Pages

Sunday, July 17, 2011

DOAKU…



"Ya ALLAH..., jadikanlah sebaik2 umurku pada penghujungnya..., sebaik2 amalku pada penamatnya... dan sebaik2 hariku..., ialah hari ketika aku bertemu denganMu..., Ya ALLAH..."

DOA, sesuatu yg sangat simple, tapi besar ertinya bagi setiap kita yg bergelar hamba.
Sebagai seorg ibu, mendoakan anak2 semoga selamat dan bahagia dunia dan akhirat, semoga anak2 menjadi penyejuk hati dan mata, sepertinya dtg dgn sendirinya, secara automatik. Hati ibu terus terpaut, terkenangkan kebajikan anak2nya. Masih segar dlm ingatan ana akan satu ceramah yg pernah ana dengar semasa di surau Block C JKR...

 “Apa lah nak jadi dgn org Melayu kat Malaysia ni? Juara menagih dadah, juara zina, juara sumbang mahram, juara buang bayi, juara mat rempit dan macam2 lagi masalah sosial Malaysia, semuanya digondol kemas oleh orang Melayu. Apa masalah orang Melayu sebenarnya?”

“Pada nama Melayu tu sendiri dah tak betul…duk suruh ‘layu’, layu lah dia!”
“Aku malulah nak mengaku aku ni berbangsa Melayu, tapi bapak aku keturunan cina..."
“Memang masalah betul org Melayu ni, nasib baik kita jumpa Islam dulu, sebelum kita jumpa dan kenal Melayu!”

Subhanallah…bukan setakat empat kenyataan di atas saja yg kita selalu dengar, yg kebanyakannya dari mulut org Melayu sendiri. Banyak lagi kenyataan2 negatif, yg dilabelkan kpd org Melayu, yg secara sedar atau tidak, terus terpalit sama kpd Islam, kerana di MALAYSIA, rata2 masyarakat faham, org Melayu itu adalah org Islam.


Walllahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...