Pages

Wednesday, June 29, 2011

~Air Mata Nabi Adam~


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 thn.  Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kpd Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama 100 thn.  Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir dijurang Serantip.  Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih.  Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau.  Burung itu berkata, "sedap sungguh air ini".  Nabi Adam terdengar kata2 burung tersbt.  Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kpd Allah.  Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yg bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yg lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...