan Haji, Telah Tiba Lagi
Menunaikan Ibadah, Panggilan Baitullah
Tanah Suci Mekah, Ya Makkatulmukarramah..


Lagu yg biasa kita dengar iaitu Rukun Islam yang ke 5.
Saya ingin menunaikan haji pd usia muda. Saya membuat pendaftaran haji pd tahun 2009... Tahun giliran ialah 2027... kalau ada umur masa itu, tdk muda lagi. Keutamaan diberikan kpd warga emas iaitu golongan 70 thn ke atas. Sepasang suami isteri kawan sebaya kami mendpt jemputan drpd Allah swt utk haji tahun ini. Mereka membuat pendaftaran pada tahun 1999...

Pada pandangan saya kebiasaannya rakyat Malaysia menunaikan haji pd usia yg lanjut.. Salah satu faktor mengapa ianya menjadi demikian ialah faktor kewangan... Jika org miskin menunaikan haji pd usia tua adalah lumrah.. Namun org kaya juga lambat menunaikan haji... Ia sesuatu yg membimbangkan...

Kenapa mahu pergi menunaikan haji pd usia muda? Haji adalah tarbiah. Haji adalah pendidikan drpd Allah swt... Muslim yg mendpt tarbiah haji akan menggunakan didikan itu agr dpt digunakan sepanjang hidupnya... Itulah falsafah haji...

Pergi haji itu sgt rapat dgn kekuatan niat, kerinduan & tekad. Byk kisah ttng org yg tdk mampu secara keupayaan / kemampuan fizikal, kewangan dan keilmuan, tapi Allah swt mengundangnya ke Baitullah. Ramai juga diantara kita yg serba serbi mampu, tetapi tidak jua melakukannya. Adalah rahsia Allah swt yg menentukan, apakah kita lyk diundang olehNya atau tidak. Tugas kita adalah menguatkan niat, kerinduan & tekad trsbt agr Allah swt berkenan menjemput kita... Bagaimana caranya?

Perbanyakkan Doa kpd Allah swt, adalah cermin dari keinginan yg kuat. Kita meminta kpd Allah swt kerana Dialah Yang Berkuasa utk mengundang seseorg ke Baitullah. Seberapa byk keinginan kita pergi haji biasa dilihat dari doa kita, apakah kita pernah atau sering berdoa meminta kpd Allah swt dpt (pergi haji) atau tidak.

Lebih mendekatkan diri kpd Allah swt dgn ibadah - Jika kita dekat dgn Allah swt, tentu Allah juga dekat dgn kita, dan mengabulkan keinginan kita.

Ya Allah, semoga hambamu ini tergolong dan tercapai hasrat utk menunaikan ibadah haji..Amin..

Wallahu a’lam bish-shawab. Semoga bermanfaat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...