Apabila usia sudah senja
resah gelisah mula terasa
Apabila usia sudah senja
hati sayu serba tidak kena
Apabila usia sudah senja, mula mengutuk diri
mengenang kealpaan masa lampau dilalui
Apabila usia sudah senja, mula terasa kepayahan
menebus titis2 noda yang terhamburan
Apabila usia sudah senja, mula menyedari
mencari peluang mendekati Ilahi
Apabila usia sudah senja, segala anggota tidak berdaya
jasad layu tidak mampu berbuat apa2
Aduhai yang tua juga yang muda belia
bermulalah dari sekarang ketika hayat masih ada
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Tiada manusia yg sempurna...namun, kita diberikan akal dan iman agar kita mampu memanfaatkan umur kita utk mencapai tujuan sebenar hidup kita di bumi, iaitu beribadah kepadaNya....~
4 comments:
Whoa zaty suka ni! Nice! XD
semakin tua mengikut saat yang berlalu ...manfaatkan setiap saat yang di berikan ...insaallah ..
~Syukran...InsyaAllah bersyukur kpd Allah swt kerana telah melanjutkan usia kita dlm keadaan sihat sejahtera dan dlm keadaan beriman dan bertaqwa...~
wahh , madah yang sangat bermanfaat ;)
Post a Comment