Pages

Friday, July 29, 2011

Roh di bulan Ramadhan

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kpd Allah SWT utk kembali ke bumi. Ada roh yg dibenarkan pulang ke bumi dan ada yg tdk dibenarkan. Roh yg dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin2 yg mendoakan mereka. Manakala roh2 yg tdk dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yg mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan utk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, org yg mendpt harta pusaka mereka dan ke rumah org yg mendoakan mereka dgn harapan org yg mereka lawati itu memberi hadiah utk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kpd jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dgn bekalan yg diberikan oleh mereka2 yg masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.  Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Org yg melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dgn doa orang2 yg masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorg yg tlh meninggal dunia masih mendpt bekalan dari orang2 yg masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jgn biarkan orang2 yg kita sayang, yg mengadap Allah terlebih dulu drpd kita sepi tanpa doa dan sedekah drpd kita. Sesungguhnya apabila mati seseorg anak adam itu, terputuslah semuanya kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yg soleh, ilmu yg bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kpd seberapa ramai org terdekat anda, dan mintalah mereka utk melakukan hal yg sama. Yg jelas jika anda tdk meneruskan hal ini, maka anda tlh melepaskan kesempatan utk saling menasihati dlm kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dgn ikhlas insya Allah anda akn mendpt ganjaran pahala kebaikan dari Allah SWT.


Wallahuallam...

Thursday, July 28, 2011

datangMu dinanti pergiMu ditangisi


Bulan Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang tiba tdk lama lagi.
Kita berdoa supaya Allah panjangkan umur kita agar dpt bertemu dgn bulan Ramadhan ini.
Bulan penuh kemuliaan dan keberkatan.
Bulan yg membawa seribu kegembiraan dan menghilangkan seribu kedukaan.

Rasullullah s.a.w di dlm sebuah hadith yg bermaksud..:

"di awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah dibebaskan dari neraka".

Nah! apa lagi yg kita mahu saudara ku sekelian.... Bulan bonus yg dianugerahkan oleh Tuhan sekelian Alam. Peluang ini hanya dtg setahun sekali. Peluang yg besar ertinya...Kunci Kebahagiaan Yang Abadi.

Marilah kita berazam utk membaiki puasa kita pd tahun ini agar lebih baik dari tahun lepas. Anggaplah puasa pd tahun ini adalah madrasah tarbiyyah jiwa kita...Jiwa yg selama ini penuh dgn kotoran dosa, kita bersihkan dgn perbanyakkan istighfar, jiwa yg penuh kejahilan, kita isikan dgn menghadiri majlis ilmu, jiwa yg tandus dari ibadah, kita isi dgn perbanyakkan amalan.

Dalam hal ini, nabi s.a.w telah memberi motivasi kepada kita dgn hadithnya yg bermaksud...:

"Barang siapa yg berpuasa dgn penuh keimanan dan hat2i, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya yg lalu".

Puasa bukan hanya menahan diri dari makan atau minum tetapi matlamat puasa yang sebenar ialah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Ini ditegaskan sendiri oleh Allah Taala dalam Al-Quran yang bermaksud..:

"telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat2 sebelum kamu, moga2 kamu menjadi org yg bertaqwa".

Marilah kita pada tahun ini berazam utk menghadapi bulan Ramadhan dgn penuh muhasabah diri, dgn penuh tekad utk mengubah sikap dan meningkatkan iman serta menambahkan ilmu.

Perbanyakkanlah amalan2 sunat seperti Membaca Al-Quran, Bersedekah, Menolong Anak Yatim dan sebagainya. Semoga dgn azam dan cita-cita kita itu, akhirnya menjadikan kita seorg yg bertaqwa dan lulus dlm menghadapi Tarbiyyah Ramaddan.


Nota : Tazkirah di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, KKR.

Wednesday, July 27, 2011

~Teratak Damai~

~Alhamdullillah...
InsyaAllah Allah swt. telah mempermudahkan urusanku untuk membina sebuah rumah "Teratak Damai" (Baiti Jannati) buatku dan keluargaku...~
~Baiti Jannati 100%~
~Saya mendapat sebahagian tanah pusaka hasil susah payah nenek, bapa dan emak semasa aku masih kanak2 lagi.  Berkat usaha merekalah aku telah membuat sebuah rumah yang aku namakan "Teratak Damai".
~Baiti Jannati 70%~

~Baiti Jannati 50%~
~Baiti Jannati 40%~
~Baiti Jannati 30%~
 ~Baiti Jannati 20%~

 ~tapak asal~
~longgokan tanah belum diratakan~
~membuat jalan masuk~
~Teratak Damai dibina dgn berbagai kepayahan akibat kawasan tanah yg rendah dan sering dinaiki air.  Pembinaan telah dimulakan pada 28 Disember 2010 bersamaan 21 Muharram 1432.  Pada masa itu cuaca sering hujan dan banjir.  Dgn berkat ketekunan pekerja2 segala rintangan akhirnya siap selama lebih kurang 6 bulan sahaja.
~Ya kata org membina rumah tak semudah apa yg kita lihat dan alaminya.
~Membina sebuah rumah juga adalah satu ibadah.
"Sesungguhnya Allah yg Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dgn rezeki yg diberikan. Barang siapa yg redha dgn pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yg tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati"

~Kolam Ikan~
~Kebun Kelapa~
~Setelah 8 bulan~

dimana nilai persahabatan...


Assalamualaikum wbth...
Sejak dua menjak kebelakangan ini banyak benda yg berlegar di dlm fikiran ana... Yg paling utama, memikirkan tentang nilai persahabatan...

Mungkin Allah telah membuka hati ana utk melihat dgn mata ana sendiri tentang apa yg ana maksudkan sebagai KAWAN atau SAHABAT... Siapa yg layak ana panggil sahabat dan siapa sebenarnya sahabat ana...  Siapa yg sebenarnya sudi menerima ana di dlm keadaan yg paling teruk dan siapa yg sudi menghulurkan tangan di kala ana benar2 memerlukan...  Siapa yg menerima ana tanpa apa apa syarat...  Siapa yg menerimaana kerana diri ana, dan bukan kerana apa yg ana ada..  Dan akhirnya Allah telahpun membuka hati ana utk melihatnya...

Mungkin sukar utk ana bertahan di dlm keadaan ini tanpa  kekuatan yg diberikan Allah swt...  Sukar utk ana memberitahu diri yg ana perlu bertahan dan terus bertahan...  Moga Allah swt merubah hati2 mereka yg berkenaan...


~~sebaik2 sahabat di sisi Allah ialah org yg terbaik terhadap temannya dan sebaik2 jiran disisi Allah ialah org yg terbaik terhadap jirannya (H.R al-Hakim)~~

Monday, July 25, 2011

Kisah kahwin lari pasangan terlanjur

Razali seorg ank yg "mudah dijaga" sejak kecil. Begitu kata ayahnya. Jadi, ayhnya hairan mengapa Razali xmendgr kt org tuanya dan meneruskan hasratnya utk berkahwin dgn Roslah wpn ditentang oleh ibu, ayah & isterinya Farah.

Kisahnya begini.....
Farah, isteri Razali, seorg isteri yg mengongkong. Dlm pd itu, Farah pandai mengambil hati ibu dan bapa mertuanya yg juga kawan lama kpd ibubapanya sendiri. Razali merasa tertekan akibat kongkongan Farah dan ini menjdi punca dia menjalin hubungan dgn seorg kenalannya, Roslah... Mulanya Roslah hya tpt mengadu nasib. Tapi lama kelamaan, hubungan mereka mnjd semakin intim dan akhirnya mereka terlanjur.  Razali, ank yg baik dan "mudah dijaga" itu, juga seorg yg brtjawab. Setelah terlanjur dgn Roslah, Razali ingin mengambil tindakn yg terbaik dgn menjadikn Roslah isterinya. Dan mmg itulh yg diharapakn oleh Roslah setelah mereka sama2 ditenggelamkn oleh nafsu.  Malangnya, hasrat Razali tlh dittg oleh isteri, ibu & bapanya. Ibunya bkn saja xmahu perasaan Farah terluka, malah xmahu hubungannya dgn ibu Farah terjejas.  Ayah Razali juga xmahu Razali berkahwin dgn Roslah dan menganggap perbuatan itu sebagai derhaka kpd kemahuan ibunya. Hairan..mcm mana seorg ibu dan ayah boleh cuba menghalang anknya drpd bertjawab keatas perbuatannya!  Akhirnya, Razali dan Roslah melangsungkan perkahwinan di Songkhla.  Ayah & ibu Razali brpdpt bahawa Razali tlh menjd seorg ank derhaka disebbkn Roslah. Mereka xsedar bahawa Razali sebenarnya seorg ank yg bertjawab, yg membelakangkan ibu bapanya kerana mereka menyuruh dia menjadi tdk bertanggungjawab.

Moral cerita di atas............
Secara amnya, masyrkt mmndang serong trhdp pasangan yg kahwin lari.  Mmg benar, byk yg negatif ttng perbuatan ini. Tapi, ada kalanya, ia dpt menyelesaikn masalah, terutamanya dlm kes wali enggan.  Bila ayh enggan membenarkn anknya nikah dgn lelaki pilihannya, anknya berhak membawa perkara trsbt ke mahkamah. Tetapi, apabila ank membawa perkara spt ini ke mahkamah, maka hubungan ayh dan ank akan menjd teramat buruk, mungkin sehingga xdpt diperbaiki lagi.  Membawa kes begini ke mahkamah bkn penyelesaian yg baik.  Ada pndpt yg mengatakn bahwa nikah di Siam, dlm kes wali enggan, tdk adil kerana menghapuskn hak wali. Org yg memberikn pndpt begini tdk pulak memikirkan perasaan dan keinginan ank yg terhalang. Ank yg akn menanggung, bkn ayh. Namum begitu, diakui bahawa ada kalanya larangan ayh mmg berasas. Tapi tdk sentiasa begitu.

dari kisah benar...
Punca Kahwin Lari

Thursday, July 21, 2011

Ubat Penyakit Masyarakat

Fitrah semua manusia suka org baik.  Org lain baik menguntungkan mereka sekali pun dia sendiri susah membuat baik.  Setiap org suka org adil, jujur, pemurah, bertolak ansur, pemaaf, tolong menolong dan lain2 kebaikan, kecuali hasad dengki.  Manakala org yg baik itu kerana kebaikannya dia di sayangi oleh org ramai dan berpengaruh.
Tapi ramai org baik di musuhi, terutama yg baik dan berpengaruh pula.  Dia di fitnah, di tuduh, di hasad, dan di cari kelemahan kelemahannya. Mengapa manusia bersifat begitu? Kerana manusia itu sangat mementingkan diri sendiri.  Dia suka kebaikan org, dia sendiri tidak suka membuat baik.  Dia suka org baik, tapi jgn sampai org itu di sayangi dan terpengaruh kerana kebaikannya.
Begitulah berlaku di setiap zaman.  Ia pernah berlaku juga kpd para Rasul dan org soleh di zamannya.  Sifat sifat semacam ini berlaku kpd semua org. Sekali pun dia para ulama, lebih2 lagi org yg berpolitik, kecuali yg bertaqwa dan takutkan ALLAH.
Penyakit inilah yg menghuru harakan masyarakat di sepanjang zaman. Lebih2 lagi di akhir zaman ini.  Penyakit inilah menjadi penghalang kebaikan dan kebenaran.  Begitulah watak manusia jika tidak takutkan TUHAN.  Kerana itulah takutkan TUHAN itu penting.  Tidak takut TUHANlah punca segala penyakit masyarakat hingga gejala ini tumbuh subur.
Maka perjuangkanlah utk takut kpd TUHAN.  Itulah rahsia utk membasmi penyakit masyarakat ini.
Wallahuallam...

Wednesday, July 20, 2011

Rumah Penuh Kenikmatan...

Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa ingin rumahnya penuh kenikmatan, hendaklah ia senantiasa membaca 6 zikir ini:-

1. Tatkala hendak melakukan pekerjaan bacalah Bismillah ar-Rahman ar Rahim; dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

2. Tatkala ia memperoleh kenikmatan yg halal, hendaklah ia mengucapkan Al Hamdu lillah-i rabbil alamin: segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

3. Tatkala ia tergelincir dlm kesalahan, hendaklah ia membaca Ashtagfirullah-a Rabb-i wa atub-u ilahi-i; aku memohon ampun kpd Allah dan kembali kepadaNya.

4. Tatkala ia sedih dan berduka, hendaklah ia membaca : la haula wa quwwata illah billah-i Aliyy-i al Azhim-i; tidak ada daya dan upaya melainkan dgn kekuatan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.

5. Tatkala merencanakan pekerjaan, hendaklah membaca Masya Allah karena; apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi.

6. Tatkala merasa takut org zalim, hendaklah mengucapkan Hasbunallah-u wa ni'ma al wakil; cukup Allah sebagai penolong kami dan dia sebaik2 pelindung.

Monday, July 18, 2011

Keajaiban Hati Manusia

Rasulullah saw bermaksud:

"Ketahuilah sesungguhnya di dlm tubuh ada segumpal daging. Apabila dia baik,maka seluruh tubuh akan baik. Apabila dia rosak maka seluruh tubuh akan rosak. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati." (HR Bukhari).

 

Sungguh besar nikmat Allah swt beri kpd sekalian manusia. Penciptaan manusia sungguh berbeza dgn makhluk lain sehingga perbezaan tersebut xdpt dijangkau oleh akal manusia itu sendiri.  Hati memainkan peranan yg penting dlm kehidupan setiap individu yg mana ia sgtlah berbeza dan istimewa berbanding dgn makhluk lain. Hati manusia mempunyai keupayaan utk merasa pelbagai perasaan.

 

Kdg2 kita merasa gembira, sedih, riak, sombong, marah dan lain2 lagi...itu menjadikan salah satu drpd keistimewaan hati manusia yg mana ianya sering berubah2 tanpa kita sendiri dpt mengawalnya. Perasaan yg berbeza2 inilah yg mempengaruhi sikap yg wujud pd diri manusia itu sendiri. Tidak dinafikan hatilah yg mengawal segala tindak tanduk kita berbanding akal. W/pun darjat akal lebih tinggi drd hati namun manusia tetap cenderung mengikut kata hati masing2. Kalau muncul perasaan baik, baiklah tindakannya dan begitulah sebaliknya.

Keadaan seumpama ini seakan2 hati sebagai raja yg bertakhta didlm diri manusia sementara akal sebagai penasihat dan anggota lain pula lahir sebagai rakyat jelata yg sentiasa menurut perintah yg lahir dari hati.  

 

Oleh sbb itulah kita harus menjaga hati kita dari terpengaruh oleh musuh utama manusia iaitu nafsu dan syaitan.  Apabila kita mengabaikan hati, ini bererti kita menjerumuskan diri kita ke arah kegelapan seperti firman Allah swt, yang maksudnya:“Beruntunglah barang siapa yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya,” (Surah Asy-Syams : Ayat 9).  

Hati yg bersih itu membuatkan :-

 

Sentiasa takut kpd Allah swt.

1.      Merasa syukur atas nikmat yg diberikan.

2.   Merasa tidak tenang apabila membuat sesuatu kesalahan meskipun kesalahan itu kecil sahaja.

3.      Sentiasa berasa dirinya diawasi oleh Allah swt.

4.      Redha dan sabar dgn ketentuan Ilahi.

5.      Sentiasa rendah diri dgn Tuhan.

6.      Sentiasa mengingati nikmat Allah yang tidak terhitung byknya.

 

Itulah sifat2 yg sepatutnya dimiliki oleh segenap manusia. Sifat inilah yg membuat kita merasakan keikhlasan, kejujuran, kasih sayang dan keharmonian.  Hati yg terikat dgn sifat ini dpt mewujudkan ketenangan jiwa, kedamaian serta kebahagian yg sememangnya diidam2 oleh setiap individu. Tanpa adanya sikap positif dlm diri akan muncul pula perkara yg negatif seperti hasad dengki, sombong, irihati dan lain2 lagi dan mustahil bagi kita akan hidup dlm suasana yg harmoni.

 

Oleh itu jagalah hati dgn mengingati Allah agar kita dpt menjauhi segala anasir2 yg negatif yg akan memasuki hati kita dan Allah jadikan akal untuk kita berfikir berdasarkan ilmu...

Wallahuallam...~

Sunday, July 17, 2011

DOAKU…



"Ya ALLAH..., jadikanlah sebaik2 umurku pada penghujungnya..., sebaik2 amalku pada penamatnya... dan sebaik2 hariku..., ialah hari ketika aku bertemu denganMu..., Ya ALLAH..."

DOA, sesuatu yg sangat simple, tapi besar ertinya bagi setiap kita yg bergelar hamba.
Sebagai seorg ibu, mendoakan anak2 semoga selamat dan bahagia dunia dan akhirat, semoga anak2 menjadi penyejuk hati dan mata, sepertinya dtg dgn sendirinya, secara automatik. Hati ibu terus terpaut, terkenangkan kebajikan anak2nya. Masih segar dlm ingatan ana akan satu ceramah yg pernah ana dengar semasa di surau Block C JKR...

 “Apa lah nak jadi dgn org Melayu kat Malaysia ni? Juara menagih dadah, juara zina, juara sumbang mahram, juara buang bayi, juara mat rempit dan macam2 lagi masalah sosial Malaysia, semuanya digondol kemas oleh orang Melayu. Apa masalah orang Melayu sebenarnya?”

“Pada nama Melayu tu sendiri dah tak betul…duk suruh ‘layu’, layu lah dia!”
“Aku malulah nak mengaku aku ni berbangsa Melayu, tapi bapak aku keturunan cina..."
“Memang masalah betul org Melayu ni, nasib baik kita jumpa Islam dulu, sebelum kita jumpa dan kenal Melayu!”

Subhanallah…bukan setakat empat kenyataan di atas saja yg kita selalu dengar, yg kebanyakannya dari mulut org Melayu sendiri. Banyak lagi kenyataan2 negatif, yg dilabelkan kpd org Melayu, yg secara sedar atau tidak, terus terpalit sama kpd Islam, kerana di MALAYSIA, rata2 masyarakat faham, org Melayu itu adalah org Islam.


Walllahualam...

Tuesday, July 12, 2011

~Jangan selalu menghambakan diri~

Ramai isteri2 bekerja mengeluh terlalu letih menjadi perempuan.  Apa tidaknya, bila balik kerja terpaksa membuat kerja rumah dan melayan anak2, manakala suami hanya berbaring menunggu makanan dihidang.  Saya seorang wanita yg pernah bekerja ttpi saya tdk mengalami kepenatan dirumah walaupun mempunyai anak dan tiada pembantu.  Caranya amat senang.  Semoga cara ini dpt menolong isteri2 bekerja (juga bakal isteri bekerja):-

1.      Prioriti hendklah berlandaskan kepentingan tenaga fizikal.  Pd saya, kerja yg kita larat lakukan, kita lakukan.   Kerja yg xsempat/xlarat, biarkan.  Kita bkn robot.  Wanita selalu dikatakan lemah fizikal, maka mengapa kita harus memaksa diri melakukan itu ini sehingga kita kepenatan. 

Seorg wanita harus sedar mencari rezeki bkn t/jawab kita, pd zaman skrg seolah2 menjadi kawajipan kerana pendapatan suami tdk ckp.  Sedangkan mencari nafkah adalh tugas suami.

Kalau rumah berselerak mengapa kita harus menghambakan diri kpd mereka yg sama2 tinggal didlm rumah dgn kita?.  Jika 6 org tinggal didlm rumah, maka keenam2 org (kecuali kanak2 kecil/bayi) harus sama2 memikul t/jawab membuat kerja rumah.

Sudah tiba masanya kita menukar sikap bahawa kerja rumah adalh t/jawab SEMUA org yg tinggal didlm rumah.

2.      Kalau suami malas tolong, kita juga berhak utk sama2 malas.  Saya pernah membiarkan pakaian (yg sudah dibasuh) menimbun dlm bakul sbb kita dah terlalu letih utk melipat sehingga kehabisan baju utk dipakai.  Akhirnya suami menolong sbb katanya rimas.  Lama kelamaan suami mula rajin menolong dan sama2 membuat kerja rumah.

3.      Sbg ibu kita hendaklah melatih ank2 supaya melakukan kerja2 rumah spt lepas makan masing2 basuh pinggan sendiri dsb.  Kita juga boleh melatih ank2 supaya bersikap ber t/jawab apabila dewasa kelak.

4.      Ubah sikap dan pemikiran kita jgn selalu menghambakan diri.  Kerja yg ikhlas itu adalh pahala...

Saturday, July 9, 2011

Kata2 Negatif dan Kata2 Positif

Setelah membaca info tentang pengaruh "Kata2 Negatif Terhadap Air", yg ditulis dlm buku "The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto di m.s 31 buku tersebut disebutkan tentang ramainya org yg melakukan percubaan, sayapun tertarik utk melakukannya.

1. Masukkan nasi putih yg sdh dibiarkan semalaman kedlm 2 bekas dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat;
2. Labelkan dgn kata2;
3. Bekas A : "Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Suka Denganmu,  Aku Ingin Selalu di sampingmu, I LOVE YOU, Terima Kasih;
4. Bekas B : "Bodoh, Sombong, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci dgnmu, Aku Tak Nak dekat kamu";
5. Kedua2 bekas ini saya letakkan terpisah dari tempat yg selalu dilihat, saya pesan pada sesiapa yg melihat dan membaca label setiap kali melihat bekas2 tersebut;
6. Dan inilah yg terjadi pd nasi tersebut setelah seminggu kemudian:-



Nasi dlm botol yg dibacakan kata2 Negatif ternyata cepat berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak menyenangkan.
Sedangkan Nasi dlm botol yg di bacakan kata2 Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.
Bayangkan apa yg akan terjadi dgn anak2 kita, pasangan hidup kita, rakan2 kerja kita, dan org2 disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yg ditimbulkan dari getaran2 yg berasal dari fikiran dan ucapan yg kita lemparkan setiap saat dan hari kpd mereka.
Maka sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dlm memillih kata2 yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah fikiran2 yg timbul dlm batin kita.

Semoga info ini bermanfaat utk kita semua.... Selamat mencuba.

Friday, July 8, 2011

Hikmah Melihat Org Yg Kita Sayangi Semasa Tidur


Renungkan / lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka......

Pernahkah anda menatap orang2 yg anda sayang saat /ketika mereka sedang tidur? 
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka ketika sedang tidur.

Ketika itu yg nampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yg ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur...

Org yg paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan nampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda, ketika beliau sdg tidur.  Sedarilah, betapa badan yg dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut2 putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.  Org inilah yg tiap hari bekerja keras utk kesejahteraan kita dan anak2nya.  Org inilah, yg rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita terjamin.

Skrg, beralihlah.... Lihatlah ibu anda.... Hmm.... kulitnya mulai keriput dan tangan yg dulu halus membelai2 tubuh badan kita semasa bayi, kini kasar dan berkedut kerana menempuh kehidupan yg mencabar demi kita. Org inilah yg setiap hari menguruskan keperluan kita.  
Org inilah yg paling rajin mengingat dan menasihat dan membebel pd kita semata2 kerana rasa kasih dan sayang dan sayangnya itu sering kita salah ertikan.

Cubalah tatap wajah orang2 yg kita cintai...sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya.... Rasakanlah sensasi yg timbul sesudahnya... Rasakanlah tenaga cinta yg mengalir perlahan2 ketika menatap wajah mereka yg terlena itu.

Rasakanlah getaran cinta yg mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yg telah dilakukan oleh orang2 itu utk kebahagiaan anda.  Pengorbanan yg kadang2 tertutup oleh salah faham kecil yg entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan nampak lagi melalui wajah2 jujur mereka ketika sdg tidur... Pengorbanan yg kadang2 memenatkan mereka namun mereka tidak ungkapkan.  Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu utk mengungkapkan segala2nya.  Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa penatnya aku hari ini".

Dan penyebab penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah.... tak lain adalah utk KITA......

Suami yg bekerja keras mencari nafkah, isteri yg bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yg telah menemani hari2 suka dan duka bersama kita.

Rasailah kenangan2 manis dan pahit yg pernah terjadi dgn menatap wajah2 mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan terharu seketika kembali ingatan kita jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yg akan terjadi jika esok mereka "org2 yg disayangi dan dikasih itu"  tidak lagi membuka matanya, utk selamanya2..... " 

Wallahuallam.....


Nota : Renungan juga utk anak2 ku....

Mengapa WANITA sangat Istimewa......


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

Susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....

Pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah... tik... bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

Baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check... baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam... pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

Ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak.. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

Masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai tonner... pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu... bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

Dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2... masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah... 

Ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni... emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti gi Sogo 25hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus ...setkan alarm... setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring...panas pulak lotion nih.. dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...


Catatan : Tahniah kepada Mama-Mama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...